Followers

Monday, March 31, 2025

March 31, 2025

SALAM AIDILFITRI


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca bunyi dan pembaca sunyi BB@40, 
maaf zahir dan batin. Hari-hati memandu di musim perayaan ini 
dan semoga selamat sampai ke destinasi.

#KosongKosong







Sunday, March 30, 2025

March 30, 2025



Label tulis Sponge

Tapi isinya berus sabut. 


#GaruKepala







Saturday, March 29, 2025

March 29, 2025


Uish! Bahaya papan tanda ni! 

Jangan sampai tersalah baca... 

SEKSYEN 3. 

Bukan SEKS 3! 

Hati-hati! 
Tersampai salah destinasi, nanti!







Friday, March 28, 2025

March 28, 2025



80% cadangan carian di akaun Instagram 
uncle adalah berkisar ikan jerung atau ikan paus. 

Nampaknya ada 'orang' yang mempunyai obsesi nak jadi Aquaman ni... 

Kawan-kawan punya algoritma apa?







Thursday, March 27, 2025

March 27, 2025



Yay! Terima hamper raya dari jiran sebelah berbangsa India! 

Setiap kali bila perayaan mereka, kami pun tak lupa bertukar hadiah. 

Uncle percaya rakyat Malaysia kebanyakannya adalah harmoni. 

Yang berbalah dalam media sosial tu sebenarnya 
sikit saja tapi bunyinya macam dah nak kiamat dunia! 

Majoriti tetap harmoni.







Wednesday, March 26, 2025

March 26, 2025

Ulang tahun blog yang ke 16!

26 Mac 2009 – 26 Mac 2025. 

Kalau megikut kiraan uncle, (Okey tipu. uncle tanya Chat GPT.) 
terdapat 5,844 hari sepanjang 16 tahun. 

Dalam 16 tahun tu uncle TERLUPA untuk swafoto hanya SEHARI! 
Tarikh lupa: > 10 September 2018

Ini bermakna uncle telah mendokumentasikan 
5,843 keping swafoto setakat hari ini.


#TepukBahuSendiri






Tuesday, March 25, 2025

March 25, 2025



"Dengan menyempurnakan pesananan perintah dari
negara pasir berdengung, maka dengan ini uncle mengisytiharkan 
bahawa usia uncle hari ni telah mencapai 56 tahun."

Sekian dan salam hormat.







Monday, March 24, 2025

March 24, 2025



Hujung-hujung Ramadan.

Jiran kiri bakar kuih. 

Jiran kanan bakar kek. 

Fuuhhh! Harumnya! 


(Cabaran untuk orang bekerja dari rumah macam uncle.)







Sunday, March 23, 2025

March 23, 2025



Dahulu Malaysia pernah ada kereta model Kancil, Rusa, Kenari dan Kelisa... 

Tapi ni mana datang model KOBAU, ni...?  

Edisi terhad kot! Baahaha!


#kreatif







Saturday, March 22, 2025

March 22, 2025



Apa ertinya nak BAS kalau hanya boleh memuatkan seorang. 

Baik naik BASikal...






Friday, March 21, 2025

March 21, 2025



Hai nasib mu rempeyek. 

Uncle jangkakan hayat mu tak akan sampai ke hari raya. 

Entah-entah malam ni juga uncle akan tamatkan riwayat mu...

Hiiiyaaahh! (Sambil tangan menunjukkan isyarat karate...)





Thursday, March 20, 2025

March 20, 2025



Bunga raya memainkan peranan yang penting bagi murid di Malaysia. 

Bunga yang dah kembang akan dipetik 
untuk di bedah dalam kelas sains. 

Bunga yang masih kuncup akan dipetik untuk buat 
main-main lipstik oleh murid perempuan. 

Haaa! Ada yang tersenyum mengimbau kenangan lalu?







Wednesday, March 19, 2025

Tuesday, March 18, 2025

March 18, 2025



DOKTOR: Baik pakcik... Tolong baca dari atas ya... 

UNCLE: T - O - I - L - E - T. 

DOKTOR: Aku bedah otak pakcik ni nanti! (Cakap dalam hati.)







Monday, March 17, 2025

March 17, 2025



"Hai..." 

"Huh?" Uncle menoleh.

"Apa khabar?"

"Baa.. ba... baik." Jawab uncle gugup.

 "Eh! Jangan jeling aku dengan jelingan menggoda boleh?" Desak uncle...
 

