Followers

Showing posts with label terlupa. Show all posts
Showing posts with label terlupa. Show all posts

Tuesday, July 15, 2025

July 15, 2025



Cuainya uncle... 

Boleh tertinggal beg sandang di dalam
 kereta yang letaknya tak tersorok pun!

Dalamnya ada bermacam-macam barang penting! 

Dompet, wang tunai, kunci, dokumen!

Macam manalah boleh terlupa... 
Kena makan kismis banyak-banyak ni...!





Wednesday, March 26, 2025

March 26, 2025

Ulang tahun blog yang ke 16!

26 Mac 2009 – 26 Mac 2025. 

Kalau megikut kiraan uncle, (Okey tipu. uncle tanya Chat GPT.) 
terdapat 5,844 hari sepanjang 16 tahun. 

Dalam 16 tahun tu uncle TERLUPA untuk swafoto hanya SEHARI! 
Tarikh lupa: > 10 September 2018

Ini bermakna uncle telah mendokumentasikan 
5,843 keping swafoto setakat hari ini.


#TepukBahuSendiri






Thursday, August 22, 2019

August 22, 2019


Sudah berzaman tidak memandu jauh waktu pagi...
Hingga terlupa bagaimana 'SERONOKNYA' tersangkut dalam trafik...!

Huh!









Tuesday, September 11, 2018

September 10, 2018


KES: Tiada gambar swafoto untuk tarikh 10 September 2018!
SEBAB: Terlupa!

Tak sangka setelah sembilan tahun buat kerja ni, uncle boleh terlupa nak berselfie semalam! Walhal semalamlah hari yang paling kurang sibuk. Hari yang sangat sibuk pun uncle tak lupa! Faktor tua kot? Huhuhu...!







Tuesday, September 1, 2015

September 1, 2015


Benda paling bengang dalam dunia yang semua orang pasti pernah lalui, ialah...

"Caj telefon tapi terlupa nak petik suis 'on'."

Arrrgggghhhhh!!!!




Saturday, February 16, 2013

February 16, 2013


Rasa seperti ada yang tak lengkap saja hari ini... Makan sudah, kerja rumah sudah, basuh kereta sudah... apa lagi? Oh ya! Belum kemas kini blog...! Nasib baik terpandang wajah sendiri di cermin... Baahaha!

Ya! Orang tua dan terlupa memang datang dalam satu bungkusan...!



Terima kasih kepada IRWAN ALESSA kerana entri INI... Tetapi perbandingan ini umpama Beauty and the Beast...! Baahaha! Terima kasih ya?