Tinggal beberapa tahun saja lagi.... dah boleh isi borang ahli kelab, dah... (akur)
CLICK!
Followers
Saturday, March 31, 2012
Friday, March 30, 2012
March 30, 2012
'Tap, tap, tap!' Bunyi hujan pagi di luar di tingkap...
Akan ku susuri bunyi 'Tap, tap, tap' itu dengan bunyi 'Zzzzzzz....' (Sambil tarik selimut)
(Selamat bekerja kamu semua! Jangan cemburu! ~haha)
Thursday, March 29, 2012
Wednesday, March 28, 2012
March 28, 2012
Ya Allah ya tuhan ku! Dah macam pontianak, rupanya!
Patut pun kawan-kawan macam semakin takut saja dengan uncle!
Mohon maaf... Masih tak sempat untuk blogwalk... dibelenggu kerja yang memuncak!
Tuesday, March 27, 2012
March 27, 2012
Asal ada bengkel kerja saja, makan percuma! Asal ada bengkel kerja saja, makan percuma! Bila nak luak duit dalam saku uncle ni..? Nampaknya bulan ini tak perlu pecah TA...
Monday, March 26, 2012
March 26, 2012
Ulang tahun ketiga!
Sungguh! Blog ini tidak ada makna tanpa kamu semua! Kamu semua sebenarnya yang membuat nadi blog ini berdegup! Terima kasih sokongan. Kamu semua berhak untuk group hug versi gergasi...!
(RALAT: Tak sempat nak kemas kini video terbaru... sibuk mengalahkan menteri)
1) Terima kasih kepada JUNAIDI MOHAMED kerana review semalam yang membuatkan blog ini nampak seperti ala-ala ilmiah...
2) Juga kepada DADDY ZIYYAD kerana entri khas sempena ulang tahun hari lahir uncle semalam. Siap tolong promosi lagi... hehe! Terima kasih!
Sunday, March 25, 2012
March 25, 2012
Guest #39
Sila jangan cemburu! YB yang paling cun di Malaysia, Nurul Izzah.
(Ehem-ehem, hari ini uncle berumur 43 tahun dan esok ulang tahun blog ini yang ke 3)
Saturday, March 24, 2012
Friday, March 23, 2012
March 23, 2012
"Maafkan saya, di mana bilik penyusuan untuk bapa?"
(Hey! Bapa juga perlu hisap minum susu, kan?!)
Kamu semua ada tak nama atas salji? Tak faham? Klik SINI. Jangan cemburu, okey?! Ini adalah projek 'cool' MOH KEMBARA
Thursday, March 22, 2012
March 22, 2012
Bibir kita yang diurut atau kita diurut menggunakan bibir? Sudah-sudah... jangan fikir dalam-dalam. Kalau ada yang idamkan nombor telefon tu, lupakanlah... uncle tak mahu terlibat...!
Wednesday, March 21, 2012
March 21, 2012
Lembabnya talian internet hari ini..!
World Wide Web selayaknya dipanggil World Wide Wait..!!! Huh..!
1) Terima kasih ELISS MIE kerana senaraikan blog ni di dalam '6 Daddy Blogger Yang Saya Paling Suka'... Terharu sudah!
2) Juga kepada EZZARD RUZLAN kerana review blog ini dengan 'pendek' sekali... Haha!
Lama tak group hug ni..! Jom?
Tuesday, March 20, 2012
March 20, 2012
Guest #38
Borak + borak = gelak... Borak + borak = gelak... MAS SAARI ni lucu orangnya, tahu!
Tak menyesal uncle aturkan pertemuan dengan 'blogger rajin' ini...
(Pssttt... kalau Mas ada cerita yang uncle ni suka gelak, tolong jangan percaya, ya? ~haha)
Monday, March 19, 2012
March 19, 2012
Di belakang adalah sebahagian kecil dari salasilah keluarga uncle atau family tree dari tahun 1901 hingga 2012... Saiz sebenar poster itu adalah 4' X 8'... Kamu mula rasa kagum?
Sunday, March 18, 2012
Saturday, March 17, 2012
Friday, March 16, 2012
Thursday, March 15, 2012
Wednesday, March 14, 2012
March 14, 2012
- Perbualan telefon -
PEGAWAI BANK: Assalamualaikum Encik Gedek, saya Nor dari Bank XXX...
UNCLE GEDEK: Waalaikumsalam, ada apa hal?
