Followers

Friday, July 24, 2026

July 24, 2026



Foto hari ini membenarkan kata orang-orang tua.... 

"Cinta... dari mata turun ke hati..." 

Baahaha...!







Thursday, July 23, 2026

July 23, 2026



Okey! Hari ni uncle nak tunjuk progres terkini trek jogging 
yang di naik taraf pada catatan 16 Julai 2026 (< klik)

Taadaaaa! Sudah 90% siap! 
Cantik bukan? 

Okey! Sekarang uncle hanya tinggal nak
kumpul semangat untuk berjoging saja

Masalahnya semangat yang terkumpul baru 5%. 
Errr... di mana ada jual semangat? Di Shopee ada tak?

Baahaha...!







Wednesday, July 22, 2026

July 22, 2026


Ada yang tanya... 

Apa saja buah tangan yang di bawa oleh Cikgu Azali 
dari blog Persona Etuza untuk uncle tempoh hari? 

Okey. Hari uncle dedahkan...

Beg tangan, dompet dan... tuuu, yang uncle pakai tu! Bandana! 

Adatak nampak macam rockers pencen? 
Atau... nampak macam orang nak mengemas rumah? 

Yeah yeah untuk cikgu Azali🤘







Tuesday, July 21, 2026

July 21, 2026



Seperti biasa... 

Sebagai orang yang selalu di rumah, 
tugas menerima bungkusan adalah tanggungjawab uncle. 

Seperti biasa... 

Dalam banyak-banyak bungkusan yang diterima tu,
tiada satu pun bungkusan untuk uncle! 

Hu hu hu...







Monday, July 20, 2026

July 20, 2026



Singgah di sebuah kedai... 

Tak ramai pelanggan. Anggaran 2 atau 3 orang. 

Tak jauh sebelah dalam kaunter ada seorang 
jurujual sedang melakukan jualan atas talian. 

Anggaran penonton ratusan orang. 

Begitulah era sekarang. 

Lengang tu tidak bermaksud tiada pelanggan!







Sunday, July 19, 2026

July 19, 2026

GUEST #122


Rezeki uncle hari ini dapat bersua muka dengan blogger dari Keningau, Sabah! 

Siapa lagi kalau bukan pemilik blog PESONA ETUZA atau cikgu Mohd Azali

Lokasi pertemuan pun bukan calang-calang, ya... Masjid Negara kau! 

Maka tanpa disedari, terpancarlah 'nur' di wajah kami berdua!

 Terima kasih cikgu Mohd Azali kerana 
luangkan masa yang maha ketat demi untuk uncle! 

Terima kasih juga buat isteri, anak dan menantu 
cikgu Azali yang sangat mesra dan peramah. 

Semoga bertemu lagi! 







Saturday, July 18, 2026

July 18, 2026


Yang di paparkan di dinding kedai ini bukanlah 
foto-foto pengunjung kedai yang menang cabutan bertuah, ya... 

Ini adalah foto-foto pencuri yang terakam oleh CCTV! 

Terfikir di hati uncle. 

"Uish! Mencuri berjemaah! Kalau begini punya gaya, 
tak sampai hujung tahun mahu gulung tikar kedai ni! 

Silap-silap tikar tauke pun kena sapu!"







Friday, July 17, 2026

July 17, 2026



Nama restoran 'Up To You'.

Tapi kalau tang bayaran dia cakap 'Up To You'... 
kira okey lah juga kan? 

Baahaha...! 

He he... Pelbagai nama kreatif yang orang fikir, bukan? 



(NOTA: Restoran tidak halal)








Thursday, July 16, 2026

July 16, 2026



YEAY! 

Nampaknya trek joging berdekatan rumah uncle sedang di naik taraf! 

"Nak cat warna baharu..." Jelas pekerja itu bila ditanya uncle. 

Eh? 

Mengapa pula uncle yang gembira...? 

Uncle bukan pengguna trek ini pun..? Berjoging jauh sekali...! 

Menyibuk saja!






