Blog Begins At Forty
SELF-PORTRAIT DAILY
CLICK!
Followers
Thursday, October 31, 2024
October 31, 2024
Ada ni haaa...
Menyibuk di lokasi orang sedang berfoto-foto.
Selamat bercuti ya kawan-kawan!
Wednesday, October 30, 2024
October 30, 2024
Lain macam orang tu punya degil...
Arahan lari ke kanan...
Dia lari ke kiri!
Tuesday, October 29, 2024
October 29, 2024
Basuh pinggan.
Sabun.
Tiba-tiba pinggan pecah.
Bak kata orang...
Luka di tangan nampak berdarah,
luka dihati siapa yang tahu...
Eh? Tiba-tiba...
Baahaha...!
Monday, October 28, 2024
October 28, 2024
Tak tahulah kenapa tiba-tiba uncle teringatkan lagu-lagu
Alleycats
.
Maaseeyyy!!
Sunday, October 27, 2024
October 27, 2027
UNCLE: "Ehem encik Superman... Terl
upakah?"
SUPERMAN: "Lupa apa?"
UNCLE: "Lupa pakai 'seluar dalam' di luar."
SUPERMAN: "Alamak aih!"
Saturday, October 26, 2024
October 26, 2024
Pernahkah anda jumpa hantu secomel ni...?
Uncle pun tak tahu nak jerit "Takuuuttttt!!! atau Olololo...!!"
Friday, October 25, 2024
October 25, 2024
Hari ni uncle nak
berlagak
tunjuk
'kulit' komputer riba uncle yang baharu.
Cantik bukan?
Sesuailah dengan status 'orang tua'.
Thursday, October 24, 2024
October 24, 2024
Uncle yang lukis tu.
Umur lukisan tu dah melepasi 30 tahun!
Saja nak bagitahu...
Wednesday, October 23, 2024
October 23, 2024
Masa uncle sekolah, macam nilah rupa Ultraman.
Sekarang uncle dah tua, macam tulah juga rupa Ultraman ni...
Sehelai uban pun tak nampak!
Diet apa agaknya? Awet muda!
Tuesday, October 22, 2024
October 22, 2024
"Mesin kuku arked."
Hadiahnya bernilai bawah tiga ringgit.
Wang yang dibelanjakan untuk dapatkan hadiah tu...?
(Gelak dalam hati.)
Monday, October 21, 2024
October 21, 2024
Rumah ni selalu ada stok bawang goreng.
Sebab, dalam rumah ni ada peminat bawang goreng.
Siapa?
Tuuu...
....yang sedang angkat tangan...
Sunday, October 20, 2024
October 20, 2024
Dulu:
"Patutlah orang tak datang!
Rumah penuh sawang dan labah-labah!"
Sekarang:
"Cubalah kreatif sikit. Buat dekor ada sawang dan labah-labah.
Barulah menarik! Nanti ramai orang datang!"
Saturday, October 19, 2024
October 19, 2024
Petang ni aunty goreng jajan kegemaran sepanjang zaman uncle!
K-E-R-O-P-O-K..!
Yeay!
October 18, 2024
Uish!
Tampannya motosikal di belakang tu!
Rasanya kalau uncle minta pinjam sejam, dua untuk
ronda-ronda KL
rasanya tuan dia benarkan tak?
Thursday, October 17, 2024
October 17, 2024
Tak dapat masuk TV...
Masuk CCTV pun jadilah...!
Baahaha..!
Wednesday, October 16, 2024
October 16, 2024
Lucu...
Tadi aunty pesan nasi goreng.
Punyalah tawar!
Dah macam terlupa letak garam!
Lalu aunty pun minta sedikit garam.
Maka aunty pun 'masak semula' di atas pinggan.
Baahaha!
Tuesday, October 15, 2024
October 15, 2024
Uncle begini.
Kalau tiba hari yang rasa tak tau nak makan apa...
Nasi tak nak. Mi tak mahu. Pasta tak selera.
Maka...
Burger tepi jalanlah jawapannya!
Monday, October 14, 2024
October 14, 2024
♪
Ku lihat hijau...
♫
Sunday, October 13, 2024
October 13, 2024
Ke rumah besan.
Ziarah kucing mereka, Tam.
Terjatuh ke bawah dari tingkat sembilan!
Sukur selamat.
Hanya patah kaki hadapan.
Empat hari dirawat di hospital dan hari ni berehat di rumah.
Saturday, October 12, 2024
Ocober 12, 2024
Ada ni, haaa...
Layan konsert M. Nasir, Cipta 2.
#SilaCemburu...
Friday, October 11, 2024
October 11, 2024
Lah... Yang di belakang tu...
Ku sangka kepala.
Rupanya kelapa!
Baahaha..!
Thursday, October 10, 2024
October 10, 2024
Nampaknya hantu-hantu di belakang lebih gembira
berbanding dengan 'hantu' di hadapan ni....
Eh? Baahaha...!
Wednesday, October 9, 2024
October 9, 2024
Ikut aunty pilih gincu.
Nampak gincu besar di belakang.
UNCLE: "Awak beli gincu besar tulah... lambat habis." (Nada gurau.)
AUNTY: "Alaaa... nak cakap bibir saya besarlah tu!"
UNCLE: "Aik? Gurau pun kena?" (cakap dalam hati.)
Tuesday, October 8, 2024
October 8, 2024
Dah dua tiga kali komen macam ni masuk ke blog uncle.
Pengirim: Anonymous.
Komen: "Die! Die! Die!" (diulang entah berapa kali.)
Ahh... uncle padam saja!
Kawan-kawan ada dapat, tak?
Monday, October 7, 2024
October 7, 2024
Lautan api pun uncle swafoto. Apatah lagi di atas bunbung!
Fuh! Mandi peluh hari ni bermain gam menguruskan bumbung rumah bocor!
Macam sauna!
Sunday, October 6, 2024
October 6, 2024
Uish... Kenapa tiba-tiba uncle rasa seram-sejuk ni?
Perasaan macam ada sesuatu yang mengekori uncle..!
Berdiri bulu roma oii!
Jangan-jangan ada 'saka' yang ikut, kot?
Saturday, October 5, 2024
October 5, 2024
Udang sedang?
Sedang apa?
Sedang berehat? Sedang tidur?
Sedang menunggu orang beli?
#BuatBuatTakFaham
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)