CLICK!

Followers

Saturday, June 30, 2012

June 30, 2012


  "Siapa bilang gadis 'mat saleh' tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat..." 


Friday, June 29, 2012

June 29, 2012


Ada satu lawak paling popular waktu zaman kamera menggunakan filem yang membuatkan uncle muntah pelangi ialah; 

"Alamak! Aku lupa isi filem lah!" (Ya! Itu lawak 'moron' namanya)







NOTA LAIN: Ada orang hobinya bela kucing, ada yang bela ikan, ada juga yang bela hamster, tapi... REENA KAMARUDIN bela tudung! Tak percaya? Klik SINI! ~ Haha! Terima kasih REENA!

Thursday, June 28, 2012

June 28, 2012


M. Gedek...?

Wednesday, June 27, 2012

June 27, 2012


"Antara tanda-tanda awal akan tibanya bulan Ramadhan ialah wujudnya iklan ini merata-rata hinggakan terngiang-ngaing bisikan nama Yusuf Taiyoob di telinga kamu...." ~Dihikayatkan oleh: Al-Gedek Al-Mukaketat






Terima kasih pada DALILA AIMI kerana review blog uncle ni... Hey! Kamu punya header tu uncle sukalah..!

Tuesday, June 26, 2012

June 26, 2012


Uncle ni bukan peminat nasi lemak, tapi selepas uncle cuba NASI LEMAK ROCK 'N ROLL, asyik terkenang saja dibuatnya...  Sedapnya 'secukup rasa'. Tidak lebih dan tidak kurang. Sungguh! Cubalah! Lokasi gerai: Jalan 58/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves. (8pm ~ 12am) (KLIK)

NOTA: Entri ini tiada kaitan dengan untuk tolong kawan, jiran atau tuan punya gerai itu 'ada anak gadis 'cun'. Unlce benar-benar terpikat dengan keenakan nasi lemaknya..! Okey, uncle tipu, tauke gerai tu adik uncle.

Monday, June 25, 2012

June 25, 2012


Alhamdulillah... Tak sangka! Akhirnya jejak juga kaki uncle di Brunei...

(Mesti balik cepat, ni...  Insya-Allah esok bersiaran seperti biasa dari Kuala Lumpur)

Sunday, June 24, 2012

Jun 24, 2012

Guest #46


Yang baju putih itu kartunis. (Yang baju hitam itu komunis.)
Dengan Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai LAT.




Terima kasih DZUANDIEY kerana review blog ini. Sangat terharu, okey! (Kesat air mata)

Saturday, June 23, 2012

June 23, 2012


Siapa yang akan 'padam' bila lampu itu 'menyala'? ~ Haha!





~ Terima kasih ~

  1. NAMIA kata muka uncle macam 'pembunuh upahan'... sebenarnya memang betul, uncle selalu bunuh nyamuk! 
  2. KUJIE pula kata entri uncle ringkas... Sebenarnya uncle tulis ringkas sebab terlalu malas nak tulis panjang-panjang...! 
~ Jom group hug! ~





Friday, June 22, 2012

June 22, 2012


Agaknya pemilik kereta ini tidak mahu keretanya berjemur di tengah panas terik, maka 'melunjurkan' keretanya terus di atas laluan pejalan kaki mungkin cara yang terbaik baginya... 

Semoga kawan-kawan tidak meniru cara begini, ya? Ini ayat berlapik, dalam hati uncle mencarut...







Jutaan terima kasih kepada AL-LAVENDARI kerana memperkenalkan kamera yang sesuai dengan 'tabiat gila' uncle ini... (Dah boleh mula menabung, ni... haha)

Thursday, June 21, 2012

June 21, 2012


Kawan-kawan semua pernah tak menaiki bas yang lubang penghawa dinginnya betul-betul atas kepala seperti ini? Beku otak, tahu! Oh ya, uncle terlupa... kamu semua kaya... tak naik bas...





AMARAN: Jangan tiru aksi lagak ngeri seperti ini...
  1. PUANBEE: Self-portrait sambil terbang! Bahaya!
  2. AKUBIOMED: Self-portrait sambil baring! Laaagi bahaya!

Wednesday, June 20, 2012

June 20, 2012


Oh... begini rupanya hasil percubaan uncle mengambil gambar keretapi berkelajuan tinggi menggunakan kamera berkelajuan rendah... Sudah seperti di alam mimpi...! Ha ha!

Tuesday, June 19, 2012

June 19, 2012


Uncle sudah lama memiliki akaun Twitter. Jarang berkicau, sekali sekala meracau. 
Ikuti akaun Twitter uncle di SINI. (Eceh, terasa diri ini seperti CEWEBRITY pula..)

Monday, June 18, 2012

June 18, 2012


"Sekali rasa macam dalam 'filim' P. Ramlee, daa..."

(Pemberitahuan: Belakang itu adalah gambar, bukan bangunan sebenar)

Sunday, June 17, 2012

June 17, 2012


Hari ini uncle dilayan umpama raja... Dua orang dayang mendandan rambut, seorang pahlawan mengurut bahu... Ahhh... tiada lain yang lebih hebat dari ini...

