Followers

Showing posts with label kedai runcit. Show all posts
Showing posts with label kedai runcit. Show all posts

Wednesday, April 17, 2024

April 17, 2024



Kedai runcit ini uncle kerap singgah sejak uncle
mula-mula kahwin sehinggalah dah bermenantu. 

Hingga uncle dengan tauke kedai bergelar kawan. 

Tapi hari ni berlainan. 
Barang-barang yang selalunya penuh kini separuh kosong. 

"Boss! Kemas barangkah?" Tanya uncle.

"Bukanlah... Mahu tutup kedai. Mahu pencen!" Jawabnya sambil ketawa kecil. 

"Wah? Ya ka? Tahniah! Tahniah!" Balas uncle berseloroh... 

Tak tahu kenapa, tapi hati uncle terbit sedikit rasa sebak. 


(Lalu uncle keluarkan kamera untuk swafoto kenangan.)











Monday, February 26, 2024

February 26, 2024



Jangan main-main... 

Uncle baru beli telefon 'lipat' baharu... 

...di kedai runcit, tahu! 

Siapa nak kirim...?











Sunday, August 6, 2023

August 6, 2023



Kenapa uncle suka kedai runcit macam ni..? 

1) Bedak 
2) Sabun mandi
3) Berus gigi 
4) Gula-gula 
5) Santan kotak 
6) Minyak cap kapak 
7) Pencukur 
8) Gam gajah 
9) Bedak muka 
10) Kacang 

Semuanya diletak dekat-dekat...! Berdiri setempat, hulur tangan pun sampai!











Thursday, July 25, 2019

July 25, 2019


Dulu kalau ada kedai runcit yang guna benda ni, dia di kira kedai yang paling maju! Sekarang  benda ni masuk kategori barang vintage.... :D