Followers

Wednesday, December 31, 2025

December 31, 2025



Ada ni haaa...

Hari terakhir 2025 ditemani ubat batuk dan ubat selsema... 

Itu yang otak rasa 'berdegung' sepanjang hari... 

Semoga virus ini tak ikut sama melangkah ke tahun hadapan esok.







Tuesday, December 30, 2025

December 30, 2025



Haih... Rambang mata juga nak memilihnya... 

(Masalah bapa-bapa berambut panjang)







Monday, December 29, 2025

December 29, 2025



Jangan ingat musim cuti sekolah ini hanya untuk
promosi baju sekolah, kasut sekolah, buku sekolah 
dan kem-kem motivasi sahaja, ya... 

Anak-anak lelaki... jangan lari! 






Sunday, December 28, 2025

December 28, 2025



Selamat pengantin baharu buat 
Adlin Natasha dan suami Hadfizuddin. 

Sebak pula rasa dihati. 
Biarpun dia adalah puteri sulung jiran sebelah,
uncle dah anggap seperti anak sendiri. 
Apatah lagi dia memanggil uncle 'ayah'. 

Semoga sampai ke anak cucu. 
(Sambil lap air mata.)














Saturday, December 27, 2025

December 27, 2025



Ada ni haaa... 

Bawa sahabat uncle Eric dari kota Paris melawat Batu Caves. 

Dia tiba di Kuala Lumpur bersama-sama Ganaël tempoh hari. 

Eric juga ahli projek swafoto harian seperti uncle. 

Tahun ini projek Eric masuk tahun ke tujuh! 

Okeylah... Maaf uncle tak sempat ziarah blog. 

Uncle sibuk jadi pemandu pelancong! 

Nanti uncle singgah, ya! 

Ta ta..!







Friday, December 26, 2025

December 26, 2025



Tengok tu kedai buat dekorasi...

Gantung-gantung penyangkut baju pun boleh nampak cantik.

Designlah... senilah... arcalah...

Cuba uncle yang gantung penyangkut baju macam ni di rumah... 

Mahu aunty sangkut uncle melekat di dinding! 

Baahaha! 







Thursday, December 25, 2025

December 25, 2025

GUEST #115

Tetamu yang uncle nanti-nanti. 

Memperkenalkan Ganaël Portet dari kota Paris. 'Teman seperjuangan' dalam
projek swafoto harian dan projek swafoto beliau kini hampir ke tahun ke 15! 

Berjumpa di YouTube dan sambung persahabatan di Facebook dan Instagram.
Selalu bertanya khabar dimedia sosial, berborak tentang projek swafoto.

Bermula dengan gurauan; "Satu hari nanti, kita patut berswafoto bersama. 
swafoto saya ada kamu dan swafoto kamu ada saya." Kata beliau. 

"Haha! Itu idea yang baik!" Jawab uncle.

Hari ini setelah bertahun-tahun, beliau betul-betul terbang 
ke Kuala Lumpur demi untuk swafoto itu! 


NOTA: Kami juga pernah buat 'swafoto atas talian' 
pada 22 Feb 2021 dan pada 11 April 2022.







Wednesday, December 24, 2025

December 24, 2025



Hari ini kami ada tetamu. 

Aunty terjumpa seekor burung merpati yang 
tercedera di kaki duduk diam di depan pagar.

Aunty ambil dan berikan dia air dan roti.

Esok kalau keadaan kamu bertambaik baik, 
kami akan lepaskan kamu di padang, ya...

Malam ni kamu tumpanglah tidur 
di dalam kotak kucing tu buat sementara... 

Selamat malam!







Tuesday, December 23, 2025

December 23, 2025



Siapa kenal watak animasi 3D di belakang uncle tu? 
(Klik foto untuk tumbesaran.)

Babak mereka tergantung di belakang kenderaan tu ada dalam cerita 
T ** S**** yang pertama terbitan Pixar pada tahu 1995. 

Uish! Mereka berdua tergantung dari US sampai ke Malaysia! 

Baahaha..!






 

Monday, December 22, 2025

December 22, 2025



Rumah kami kecil. 

Jujurnya inilah satu-satunya sofa di dalam rumah ini. 

Three seater istilah 'orang putih'. 

Malangnya 'two seater' tu sentiasa penuh.
 
Jadi daerah abadi Milo dan Mocha bersemayam...

 Lalu... 

Pada siapa hendak ku mengadu..? 







Sunday, December 21, 2025

December 21, 2025



Hari ni hari minggu... tapi aunty kerja. 

Jadi kerja-kerja rumah uncle bereskan. 

Sedang angkat baju tiba-tiba 'Whatsapp' masuk. 

Aunty hantar tangkap layar CCTV uncle sedang angkat baju 
dengan ayat "Suami sape yang rajin ni 🩷" 

Fuh! Rasa berbaloi keluar duit pasang CCTV! 

Baahaha!







Saturday, December 20, 2025

December 20, 2025



Harap jangan ada yang cuba berdiri di atas basikal macam sarkis, ya...

Papan tanda itu bermaksud laluan ini dikongsi untuk 
pejalan kaki dan penunggang basikal. 

(Jujurnya, tadi uncle yang berfikir macam tu! He he...)







Friday, December 19, 2025

December 19, 2025



Ini papan tanda untuk laluan orang buta. 

