Semalam sewaktu uncle sedang *berjalan-jalan (*baca bermain mata dengan misi) di Hospital Selayang, uncle disapa oleh blogger MILOAISKURANGMANIS... Pertama kali berjumpa walau selalu bertegur sapa di blog. Tak sempat bergambar dengan orangnya semalam, bergambar dengan blog dia hari ini pun jadilah...
Untuk info, perkataan 'Kurang Manis' tu sebenarnya tidak menggambarkan wajah dia!
Hari ini bekerja dalam studio. Terus terang cakap, uncle tak selesa malah sering kali rasa bersalah apabila ditugaskan merenung wanita-wanita manis di hadapan uncle... Okey, uncle tipu... Uncle suka! ~Yeay!
Berapa laju putaran bacaan nombor itu dipaparkan, bergitulah juga kelajuan degupan jantung uncle... Jangan jantung uncle turut terhenti sebaik sahaja selesai, sudah..!
Jalan dua tiga langkah, berhenti tengok baju... Jalan dua tiga langkah, berhenti tengok baju... Bila nak sampai macam ni...? (Sambil urut dada sendiri...)
MatahatyCikMentega kata uncle ni Pakcik Muka Ketat... Ok lah tu, tak perlu buat Botox..! Haha! Terima kasih review ya, babe!