Followers

Showing posts with label tutup kedai. Show all posts
Showing posts with label tutup kedai. Show all posts

Wednesday, April 17, 2024

April 17, 2024



Kedai runcit ini uncle kerap singgah sejak uncle
mula-mula kahwin sehinggalah dah bermenantu. 

Hingga uncle dengan tauke kedai bergelar kawan. 

Tapi hari ni berlainan. 
Barang-barang yang selalunya penuh kini separuh kosong. 

"Boss! Kemas barangkah?" Tanya uncle.

"Bukanlah... Mahu tutup kedai. Mahu pencen!" Jawabnya sambil ketawa kecil. 

"Wah? Ya ka? Tahniah! Tahniah!" Balas uncle berseloroh... 

Tak tahu kenapa, tapi hati uncle terbit sedikit rasa sebak. 


(Lalu uncle keluarkan kamera untuk swafoto kenangan.)











Saturday, December 8, 2012

December 8, 2012


Hari ini rumah kami ada tetamu. Kami dengan senang hati untuk babysit Adam kerana ibu bapanya bertugas... Yeay!


(Eh... kata orang kalau dukung-dukung baby ni nanti kita boleh berjangkit nak dapat baby juga... betulkah? Ah, tak mungkinlah... kami 'tutup kedai' sudah...)