Blog Begins At Forty
SELF-PORTRAIT DAILY
CLICK!
Followers
Tuesday, December 31, 2024
December 31, 2024
Baju Melayu lengkap bersamping di belakang tu
bukan
baju untuk kanak-kanak ya...
Itu baju untuk si meow!
Baju kurung pun ada!
Nak tergelak uncle!
Monday, December 30, 2024
December 30, 2024
Papan tanda yang wujud tapi jarang-jarang kita jumpa.
Sunday, December 29, 2024
December 29, 2024
Ini Hang Tuah atau
Han...Tu?
Teringat zaman sekolah dahulu
sangat popular cerita hantu tanpa muka!
Hmmm... hantu apa lagi yang popular dulu?
Ke mana hantu-hantu tu sekarang?
Saturday, December 28, 2024
December 28, 2024
Tengok perangai si Mocha tu!
Tempat orang keringkan perkakas mengecat,
di situlah dia pilih untuk tidur!
Dah sah-sah bulu dia ada kesan cat tu!
Friday, December 27, 2024
December 27, 2024
UNCLE: "Mak ai! Besarnya jerawat kamu!"
KAMU:
"Mak ai! Besarnya
tahi
mata uncle!"
Thursday, December 26, 2024
December 26, 2024
Bila anak mula memborong mi segera...
Ini bermakna cutinya bakal habis dan dia akan kembali ke universiti...
Wednesday, December 25, 2024
December 25, 2024
Uncle menyaksikan insiden yang comel pagi tadi.
Anak kecil di belakang tu membantu ibunya membeli di pasar
seorang diri dengan panduan dari ibunya menggunakan panggilan video.
Comel bukan?
Usia yang muda sudah diberi tanggungjawab.
Semoga anak itu membesar menjadi orang yang baik-baik.
Tuesday, December 24, 2024
December 24, 2024
Kenapalah gantung iklan sewa rumah tinggi-tinggi macam tu?
Ohhh patutlah... apartmentnya bernama 'Sky'!
Untuk bacaan orang-orang 'kayangan' sahaja.
Monday, December 23, 2024
December 23, 2024
Si Milo ni...
Suruh masak, malas!
Suruh kemas rumah, malas!
Suruh lipat baju malas!
Hah!
Uncle suruh dia jadi bantal!
Rasakan!
Sunday, December 22, 2024
December 22, 2024
Sekilas kepala botak uncle dah tahu itu Ipin.
Tapi mana Upin?
Jatuh ke bawah?
Jangan main-main!
Ini tingkat sembilan!
Saturday, December 21, 2024
December 21, 2024
#GUEST 111
Tumpang glamor sebelah pelakon, pengarah, penulis, penerbit:
Aziz M. Osman
.
Ada nampak tempias tak glamor dia tu pada uncle?
Friday, December 20, 2024
December 20, 2024
Satu, pintu bilik anak perempuan.
Satu lagi, pintu bilik anak lelaki.
Rasanya uncle tak perlu nyatakan yang mana satu kan?
Mesti kawan-kawan boleh teka...
Thursday, December 19, 2024
December 19, 2024
NOBER pun NOBER lah...!
Uncle '
NO'
hal...
Baahaha..!
Wednesday, December 18, 2024
December 18, 2024
Olololo...
Itu hidung atau misai..?
🥸
Tuesday, December 17, 2024
December 17, 2024
Kalau mengecat tak terpercik ke baju,
bukanlah mengecat namanya...
Sebenarnya uncle sengaja percikkan
ke baju
supaya terdetik dihati aunty...
"Rajinnya laki aku ni kerja, sampai kotor bajunya.
Nanti aku masak sedap-sedap."
Licik tak?
Monday, December 16, 2024
December 16, 2024
Rasa malu berkaca mata?
Tengok tu... dinosaur pun pakai kaca mata...
Apa ada hal..?
Sunday, December 15, 2024
December 15, 2025
Anak-anak dahulu walau tiada tempat belajar
memanjat
macam ni, mereka tetap pandai memanjat.
Tapi jangan tak tahu...!
Mereka bukanlah nak belajar memanjat sangat.
*Mereka memanjat sebab nak curi buah dari pokok jiran!
(*Bukan merujuk pada diri sendiri.)
Saturday, December 14, 2024
December 14, 2024
Jangan cuba-cuba...
Kalau kau nak tengok uncle bertukar menjadi hijau...
...silalah hempuk bola tu di kepala uncle!
Friday, December 13, 2024
December 13, 2024
Patutlah meja ni kosong!
Tiada siapa yang sudi duduk di sini!
Rupanya ia betul-betul di bawah pendingin udara!
Lima minit dari sekarang uncle akan
bertukar
menjadi daging sejuk beku!
Brrrrrrr....!
Thursday, December 12, 2024
December 12, 2024
Maaf ya encik... uncle pinjam sekejap.
Sekali-sekala nak juga tampak
muda
bergaya.
(Uish! Boleh nampak refleksi tangan uncle dalam kaca mata tulah!)
Wednesday, December 11, 2024
December 11, 2024
'Bos' perintahkan uncle supaya menggantung
'undang-undang bos' ini
dan meminta kami semua manusia
yang tinggal
di dalam ini rumah
mematuhinya...!
Baahaha...!
Tuesday, December 10, 2024
December 10, 2024
Selalunya orang guna botol air mineral yang
diisi air sebagai pemberat untuk gantung sepanduk.
Kedai ni?
Alahai!
Guna botol ubat batuk?!
Uncle bersin pun terbang!
Monday, December 9, 2024
December 9, 2024
Untunglah kucing-kucing yang berkeliaran
berdekatan dengan restoran piza ni...
Dihidangnya piza!
Wow!
Patutlah kucing-kucing di sini meow ada bunyi ala-ala Itali..!
Sunday, December 8, 2024
December 8, 2024
PANDAAA...!
Jangan terjuu....
*BOINGG!
(*Kesan bunyi melantun balik sebab badan dia gebu sangat.)
Baahaha!
Saturday, December 7, 2024
December 7, 2024
Dah kenapa jerut leher
snowman
tu sampai macam tu...?
Elok-elok nak buat dekor krismas, dah jadi dekor
halloween!
Friday, December 6, 2024
December 6, 2024
Sama tapi tak serupa...
Tapi...
...mana boleh lawan 'wajah poker' uncle.
Thursday, December 5, 2024
December 5, 2024
Buaya darat :
❌
Lanun darat :
✅
Wednesday, December 4, 2024
December 4, 2024
Semalam bergurau dengan kucing.
Hasilnya... Nah! Berparut!
Pedih semalam hilang sudah, kini diganti dengan rasa gatal.
Nak garu takut luka.
Lalu digosok perlahan-lahan...
Fuuuh! Asyiknya!
(Tahukan rasa asyik digosok tu?)
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)