Malangnya tongkat yang dipegang tu dah hilang! 

Siapalah yang mencurinya... 

Sudahlah tak nampak, tongkat pula dicuri...

Kejam sungguh...







Thursday, December 18, 2025

December 18, 2025



Kadang-kadang geram juga. 

Banyak kali insiden Grab berhenti di hadapan rumah lalu memberi salam. 

Kita ni yang sedang *tidur (*baca sedang tolong 
isteri mengemas rumah) maka berlari-larilah ke pintu... 

Tengok-tengok dia beri salam pada rumah sebelah.

Rumah kita dia buat untuk tumpang parkir! 

Haih! Tak mengapalah... 

Sekurang-kurangnya uncle boleh buat modal cerita diblog!







Wednesday, December 17, 2025

December 17, 2025



Tengok pakar bereskan hal elektrik luar dan dalam,

Uncle? Ish, tak pandailah, uncle mengaku, 

Tengok tak faham, pegang lagi jahanam, 

Dah sama macam tikus membaiki labu! 


(Jadi tak pantun ni? Kalau tak jadi cakap jadi juga!)







Tuesday, December 16, 2025

December 16, 2025



Dari jauh nampak beruang comel. 

Rasa nak peluk.

Datang dekat, huh! 

Dia punya tinggi pun dah sama dengan lantai atas. 

Peluk? Lupakanlah...

Tak tahulah berapa pemeluk ni... 

Makan apalah agaknya beruang ni...?







Monday, December 15, 2025

December 15, 2025



Ramai yang tanya uncle... 
(Okey tipu. Sebenarnya seorang saja yang tanya.) 

"Kalau uncle malas tocang rambut, uncle buat apa?"

Jawapan: Uncle buat sanggul. 

Pintal-pintal... siap!






Sunday, December 14, 2025

December 14, 2025



Yeay! 

Rumah jiran baik uncle dah mula menghias pokok Krismas! 

Mengapa uncle yang suka? 

Sebab kami tumpang kemeriahan lampu kelip-kelip mereka!

Cantik!







Saturday, December 13, 2025

December 13, 2025



Tips berguna untuk para suami... 

Masa isteri memilih baju, kita boleh bersama-sama. 

Tapi masa membayar... kita jauh-jauh sikit dengan isteri. 

Kalau boleh, jarak tu biar dia tak nampak kita.

Selamat beramal....







Friday, December 12, 2025

December 12, 2025



Jangan renung yang di belakang lama-lama! 
Nanti tak dapat tidur! 

Jangan renung yang di hadapan lama-lama! 
Nanti tak lalu makan!







Thursday, December 11, 2025

December 11, 2025



Nampaknya gedung-gedung membeli-belah 
sudah mula mempromosi jualan "Back To School" 

Mujurlah uncle kini tiada lagi anak-anak yang di bangku sekolah. 

Teringat zaman anak sekolah, asal hujung tahun mesti rasa sesak nafas... 

Beli buku, beli baju, beli kasut... belum masuk bab ko-korikulum! 

Rasa nak terhenti jantung!







Wednesday, December 10, 2025

December 10, 2025



Yang sedang pilih-pilih diari di belakang tu adalah aunty. 

Dia adalah 'orang diari fizikal'. 

Uncle pula 'orang diari digital' dikalendar Google. 

Kawan-kawan pilih yang mana?







Tuesday, December 9, 2025

December 9, 2025



Lagi cerita kucing... 

Tak tahulah apa punca, sejak akhir-akhir ni si Milo
suka sangat tidur betul-betul depan pintu peti ais, tu!

Dah setiap kali kita nak buka pintu, maka
terpaksalah minta izin dulu dari si Milo tembam tu... 

(Aku sumbat terus dalam peti tu baru padan muka!)







Monday, December 8, 2025

December 8, 2025



Semalam tinggal sementara dua buah kotak polisterin di bawah. 

Mak ai! Bangun pagi lantai dah dilitupi salji!

Rupanya Mocha dan Milo buat pesta cakar-mencakar! 

Aku hantar kucing-kucing tu ke kutub utara baru padan muka!






Sunday, December 7, 2025

December 7, 2025



Mural dah cukup cantik. 

Sesuai dengan tempat pelancongan.

Tapi yang mencacatkan pemandangan adalah baju sidaian tu...!

Kalau macam ni, sah-sah tiada pelancong yang mahu merakamkan foto. 

(Kecuali uncle lah... Baahaha!)







Saturday, December 6, 2025

December 6, 2025



Ada ni haaa... 

Teman aunty cucuk gel dalam lutut. 

Maklumlah... 

Faktor umur... 







Friday, December 5, 2025

December 5, 2025



Sambung cerita rumah anak uncle yang dilanda banjir semalam. 

Anak uncle kata nak tumpangkan 'barang-barang penting' 
di rumah uncle kerana risau kalau-kalau hujan masih berterusan. 

Hari ini dia hantar barang-barang yang dikatakan 'penting' itu... 

La la la...







Thursday, December 4, 2025

December 4, 2025



Ziarah rumah anak sulung uncle. 

Rumah mereka ditengelami banjir setinggi paras betis 
akibat hujan berterusan malam semalam. 

Waktu uncle sampai banjir sudah pun surut. 

Semoga mereka tabah menghadapi ujian.