Tak tahulah nak cakap orang ini berani atau cuai... Ditinggalnya troli bersama beg tangannya yang 'jelas' tergantung sementara dia hilang memilih barang entah di mana...
Kenapa uncle berswafoto dalam kereta pagi-pagi buta ni? Saja nak bagi tahu... Hari ni uncle kembali bertugas sebagai 'pemandu bas sekolah anak'.... Hu hu hu...!!!
Amboi amboi amboi! Kerja membuta dari tadi?! Cubalah manfaatkan diri tu! Paling tidak tolonglah bakar sampah, cangkul tanah, bersihkan kebun, tebang pokok atau kemas kini blog, kan ada faedahnya?
Psst! Yang benda lain tu uncle pun tak buat! Baahaha!
Tuu diaaa...! Jarang tengok iklan cuci kereta digantung tinggi-tinggi atas pokok macam ni! Kalau iklan perkhidmatan tebang pokok memang inilah tempat yang sesuai...!
Ini mesti strategi nak curi pelanggan, ni......! Baahaha...!