AMARAN: Jangan bawa isteri anda lalu di tempat yang ada perkataan LESS atau SALE... Akibatnya berjam-jamlah kamu tersangkut di situ... (sambil mendengus)
(Selepas uncle merakam foto ini, jurujual di belakang tu memberi isyarat supaya tidak merakam gambar di dalam kedai... ~ Baahaha)
Setitik air mata mewakili sejuta kesedihan kerana tidak dapat menghadiri Gathering Kite-Kite Aje 2012 walaupun uncle telah mengesahkan kehadiran pada awalnya... (Jadi tak air mata tu...?)
NOTA: 'Banyak-banyak' tugas menjadi penghalang... 'Jarang-jarang' tiada duit nak tuang petrol kereta... 'Kadang-kadang' tiada duit dalam kocek untuk tambang bas.... (saja untuk meraih lebih simpati...)
Alhamdulilah, sampai di Kathmandu jam 9:00 pagi waktu Nepal. Cuaca di sini agak dingin. Perlu daftar hotel segera. Harap senang dapat makanan halal. Berita baik ialah perayauan antarabangsa sangat kuat di sini... yeay!
Okey... uncle tipu... uncle di Jalan Medan Pasar, Kuala Lumpur
(Makna SARAPAN : 1 makanan yang dimakan pada waktu pagi untuk mengalas perut. 2 makan pagi. 3 sesuatu yg dibuat alas atau lapik. ~ Rujukan : Kamus DBP)