CLICK!

Followers

Friday, February 28, 2025

February 28, 2025



Agaknya kalau orang Inggeris yang terbaca
ni mesti mereka terpinga-pinga, kan?







Thursday, February 27, 2025

February 27, 2025



Pokok Bunga Tanjung atau nama saintifiknya
Minusops Elengi di belakang tu sudah berusia 28 tahun. 

Macam mana uncle tahu? 

Tuuu... Siap tertulis! 

Nama orang yang tanam pun ada! 


#AcahAcahPakarPokok








Wednesday, February 26, 2025

February 26, 2025


Gembiranya!

Terima hadiah sebuah buku berjudul, 
RUPA DAN JIWA, Sekitar Dunia Kartun 
dari penulisnya sendiri; Dr. Muliyadi Mahamood
Mantan Profesor Sejarah Seni dan Pengajian Kartun, 
Jabatan Pengajian Budaya Visual, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, 
Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Dengan sedikit nota;
Istimewa untuk Gedek. Terima kasih atas sokongan. 
Terima kasih mereka letak kolum 'Dunia Kartun' yang cantik. 
Salam hormat.


#KembangHidung







Tuesday, February 25, 2025

February 25, 2025



Uncle punya sebuah kereta buruk. 

Dah lama bebas hutang bank. 

Calar sana, calar sini. 

Dah sampai masa pakai 'bedak' baharu. 

Alaaa... kata nak raya...







Monday, February 24, 2025

February 24, 2025



Ini hari keempat uncle dibawah pengaruh ubat. >PUNCA<

Ini baru satu jenis. Sekali makan ENAM biji! 

Satu lagi, dua kali sehari. Yang satu lagi, tiga kali sehari. 

Ini kalau letak atas pinggan, boleh gaul macam makan nasi!







Sunday, February 23, 2025

February 23, 2025



Jujur cakap. 

Di pasar, bahagian sayur. 

Uncle hanya kenal daun pandan. 

(Tertunduk malu)

Sekian....







Saturday, February 22, 2025

February 22, 2025



Sepanjang hari panas terik. 

Tiba-tiba di luar hujan turun. 

Aroma padang hangat ditimpa hujan mula naik. 

Fuh! Asyiknya! 

Kawan-kawan fahamkan bau yang uncle maksudkan tu?







Friday, February 21, 2025

February 21, 2025



Batuk dah lebih dua minggu. 

Tak tahan. 

Sampai rasa bergegar otak. 

Serah diri pada doktor... (lagi)







Thursday, February 20, 2025

February 20, 2025



♫ Pandanglah... Lihatlah...! ♫ 

Bukan satu! Tapi uncle terima EMPAT hadiah! 

Makanya, 'terima kasih ganda empat' buat blogger MULAN

Punyalah gembira, uncle bernyanyi sepanjang hari!







Wednesday, February 19, 2025

February 19, 2025



"Jangan letak saya di bilik yang menghadap
jalan ya. Saya tak nak bising-bising. " 
Pesan uncle pada staf kaunter hotel. 

"Baik." Jawabnya ringkas.

 Masuk bilik hotel, buka tingkap... 

"Alamak! Kubur!"
Ini betul punya, sunyi ni!! 😩







Tuesday, February 18, 2025

February 18, 2025



Eh? 

Kenapa tiba-tiba uncle dengar ada orang sebut... 

"Mugunghwa kkoci pieot seumnida." 

Seramnya!






Monday, February 17, 2025

February 17, 2025



Uncle dah dapat. 

Kawan-kawan dah dapat? 

Dapat apa? 

Tuuu...

Contoh kuih raya...







Sunday, February 16, 2025

February 16, 2025



Rata-rata, satu papan petai ada 12 hingga 15 biji petai. 

Yang ni sampai 19 biji petai sepapan! 

Tapi, yalah... nama pun lukisan. 

Suka hati pelukislah nak lukis berapa pun.

Kan?







Saturday, February 15, 2025

February 15, 2025



No standing? 

Aik? Berdiri pun tak boleh?

Baik... uncle swafoto sambil bersila...





Friday, February 14, 2025

February 14, 2025



Makanan di hospital sekarang bukan macam dulu-dulu. 

Sekarang semuanya sedap lagi lazat! 

Kalau pesakit yang uncle lawati ni tak makan... 

Mahu uncle yang 'tolong' habiskan! 

Baahaha..!







