Followers

Tuesday, December 23, 2025

December 23, 2025



Siapa kenal watak animasi 3D di belakang uncle tu? 
(Klik foto untuk tumbesaran.)

Babak mereka tergantung di belakang kenderaan tu ada dalam cerita 
T ** S**** yang pertama terbitan Pixar pada tahu 1995. 

Uish! Mereka berdua tergantung dari US sampai ke Malaysia! 

Baahaha..!






 

Monday, December 22, 2025

December 22, 2025



Rumah kami kecil. 

Jujurnya inilah satu-satunya sofa di dalam rumah ini. 

Three seater istilah 'orang putih'. 

Malangnya 'two seater' tu sentiasa penuh.
 
Jadi daerah abadi Milo dan Mocha bersemayam...

 Lalu... 

Pada siapa hendak ku mengadu..? 







Sunday, December 21, 2025

December 21, 2025



Hari ni hari minggu... tapi aunty kerja. 

Jadi kerja-kerja rumah uncle bereskan. 

Sedang angkat baju tiba-tiba 'Whatsapp' masuk. 

Aunty hantar tangkap layar CCTV uncle sedang angkat baju 
dengan ayat "Suami sape yang rajin ni 🩷" 

Fuh! Rasa berbaloi keluar duit pasang CCTV! 

Baahaha!







Saturday, December 20, 2025

December 20, 2025



Harap jangan ada yang cuba berdiri di atas basikal macam sarkis, ya...

Papan tanda itu bermaksud laluan ini dikongsi untuk 
pejalan kaki dan penunggang basikal. 

(Jujurnya, tadi uncle yang berfikir macam tu! He he...)







Friday, December 19, 2025

December 19, 2025



Ini papan tanda untuk laluan orang buta. 

Malangnya tongkat yang dipegang tu dah hilang! 

Siapalah yang mencurinya... 

Sudahlah tak nampak, tongkat pula dicuri...

Kejam sungguh...







Thursday, December 18, 2025

December 18, 2025



Kadang-kadang geram juga. 

Banyak kali insiden Grab berhenti di hadapan rumah lalu memberi salam. 

Kita ni yang sedang *tidur (*baca sedang tolong 
isteri mengemas rumah) maka berlari-larilah ke pintu... 

Tengok-tengok dia beri salam pada rumah sebelah.

Rumah kita dia buat untuk tumpang parkir! 

Haih! Tak mengapalah... 

Sekurang-kurangnya uncle boleh buat modal cerita diblog!







Wednesday, December 17, 2025

December 17, 2025



Tengok pakar bereskan hal elektrik luar dan dalam,

Uncle? Ish, tak pandailah, uncle mengaku, 

Tengok tak faham, pegang lagi jahanam, 

Dah sama macam tikus membaiki labu! 


(Jadi tak pantun ni? Kalau tak jadi cakap jadi juga!)







Tuesday, December 16, 2025

December 16, 2025



Dari jauh nampak beruang comel. 

Rasa nak peluk.

Datang dekat, huh! 

Dia punya tinggi pun dah sama dengan lantai atas. 

Peluk? Lupakanlah...

Tak tahulah berapa pemeluk ni... 

Makan apalah agaknya beruang ni...?







Monday, December 15, 2025

December 15, 2025



Ramai yang tanya uncle... 
(Okey tipu. Sebenarnya seorang saja yang tanya.) 

"Kalau uncle malas tocang rambut, uncle buat apa?"

Jawapan: Uncle buat sanggul. 

Pintal-pintal... siap!






Sunday, December 14, 2025

December 14, 2025



Yeay! 

Rumah jiran baik uncle dah mula menghias pokok Krismas! 

Mengapa uncle yang suka? 

Sebab kami tumpang kemeriahan lampu kelip-kelip mereka!

Cantik!







Saturday, December 13, 2025

December 13, 2025



Tips berguna untuk para suami... 

Masa isteri memilih baju, kita boleh bersama-sama. 

Tapi masa membayar... kita jauh-jauh sikit dengan isteri. 

