Followers

Saturday, November 10, 2012

November 10, 2012


"MURAH - MURAH - MURAH..!!!"
Dilaung dalam suara yang menyakitkan telinga... diulang sehingga beratus kali... pagi hingga petang..!

Rasa nak pijak-pijak pembesar suara tu biar terburaikan?

Friday, November 9, 2012

November 9, 2012


Alhamdulilah, sampai di Kathmandu jam 9:00 pagi waktu Nepal. Cuaca di sini agak dingin. Perlu daftar hotel segera. Harap senang dapat makanan halal. Berita baik ialah perayauan antarabangsa sangat kuat di sini... yeay!


Okey... uncle tipu... uncle di Jalan Medan Pasar, Kuala Lumpur

Thursday, November 8, 2012

November 8, 2012

Guest #50


Dia tahu... unlce akan sapa dia setiap kali dia lalu di hadapan rumah uncle...
Dia tahu... rumah kami hanya selang beberapa buah rumah seberang jalan...
Apa yang dia tidak tahu... wajah dia masuk blog uncle hari ini....!!!



(Puan Kaliama sangat murah dengan senyuman... sayang beliau...!)

Tuesday, November 6, 2012

November 6, 2012


Pagi boleh sarapan... petang pun boleh sarapan...
Jangan ada sarapan malam, sudah...!





(Makna SARAPAN : 1 makanan yang dimakan pada waktu pagi untuk mengalas perut. 2 makan pagi. 3 sesuatu yg dibuat alas atau lapik. ~ Rujukan : Kamus DBP)

Monday, November 5, 2012

November 5, 2012


Sebelum dia rakam gambar uncle, biar uncle yang rakam gambar dia dahulu... 

...walaupun hanya berani dari belakang...!






(Kamera AES sebenarnya kurang kontroversi berbanding dengan Kamera EGS. Nak tahu apa itu kamera EGS? Klik SINI, biar ARJUNA SILVERA terangkan...)

Sunday, November 4, 2012

November 4, 2012


Musim hujan datang lagi... Bukan hanya kita yang duduk dalam rumah... 
Baju sidaian pun duduk dalam rumah...





Saturday, November 3, 2012

Friday, November 2, 2012

November 2, 2012


Hari ini uncle ada urusan kematian. Memang sudah rezeki dia mati hari Jumaat... Okey, lesen uncle yang mati hari ini.... 


(LOKASI: JPJ cawangan Bandar Sri Permaisuri)







Thursday, November 1, 2012

November 1, 2012


"Peng-peng... peng!!!" Itu baru tembak pakai pistol jari, terus bergelimpangan... Belum 'fire' guna laser Ultraman, lagi...!






(Kita yang rata-rata bekerja dalam hawa dingin selalu rasa kerja kita susah, kan? Tukang mesin rumput lagi lelah, tahu...!)