Followers

Monday, February 10, 2025

February 10, 2025



Moga-moga kucing tu tak memandu bila waktu pulang nanti... 

Baahaha!

(Uncle sentiasa terhibur dengan nama-
nama kedai yang agak melucukan. Kreatif!)







Sunday, February 9, 2025

February 9, 2025



Pagi tadi. 

Aunty ajak ke pasar, beli ikan katanya. 

Sampai pasar. 

"Eh? Beli pokok bunga?" Tanya uncle. 

"Sambil menyelam, minum air..." Jawab aunty pendek.

Lalu uncle pun buat muka ni --> ðŸ™„





Saturday, February 8, 2025

February 8, 2025



Mujurlah sekarang uncle tiada lagi anak-anak yang bersekolah. 

Tak perlu lagi nak tentang fikir baju, kasut, beg,
baju kokurikulum, buku, tuisyen, duit belanja. 

Tak cukup dengan tu...

Masa sekolah nak bermula, masa tulah juga kereta nak rosak, 
tayar kereta botak, paip pecah atau rumah dilanda tronado!

Ngeri! 

Pengalaman pahit dahulu kini menjadi kenangan manis. 

Lega...











Friday, February 7, 2025

February 7, 2025


Ini uncle puji...!

Selain dari beri amaran supaya jangan merokok, disertakan sekali 
kod QR untuk terus ke pautan menawarkan tips cara-cara berhenti merokok! 

Ini baru betul! 

Pautan di > SINI <






Thursday, February 6, 2025

February 6, 2025



Aik? 

Minggu lalu nampak keluarga ni berbaju Cheongsam. 

Merah semerah-merahnya!

Tup-tup hari ni semua dah berbaju Melayu dan berbaju Kurung!? 

Uish... Ini kecelaruan personaliti, ni...






Wednesday, February 5, 2025

February 5, 2025



Tulisan jelas 'Wash'. 

Tempatnya pun jelas tempat basuh tangan. 

Tapi gambarnya orang sedang minum air? 


#keliru





Tuesday, February 4, 2025

February 4, 2025



Dah kenapa uncle kongsi foto kaki uncle? 

Saja nak tunjuk. 

Aunty inaikan kuku ibu jari tu. 

Uncle tanya kenapa? 

Aunty jawab saja comel. 

Tapi kalau kawan-kawan uncle tanya, uncle jawab... 

"Aku gothic."











Monday, February 3, 2025

February 3, 2025



Biasalah... Balik bercuti. 

Sibuk kemas kini foto di media sosial. 

Tiba-tiba hati terdetik. 

Blog dah kemas kini? 

Terus melompat capai kamera! 

Siap!











Sunday, February 2, 2025

February 2, 2025



Apakah perkara yang paling seronok
dilakukan sebaik sahaja pulang dari bercuti? 

...

Cuci baju yang berlonggok-longgok! 

YEAY! ðŸ˜­











Saturday, February 1, 2025

February 1, 2025



Ish!

Anak-anak saudara uncle ni janganlah cabar-cabar.

Iman uncle ni senipis kulit bawang. 

Kalau uncle terjun nanti... 

Ikan paus tu uncle punya seorang!