Thursday, February 13, 2025

February 13, 2025



 > Disember 8 < tahun lepas, bukan main gemuk dan gebu lagi dia! 

Tup-tup, hari ni dah kurus dan ramping! (dan leper?)

Hoi panda! Kongsilah rahsia kurus tu! 

Baahaha!







Wednesday, February 12, 2025

February 12, 2025



Sedang layan telefon dalam bilik. 

"PRAK!" Bunyi dari dalam almari. 

Buka, tengok. 

Alamak! Berat sangat! Baju dah roboh! 

Jadi? Sekarang harus beli almari baharu atau buang sedikit baju? 


(Jawapan kepada soalan lazim: Ya. Baju uncle semuanya hitam.)






Tuesday, February 11, 2025

February 11, 2025



Perasan tak? 

Kedai-kedai serbaneka di hospital kebanyakannya sempit-sempit? 

Kadang-kadang waktu ramai, sampai bergesel buntut! 

Apa taknya. Dari kelengkapan diri, biskut, roti, pau, 
bunga, hamper, buah, buku, majalah, snek, pendek kata umpama 
satu pasaraya dimuatkan dalam satu tempat sempit tu.

Uncle bukanlah merungut... tapi uncle ni kan 'pemerhati'! 

Baahaha!







Monday, February 10, 2025

February 10, 2025



Moga-moga kucing tu tak memandu bila waktu pulang nanti... 

Baahaha!

(Uncle sentiasa terhibur dengan nama-
nama kedai yang agak melucukan. Kreatif!)







Sunday, February 9, 2025

February 9, 2025



Pagi tadi. 

Aunty ajak ke pasar, beli ikan katanya. 

Sampai pasar. 

"Eh? Beli pokok bunga?" Tanya uncle. 

"Sambil menyelam, minum air..." Jawab aunty pendek.

Lalu uncle pun buat muka ni --> ðŸ™„





Saturday, February 8, 2025

February 8, 2025



Mujurlah sekarang uncle tiada lagi anak-anak yang bersekolah. 

Tak perlu lagi nak tentang fikir baju, kasut, beg,
baju kokurikulum, buku, tuisyen, duit belanja. 

Tak cukup dengan tu...

Masa sekolah nak bermula, masa tulah juga kereta nak rosak, 
tayar kereta botak, paip pecah atau rumah dilanda tronado!

Ngeri! 

Pengalaman pahit dahulu kini menjadi kenangan manis. 

Lega...











Friday, February 7, 2025

February 7, 2025


Ini uncle puji...!

Selain dari beri amaran supaya jangan merokok, disertakan sekali 
kod QR untuk terus ke pautan menawarkan tips cara-cara berhenti merokok! 

Ini baru betul! 

Pautan di > SINI <






Thursday, February 6, 2025

February 6, 2025



Aik? 

Minggu lalu nampak keluarga ni berbaju Cheongsam. 

Merah semerah-merahnya!

Tup-tup hari ni semua dah berbaju Melayu dan berbaju Kurung!? 

Uish... Ini kecelaruan personaliti, ni...






Wednesday, February 5, 2025

February 5, 2025



Tulisan jelas 'Wash'. 

Tempatnya pun jelas tempat basuh tangan. 

Tapi gambarnya orang sedang minum air? 


#keliru





Tuesday, February 4, 2025

February 4, 2025



Dah kenapa uncle kongsi foto kaki uncle? 

Saja nak tunjuk. 

Aunty inaikan kuku ibu jari tu. 

Uncle tanya kenapa? 

Aunty jawab saja comel. 

Tapi kalau kawan-kawan uncle tanya, uncle jawab... 

"Aku gothic."











Monday, February 3, 2025

February 3, 2025



Biasalah... Balik bercuti. 

Sibuk kemas kini foto di media sosial. 

Tiba-tiba hati terdetik. 

Blog dah kemas kini? 

Terus melompat capai kamera! 

Siap!











Sunday, February 2, 2025

February 2, 2025



Apakah perkara yang paling seronok
dilakukan sebaik sahaja pulang dari bercuti? 

...

Cuci baju yang berlonggok-longgok! 

YEAY! ðŸ˜­











Saturday, February 1, 2025

February 1, 2025



Ish!

Anak-anak saudara uncle ni janganlah cabar-cabar.

Iman uncle ni senipis kulit bawang. 

Kalau uncle terjun nanti... 

Ikan paus tu uncle punya seorang!