Followers

Friday, April 17, 2026

April 17, 2026



Uncle punya fon kepala. 

Kerana ia agak besar, maka uncle beli sepasang fon telinga. 

Setiap hari ditemani fon telinga yang lebih gaya 
maka fon kepala terus dilupa. 

Hari ni hilang sebelah fon telinga. 

Puas cari, tak jumpa, lalu teringat pada fon kepala yang lama. 

Setelah selongkar jumpa fon kepala berdebu di bawah meja. 

Terus dicapai dan bersihkan semula. 

Sekali dua hembus, lalu disarungkan di kepala. 

-

Demikianlah sifat manusia. 

Dapat yang baharu, yang lama dilupa. 

-

Uish... apa mimpi hari ni uncle tulis panjang dari biasa dan berima? 

Buang tabiat atau bagaimana?








No comments:

Post a Comment