Followers

Friday, June 29, 2012

June 29, 2012


Ada satu lawak paling popular waktu zaman kamera menggunakan filem yang membuatkan uncle muntah pelangi ialah; 

"Alamak! Aku lupa isi filem lah!" (Ya! Itu lawak 'moron' namanya)







NOTA LAIN: Ada orang hobinya bela kucing, ada yang bela ikan, ada juga yang bela hamster, tapi... REENA KAMARUDIN bela tudung! Tak percaya? Klik SINI! ~ Haha! Terima kasih REENA!

Thursday, June 28, 2012

June 28, 2012


M. Gedek...?

Wednesday, June 27, 2012

June 27, 2012


"Antara tanda-tanda awal akan tibanya bulan Ramadhan ialah wujudnya iklan ini merata-rata hinggakan terngiang-ngaing bisikan nama Yusuf Taiyoob di telinga kamu...." ~Dihikayatkan oleh: Al-Gedek Al-Mukaketat






Terima kasih pada DALILA AIMI kerana review blog uncle ni... Hey! Kamu punya header tu uncle sukalah..!

Tuesday, June 26, 2012

June 26, 2012


Uncle ni bukan peminat nasi lemak, tapi selepas uncle cuba NASI LEMAK ROCK 'N ROLL, asyik terkenang saja dibuatnya...  Sedapnya 'secukup rasa'. Tidak lebih dan tidak kurang. Sungguh! Cubalah! Lokasi gerai: Jalan 58/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves. (8pm ~ 12am) (KLIK)

NOTA: Entri ini tiada kaitan dengan untuk tolong kawan, jiran atau tuan punya gerai itu 'ada anak gadis 'cun'. Unlce benar-benar terpikat dengan keenakan nasi lemaknya..! Okey, uncle tipu, tauke gerai tu adik uncle.

Monday, June 25, 2012

June 25, 2012


Alhamdulillah... Tak sangka! Akhirnya jejak juga kaki uncle di Brunei...

(Mesti balik cepat, ni...  Insya-Allah esok bersiaran seperti biasa dari Kuala Lumpur)

Sunday, June 24, 2012

Jun 24, 2012

Guest #46


Yang baju putih itu kartunis. (Yang baju hitam itu komunis.)
Dengan Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai LAT.




Terima kasih DZUANDIEY kerana review blog ini. Sangat terharu, okey! (Kesat air mata)

Saturday, June 23, 2012

June 23, 2012


Siapa yang akan 'padam' bila lampu itu 'menyala'? ~ Haha!





~ Terima kasih ~

  1. NAMIA kata muka uncle macam 'pembunuh upahan'... sebenarnya memang betul, uncle selalu bunuh nyamuk! 
  2. KUJIE pula kata entri uncle ringkas... Sebenarnya uncle tulis ringkas sebab terlalu malas nak tulis panjang-panjang...! 
~ Jom group hug! ~





Friday, June 22, 2012

June 22, 2012


Agaknya pemilik kereta ini tidak mahu keretanya berjemur di tengah panas terik, maka 'melunjurkan' keretanya terus di atas laluan pejalan kaki mungkin cara yang terbaik baginya... 

Semoga kawan-kawan tidak meniru cara begini, ya? Ini ayat berlapik, dalam hati uncle mencarut...







Jutaan terima kasih kepada AL-LAVENDARI kerana memperkenalkan kamera yang sesuai dengan 'tabiat gila' uncle ini... (Dah boleh mula menabung, ni... haha)

Thursday, June 21, 2012

June 21, 2012


Kawan-kawan semua pernah tak menaiki bas yang lubang penghawa dinginnya betul-betul atas kepala seperti ini? Beku otak, tahu! Oh ya, uncle terlupa... kamu semua kaya... tak naik bas...





AMARAN: Jangan tiru aksi lagak ngeri seperti ini...
  1. PUANBEE: Self-portrait sambil terbang! Bahaya!
  2. AKUBIOMED: Self-portrait sambil baring! Laaagi bahaya!

Wednesday, June 20, 2012

June 20, 2012


Oh... begini rupanya hasil percubaan uncle mengambil gambar keretapi berkelajuan tinggi menggunakan kamera berkelajuan rendah... Sudah seperti di alam mimpi...! Ha ha!