Wednesday, July 15, 2026

July 15, 2026



 Burung kakak tua 

Hinggap atas lengan 

Uncle gedek sudah tua 

Dulu rajin kerja... kini rajin berangan... 


 (Semua!)







Tuesday, July 14, 2026

July 14, 2026


Cak! Tengok tu! 

Ada 3 tiga biji Melon Manis Terengganu

Kalau lepas makan tiga biji ni wajah uncle 
tak manis-manis, memang tak tahulah! 

Hu hu hu!







Monday, July 13, 2026

July 13, 2026



Setelah penat berdrama dalam episod merajuk semalam...
(...dan tiada siapa pun yang peduli.) 

Hari ni Milo buat keputusan untuk menjadi CCTV.... 

Minta perhatianlah tu! 

Lantak kaulah...

(Sebenarnya itu memang tempat lepak kegemaran dia tu... Baahaha!) 





Sunday, July 12, 2026

July 12, 2026



Olololo... tengok si Milo tu.

Baru kena marah sikit dah pasang muka merajuk... 

Yang menempel di situ nak suruh aunty pujuklah tu! 

Huh! Merajuklah kamu di situ... 

Uncle punya kuota pujuk hari ni dah habis!







Saturday, July 11, 2026

July 11, 2026

GUEST #121


Tahniah buat NORLISHAM SELAMAT (<Klik) atas 
pelancaran pameran lukisan solo beliau yang pertama. 

Sham ni adalah sahabat uncle sejak remaja. 

Sama-sama naik turun bas mini. Sama-sama jiwa memberontak.
Sama-sama tercari-cari hala tujuan hidup. 

Tapi dari dahulu lagi uncle dah kesan jiwa seni beliau dari cara beliau 
memerhati, cara beliau berfikir, cara beliau beri pandangan... semuanya abstrak.

Waktu itu uncle pasti beliau akan capai apa yang serasi dengan jiwa beliau. 

Uncle tumpang bangga! Tahniah sahabat!







Friday, July 10, 2026

July 10, 2026



Ada dua pertanyaan... 

1. Kenapa lif ni ada butang 2 dan butang 7? 
(Kerana lazimnya di luar lif hanya ada butang atas dan butang bawah.)

2. Kenapa nombor 7 tu terbalik? 
(Bukan apa... Takut sampai tingkat 7 nanti, 
kaki uncle di atas, kepala di bawah. Jahanam!)







Thursday, July 9, 2026

July 9, 2026



Sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan. 

Nak dapatkan posisi biar nampak macam 
tangan tu sedang menggenggam kepala uncle. 

Jadi tak? Jadi tak? 

(Alaaa... cakaplah jadi...)







Wednesday, July 8, 2026

July 8, 2026



Kadang-kadang cemburu juga tengok kawan-kawan 
blogger selalu kongsi gambar makanan. 

Jadi, hari ini uncle nak kongsi gambar sarapan pagi tadi... 

Ini dia!

Tose Rava untuk uncle dan aunty! 

Yummy!







Tuesday, July 7, 2026

July 7, 2026



Pernah berswafoto dengan 'beruk' (KILK) ni pada tahun 2019. 

Hari ini, tujuh tahun berlalu dia masih di sini... 

Bezanya, warnanya kian pudar ditelan waktu.

Melihatnya seolah-olah cermin diri sendiri.  

Kami kini sedang berjalan di lorong masa... 

...bersama perlahan pudar..







Monday, July 6, 2026

July 6, 2026



Sepatutnya amarannya bukan berbunyi;
 AWAS! JALAN LICIN. 

Tapi, amaran itu sepatutnya berbunyi;
AWAS! PEMANDU DUDUK DI SEBELAH KIRI, 
BUKAN DI TEMPAT PEMANDU! 

Patutlah ia bergerak terhuyung-hayang!







Sunday, July 5, 2026

July 5, 2026



Selalu uncle tertanya-tanya...

Kalau kucing boleh baca ni... 

...agaknya apa reaksi kucing kan?