Kalau kita gantikan botol air atau botol minyak hitam ini dengan pasu bunga, cawan, malah mesen rumput... adakah orang akan faham bahawa kereta ini untuk dijual...?
Simbol ini hanya difahami oleh rakyat Malaysia sahaja, tahu..!
Beli barang keperluan rumah tadi... Hulur RM50.00... Jeling pada 'sejemput' barang yang dibeli... Rupanya nilai duit kita sekarang.... aaaahh! Malaslah nak cerita...!
Okey... SUE SENAH ANDERSON telah buktikan, blog self portrait tidak semestinya berwajah 'ketat'... Senyumannya manis dan konsisten! Tak percaya? Klik SINI
Tahukah anda? Perasaan takut kepada badut dipanggil COULROPHOBIA
(AMARAN!: Dilarang melihat gambar ini secara langsung lama-lama kerana ia boleh mengakibatkan pembaca terkena 'GEDEKPHOBIA' Lebih buruk lagi dalam jangka masa panjang ia akan berubah menjadi 'GEDEKMANIA' ~Baahaha...)
Dengar sini nasihat unlce... Sekarang ini musim hujan, simpanlah payung di dalam kereta supaya kamu semua tidak terperangkap di dalam kereta apabila hujan lebat. Supaya tidak jadi macam 'orang tu'...
Dah! Tak payah nak tanya- tanya siapa pula!!! (marah)
Ada orang panggil 'ambil gambar'. Ada orang panggil 'tangkap gambar'. Ada juga yang panggil 'pukul gambar' Kenapa ya? Gambar tu nakalkah? Jom kita tanya PENDRAGON... (terima kasih ya!)
Alahai si Anis ni... Sedang menunggu untuk ke kelas tambahan pukul 3:00 petang ni, tertidur pula dia... Sekarang pukul 2:47 petang. Nak dikejutkan, tidak sampai hati...
Tapi kalau jolok lubang hidung dia dengan bulu ayam, uncle sampai hati... Janji lawak! Baahaha...!
Ini kasut bola atau kasut Phua Chu Kang...? Baahaha...!
Terima kasih kepada CHEIDA_MYMEE kerana senaraikan uncle dalam Carta Sepuluh Blog Kegemaran beliau... Rasa malu sebab digandingkan dengan blogger-blogger hebat lain! Jom jengah SINI...
"Kalau uncle cakap uncle jumpa Optimus Prime... mati hidup balik pun kamu semua tak percaya, kan?"
Tak dapat nak gambarkan bila ternampak lori ini pagi tadi... Rasa seperti kembali di zaman kanak-kanak...! There is a child in every man, okay! (LOKASI: R&R Kinrara)
Kali ini uncle benar-benar rasa tergugat... Kenapa? Sebab yang menggugat uncle kali ini bukan calang-calang orang... Tapi BRO FRAMESTONE! Aduh! (Gugat tau, bukan gegat...)
Etika berbisik: Gosoklah gigi jika mulut berbau petai...
(gambar sebagai hiasan)
Uncle bangga! Bukan sebab ada orang cakap muka uncle macam Ali XPDC. Tapi sebab BITT yang cakap macam tu! BITT tu blogger glamour! Blog dia pernah masuk TV tahu! Tengok SINI ~pengsan (x_x)
Ini baru sebahagian kecil dari koleksi piala uncle. Selain dari cemerlang dalam bidang akademik, uncle juga hebat dalam bidang sukan... Semua piala uncle simpan dengan rapi di dalam almari kaca...!
Okey, uncle tipu... uncle bediri depan kedai piala...
(Akademik? Lagi tipu! SPM uncle hanya dapat pangkat tiga!)
MRSFARAHZAKI kata muka uncle dengan muka Uncle Seekers ada persamaan... Apa pendapat kawan-kawan semua? Cuba lihat SINI... (Terima kasih Farah!)
Ini permainan anak perempuan uncle... Sewaktu kecil, sebagai budak lelaki yang sihat... uncle tidak bermain dengan permainan patung-patung atau pondok-pondok yang sangat feminin seperti ini... Tetapi main kahwin-kawhin mungkin ada, lah...
(Ya lah... sudah tentu mereka memerlukan pengantin lelaki, bukan?)