Saturday, June 16, 2012

June 16, 2012


Jerebu kembali! Jaga kesihatan ya kawan-kawan!

Dapatkan bacaan IPU (indeks pencemaran udara) di SINI

Friday, June 15, 2012

June 15, 2012


Anak nampak relaks... uncle pula yang gementar...!

Buat-buat lupa... Uncle pun sama dulu, esok nak periksa, hari ni masih main dalam longkang! ~ (Dulu tak ada Play Station, okey!)

Thursday, June 14, 2012

June 14, 2012


Yang di belakang 'ular'. Yang di hadapan 'mengular'


Yang mana lebih bahaya?

Wednesday, June 13, 2012

June 13, 2012


Jam sudah pukul 11:26 pagi... Tapi baru hendak pergi mendaki.

(Bukan mendaki gunung... tapi buang daki... ~ Harap maklum)

Tuesday, June 12, 2012

June 12, 2012


Mencari ruang parkir di Hospital Sungai Buloh... Bisa mendidihkan otak, kamu tahu!

Monday, June 11, 2012

June 11, 2012


"Suburnya cinta"





Percubaan kali kedua:

  1. Kalau uncle pakai gincu, uncle rasa muka uncle sama dengan AKU IBU MUDA atau SHAZ HotFM Kelate, ni... (Blog kedua beliau di SINI)
  2. Tapi kalau uncle gunting rambut sekali pun, uncle rasa muka uncle tetap tak sama dengan 'senyuman' EYRIQAZZ, ni... Haha!
Jom group hug?!

Sunday, June 10, 2012

June 10, 2012


Anak-anak sedang membersihkan rumah anak patung mereka... Baguslah tu, masalahnya selepas itu rumah pula yang bersepah...! ~ Aduh!

(NOTA: Mereka mengenakan penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan habuk)

Saturday, June 9, 2012

June 9, 2012


Tiap-tiap minggu ada saja jemputan kenduri kahwin... 'Teringin' pula rasanya...

(Teringin nak ambil bunga telur di belakang tu, lah!)

Friday, June 8, 2012

June 8, 2012


Lawak! Lawak! Tadi masa tren ini sampai, unlce tahan LRT macam tahan teksi...! Nasib baik tiada siapa yang perasan! Ha ha! Aduh! Semakin nyanyuk nampaknya uncle ni...

Thursday, June 7, 2012

June 7, 2012



Tengok gambar di atas. Mula-mula unlce rasa nak gelak, kemudian uncle rasa nak menangis, akhir sekali uncle rasa nak bertaubat..! Haha! Terima kasih kepada BUJAL X kerana telah DUA kali 'mempuakakan' muka uncle. Untuk gambar yang terdahulu, sila lihat SINI)


AMARAN: Kalau ada yang buat-buat bertanya "Yang mana satu gambar uncle yang sebenar, ni?" Baik kamu tingglkan negara ini cepat-cepat...!

Wednesday, June 6, 2012

June 6, 2012


Kadang-kala ada kata-kata berbau sinis ditujukan pada uncle... "Guntinglah rambut tu... kasihan anak-anak engkau, keliru yang mana satu ibu, yang mana satu ayah..!"

Uncle jawab... "Eh, mana boleh keliru...! Ayahnya berambut panjang, ibunya berambut pendek!"

(Keh keh keh)

Tuesday, June 5, 2012

June 5, 2012

Guest #45


Zaman belajar dulu kami selalu jamming. Dia menyanyi dan uncle bermain gitar. Kemudian kami berpisah mengejar cita-cita masing-masing. Dalam tahun 1993 HASNOL memenangi dua kategori dalam Juara Lagu terbitan TV3 melalui lagu 'LAGUKU UNTUKMU' (Lagu: Adnan Abu Hassan / Lirik: Hasnol)

Sekarang? Kami jamming di meja makan saja... Haha! (Eh... dia tak tahu uncle ni blogger tahu!)


Monday, June 4, 2012

Sunday, June 3, 2012

June 3, 2012


Aunty sedang potong ayam. Uncle tolong tengok...

(Hati-hati jangan terpotong tangan! Nanti uncle jadi 'Uncle Bersiong' pula..!)

Saturday, June 2, 2012

June 2, 2012


Kenduri kahwin di sini-sana,
Alhamdulillah, jimatlah belanja untuk makan tengahari,
Wahai tuan tumah hamba ingin bertanya, 
Bolehkah hamba tapau untuk makan malam sekali?


(Pantun jujur orang sengkek)






Terima kasih kepada PU3 BIBAH CUN MELECUN kerana untuk entri ini, okey?

Friday, June 1, 2012

Jun 1, 2012


ORANG LAIN: Menumpang di tanah sekangkang kera. Kiri dan kanan jalan batu. Mengangkut air untuk menyiram. Sekarang sudah kutip hasilnya.  DIRI SENDIRI: Mengharapkan hujan siramkan pokok dalam pasu di rumah sendiri... (malu)






NOTA UNTUK CIKLI: Mana gua tau... gua ingat lu tak cam muka gua! Kah kah kah...!