Kalau boleh, jarak tu biar dia tak nampak kita.

Selamat beramal....







Friday, December 12, 2025

December 12, 2025



Jangan renung yang di belakang lama-lama! 
Nanti tak dapat tidur! 

Jangan renung yang di hadapan lama-lama! 
Nanti tak lalu makan!







Thursday, December 11, 2025

December 11, 2025



Nampaknya gedung-gedung membeli-belah 
sudah mula mempromosi jualan "Back To School" 

Mujurlah uncle kini tiada lagi anak-anak yang di bangku sekolah. 

Teringat zaman anak sekolah, asal hujung tahun mesti rasa sesak nafas... 

Beli buku, beli baju, beli kasut... belum masuk bab ko-korikulum! 

Rasa nak terhenti jantung!







Wednesday, December 10, 2025

December 10, 2025



Yang sedang pilih-pilih diari di belakang tu adalah aunty. 

Dia adalah 'orang diari fizikal'. 

Uncle pula 'orang diari digital' dikalendar Google. 

Kawan-kawan pilih yang mana?







Tuesday, December 9, 2025

December 9, 2025



Lagi cerita kucing... 

Tak tahulah apa punca, sejak akhir-akhir ni si Milo
suka sangat tidur betul-betul depan pintu peti ais, tu!

Dah setiap kali kita nak buka pintu, maka
terpaksalah minta izin dulu dari si Milo tembam tu... 

(Aku sumbat terus dalam peti tu baru padan muka!)







Monday, December 8, 2025

December 8, 2025



Semalam tinggal sementara dua buah kotak polisterin di bawah. 

Mak ai! Bangun pagi lantai dah dilitupi salji!

Rupanya Mocha dan Milo buat pesta cakar-mencakar! 

Aku hantar kucing-kucing tu ke kutub utara baru padan muka!






Sunday, December 7, 2025

December 7, 2025



Mural dah cukup cantik. 

Sesuai dengan tempat pelancongan.

Tapi yang mencacatkan pemandangan adalah baju sidaian tu...!

Kalau macam ni, sah-sah tiada pelancong yang mahu merakamkan foto. 

(Kecuali uncle lah... Baahaha!)







Saturday, December 6, 2025

December 6, 2025



Ada ni haaa... 

Teman aunty cucuk gel dalam lutut. 

Maklumlah... 

Faktor umur... 







Friday, December 5, 2025

December 5, 2025



Sambung cerita rumah anak uncle yang dilanda banjir semalam. 

Anak uncle kata nak tumpangkan 'barang-barang penting' 
di rumah uncle kerana risau kalau-kalau hujan masih berterusan. 

Hari ini dia hantar barang-barang yang dikatakan 'penting' itu... 

La la la...







Thursday, December 4, 2025

December 4, 2025



Ziarah rumah anak sulung uncle. 

Rumah mereka ditengelami banjir setinggi paras betis 
akibat hujan berterusan malam semalam. 

Waktu uncle sampai banjir sudah pun surut. 

Semoga mereka tabah menghadapi ujian. 







Wednesday, December 3, 2025

December 3, 2025



Bumbung oh bumbung... Kejamnya kau....

Kau pilih untuk bocor pada musim hujan.... 

Tapi itulah... 

Kalau tak hujan mana kita tahu bumbung tu bocor kan? 

Hmmm... panggil orang baiki.

Duit lagi ni....







Tuesday, December 2, 2025

December 2, 2025



Manusia mati meninggalkan nama. 

Telefon awam mati meninggalkan papan tanda. 

Kasihan... 

Telefonnya dah lama pupus...







Monday, December 1, 2025

Disember 1, 2025



Tengok aunty pakai inai. 

"Nak juga!" Kata uncle pendek. 

"Meh sini tangan." Jawab aunty. 

"Tak nak tangan... Kaki. Satu je. Hitam!" Balas uncle. 

"Sibuk!" Herdik aunty. 


(Taaada! Cantik tak?)