(*Bila keseorangan di rumah pada bulan puasa... tembikai pun boleh bercakap.)







Sunday, March 16, 2025

March 16, 2025



Nama 'saintifiknya' Telefon Botol Air.

Orang yang pernah melalui zaman telefon ni 
pasti rambutnya sudah beruban.







Saturday, March 15, 2025

March 15, 2025



Aunty cakap menu berbuka hari ni
adalah menu 'tunjuk-tunjuk'... 

Uncle tak membantah. 

Sebab nak harap uncle masak? 

Huh, tak payahlah... 
uncle ni masak air pun tak lepas...







Friday, March 14, 2025

March 14, 2025



Uish!

Banyaknya surat kompaun! 

Dah macam pesta kompaun!

Hmm... nampaknya ramai yang lari bajet bulan ni! 

Bulan raya pula tu!







Thursday, March 13, 2025

March 13, 2025



Pertama kali jumpa tembikai mini macam ni. 

Walau bagaimanapun, harganya taklah mini...










Wednesday, March 12, 2025

March 12, 2025



Setiap krim, setiap losen, setiap syampu, 
setiap pewangi di belakang tu semuanya adalah milik aunty. 

Uncle punya? 

Tuuuuu... sebatang berus gigi...







Tuesday, March 11, 2025

March 11, 2025



Tiba di rumah. 

Nampak benda melekat pada pemegang pintu. 

"Apa tu?" Tanya hati. 

Kecilkan mata... 

"Hah! Kunci?!" Sambil beristighfar.

Aduh! Rupanya keluar tadi kunci rumah tertinggal di situ! 

Mujur tiada benda yang tak diingini berlaku. 

Kawan-kawan jangan cuai macam uncle ya.







Monday, March 10, 2025

March 10, 2025



Amboi Milo! 

Orang bangun sahur dia pun bangun sahur! 

Orang berpuasa dia..?







Sunday, March 9, 2025

March 9, 2025



Undang-undang kucing yang pada kita lucu 
namun pada kucing ini hak mereka! 

Dan yang paling sedih, tanpa kita sedar
kita akur dengan undang-undang ni... 

Hu hu hu...







Saturday, March 8, 2025

March 8, 2025



AUNTY: "Jom pasaraya." 

UNCLE: "Beli apa?" 

AUNTY: "Daging dengan mi kuning" 

UNCLE: "Jom..."

Selesai membeli... troli hampir penuh. 

Uncle kena scam! 

💸









Friday, March 7, 2025

March 7, 2025



Sekarang ni...

Makanan segera. Perkhidmatan segera. 
Berita segera. Semuanya segera!

Tu...

Nak turunkan anak di sekolah pun mesti segera! 

Zap! Zap Zaasss!!









Thursday, March 6, 2025

March 6, 2025



Kasihan manusia salji di belakang tu. 

Mula-mula berhijrah ke sini dia diumpamakan 'sesuci salju'. 

Sesudah menetap di Malaysia, hari-hari bermandi peluh, 
comot! Kini dia diumpamakan 'suci dalam debu!'







Wednesday, March 5, 2025

March 5, 2025



Betullah kata orang.

"Hidup ini penuh dengan rintangan." 

Tengok tu! Berapa banyak troli melintang jalan
yang perlu dialihkan sebelum sampai ke kereta! 

Dugaan betul!








Tuesday, March 4, 2025

March 4, 2025



Hari-hari memandu, 
hari-hari pegang stereng 
dah rasa macam supir. 

Sekali-sekala naik Grab,
duduk di belakang
terus rasa macam bos. 

(Sambil bersilang kaki.)







Monday, March 3, 2025

March 3, 2025



Eh? 

Aunty siapkan apa tu? 

Lai Chi Kang panas! 

Yeay!


(Eh? Bulan puasa ni cerita dapur saja kah?)





Sunday, March 2, 2025

March 2, 2025



Jenguk dapur. 

Barang-barang dah siap, tapi aunty tiada. 

"Aih, sempat tak?" Tanya dalam hati. 

Namun itulah aunty. Pandai main magis. 

Bila waktu berbuka tiba, semua terhidang atas meja. 

"Campak-campak...!" Bak kata aunty.







Saturday, March 1, 2025

March 1, 2025



Esok puasa. 

Orang mula berpusu di pasaraya. 

Beli persiapan Ramadan tidak mengapa.

Namun pembelian panik jangan dimula.