Followers

Thursday, February 28, 2013

February 28, 2013


Oh... rupanya pokok duit-duit yang bulat macam duit syiling itu akan berubah menjadi panjang seperti duit kertas apabila matang...! Baru uncle tahu!

Tapi duit syiling dalam saku uncle tak nak pula dia berubah menjadi duit kertas.. huh!


(Tak kenal pokok duit-duit? INI DIA)


Wednesday, February 27, 2013

February 27, 2013


Pasti kawan-kawan pernah melalui saat canggung seperti ini..

'Perut sangat lapar, sampai kedai makan, tetapi tak tahu nak makan apa...'

Benci bukan?


Tuesday, February 26, 2013

February 26, 2013


TAHUKAH ANDA: 
Ada pokok kaktus boleh berdiri sehingga 40 kaki tinggi.

TAHUKAH ANDA: 
Selain perisai, duri pada pokok kaktus juga berfungsi sebagai penebat haba untuk pokok pada waktu malam yang sejuk.

TAHUKAH ANDA: 
Kalaulah pokok ni tumbang atas belakang uncle, mesti uncle menyesal seumur hidup...!


(Uncle terpaksa mencangkung nak rakam gambar ni, tahu!
~ Nasib baik tiada orang tengok.... cheh!)


Monday, February 25, 2013

February 25, 2013


Ish ish ish... cuba tengok pakcik di belakang itu.
 Rakam gambar sendiri di dalam tandas awam. Tiada sekelumit perasaan malukah...?


Sunday, February 24, 2013

February 24, 2013

Guest #52


(1) Kopiah, buah tangan ABANG ENSEM
(2) Peminat ABANG ENSEM
(3) Macam ABANG ENSEM ?

Terima kasih ABANG ENSEM kerana sudi berkongsi pengalaman semasa menunaikan umrah... emosi beliau sangat menakjubkan!


Saturday, February 23, 2013

February 23, 2013


Hari ini sekolah anak uncle ada program gotong-royong.
Nasib baik uncle tiba pada waktu yang tepat... 

 "...waktu makan."


Thursday, February 21, 2013

February 21, 2013


Laaa... selama ini uncle silap
Ingatkan peribahasa tu sebut  'Nasi sudah menjadi BUBUR', 
rupanya 'Nasi sudah menjadi BUBU...'


Wednesday, February 20, 2013

February 20, 2013


Okey... sekarang uncle faham kenapa aunty pesan supaya menutup mangkuk apabila mahu menghangatkan lauk di dalam ketuhar gelombang mikro...


(Ya Allah ya tuhanku... Minta janganlah bini aku baca entri aku hari ini...)


Tuesday, February 19, 2013

February 19, 2013


"Ini bukan ginculah... ini kurap...! Sumpah, abang tak tipu..."
"Tadi masa naik motor, abang kena batu... Percayalah..."

Tercari-cari alasan nak jawab pada aunty...


(Dah, dah... ini sebenarnya photoshop, okey!)