PEGAWAI BANK: Boleh kah encik Gedek datang dan keluarkan sedikit duit encik, sebab duit encik terlalu banyak, kami dah tak cukup tempat lagi di sini...
UNCLE GEDEK: Okey, saya datang sekarang, bawa guni...
(Hmmm... dalam mimpi boleh, lah...)
Tuesday, March 13, 2012
March 13, 2012
Eh, eh, eh... ramainya doktor wanita yang muda-muda di sini! Sebentar ya, uncle nak buat-buat pengsan. Untung-untung uncle dapat bantuan pernafasan dari mulut ke mulut... ~haha!
(Doktor DADDY ZIYYAD dikecualikan, okey!!?)
Monday, March 12, 2012
March 12, 2012
Dilarang membuang sampah... Terutama di atas bahu uncle!!!
(Hari ini uncle garang sikit, okey...? Hati-hati...)
Sunday, March 11, 2012
March 11, 2012
Meletakkan sifir di merata-rata tempat adalah cara yang kreatif untuk melatih murid-murid menghafal... Tapi sifir 0...? Perlukah?
Saturday, March 10, 2012
March 10, 2012
"Balik kampung, ho-ho-ho... Balik kampung, ho-ho-ho... Hati girang...!"
(Di hadapan rumah arwah datuk yang menggunakan seni bina 'Rumah Limas' terletak di Tangkak, Johor.)
Friday, March 9, 2012
March 9, 2012
Cerita semalam, gambar hari ini.
Semalam sewaktu uncle sedang *berjalan-jalan (*baca bermain mata dengan misi) di Hospital Selayang, uncle disapa oleh blogger MILOAISKURANGMANIS... Pertama kali berjumpa walau selalu bertegur sapa di blog. Tak sempat bergambar dengan orangnya semalam, bergambar dengan blog dia hari ini pun jadilah...
Untuk info, perkataan 'Kurang Manis' tu sebenarnya tidak menggambarkan wajah dia!
Thursday, March 8, 2012
Wednesday, March 7, 2012
March 7, 2012
Hari ini bekerja dalam studio. Terus terang cakap, uncle tak selesa malah sering kali rasa bersalah apabila ditugaskan merenung wanita-wanita manis di hadapan uncle... Okey, uncle tipu... Uncle suka! ~Yeay!
Tuesday, March 6, 2012
March 6, 2012
Asal jumpa kawan, kedai mamak, teh tarik... Asal jumpa kawan, kedai mamak, teh tarik...
Aduh... tinggi kandungan gula dalam badan uncle ni...
(Jutaan maaf kepada kawan-kawan, uncle tak dapat nak blogwalk seminggu dua ni... kerja terlalu mencemburui uncle...)
Monday, March 5, 2012
March 5, 2012
Berapa laju putaran bacaan nombor itu dipaparkan, bergitulah juga kelajuan degupan jantung uncle... Jangan jantung uncle turut terhenti sebaik sahaja selesai, sudah..!
Sunday, March 4, 2012
March 4, 2012
Jalan dua tiga langkah, berhenti tengok baju... Jalan dua tiga langkah, berhenti tengok baju... Bila nak sampai macam ni...? (Sambil urut dada sendiri...)
MatahatyCikMentega kata uncle ni Pakcik Muka Ketat... Ok lah tu, tak perlu buat Botox..! Haha! Terima kasih review ya, babe!
Saturday, March 3, 2012
March 3, 2012
Jurujual: "Ya pakcik, boleh saya bantu? Pakcik cari apa?"
Uncle: "Boleh tolong carikan isteri pakcik, tak? Tadi ada di sebelah..."
(Okey, lawak sengal di sebelah petang...)
Friday, March 2, 2012
March 2, 2012
"Guane? Ade tokoh, dok?"
Uncle juga salah seorang dari ribuan peminat Ustaz Azhar Idrus... "Hebak die ni..."
Thursday, March 1, 2012
March 1, 2012
Lima tahun dulu, uncle berbasikal ke pejabat
Hujan atau panas, lima kilometer sehala
Tapi sekarang sudah tak larat
Kerana uncle sudah tuabangka...
(Sebenarnya malu nak pakai baju ketat tu sebab sekarang perut sudah boroi...)
Hujan atau panas, lima kilometer sehala
Tapi sekarang sudah tak larat
Kerana uncle sudah tua
(Sebenarnya malu nak pakai baju ketat tu sebab sekarang perut sudah boroi...)
Subscribe to:
Posts (Atom)