CLICK!

Followers

Sunday, September 30, 2018

September 30, 2018


'Rumahtangga' biasa dengar...
'Rumah bilik' bagaimana pula?






Saturday, September 29, 2018

September 29, 2018


'Pencukur wanita' uncle tak takut...
Tapi kalau 'wanita pencukur', uncle cabut...!

Baahaha...!







Friday, September 28, 2018

September 28, 2018


Terpandang nota sekolah anak dara uncle di biliknya lalu terfikir...

"Huih! Nasib baik aku dah terlepas benda-benda mengarut, ni...! Baahaha!










Wednesday, September 26, 2018

September 26, 2018


Tak sangka! Uncle yang bukan mahir membaiki ini berjaya menukar 'suspension' mesin basuh dengan jayanya! (Tepuk bahu sendiri...)

(Walhal uncle hanya dapatkan panduan dari guru YouTube!)









Tuesday, September 25, 2018

September 25, 2018


Iya! Uncle memang balut 'external hard disk' uncle menggunakan pembalut buah...!

Ala-ala penyerap getaran gitu...! Baahaha!






Sunday, September 23, 2018

September 23, 2018


Bangun pagi sakit kepala. Makan panadol dan tidur. 
Bangun masih sakit kepala. 

"Anda rasa uncle ada masa untuk sakit kepala?"

(Tekanan darah: 137/86... #aduh)







Saturday, September 22, 2018

Friday, September 21, 2018

September 21, 2018


Masjid bukan, surau pun bukan. Ni apa cerita bentang sejadah di hadapan tangga ni? 

#musykil








Thursday, September 20, 2018

September 20, 2018


Apalah yang dimarahkan sangat pada pasir ni hingga ditikam kejam begini? Ataupun dia nak berlatih belajar menggubah bunga telur, kot? Baahaha...!







Wednesday, September 19, 2018

September 19, 2018


Amboi... tengok ayat 'pancing' dia...
...macam mana orang tak tergoda..?










Tuesday, September 18, 2018

September 18, 2018


Cermin kereta berkabus sedari pagi... 
Cuaca sejuk begini yang buat uncle teringatkan selimut, ni...!







Monday, September 17, 2018

Sunday, September 16, 2018

September 16, 2018


Meraikan hari Malaysia di tempat yang paling 'Malaysia' di Malaysia.
Di mana lagi kalau bukan di Kedai Mamak!

 (Satu-satunya tempat di mana semua rakyat Malaysia suka lepak! Selamat Hari Malaysia!)







Saturday, September 15, 2018

September 15, 2018


Okey! Ini adalah cenderamata perkahwinan yang paling menarik uncle pernah terima...
SEDUK NASI! Sangat kreatif lagi praktikal okey!

(Tahniah buat sepupu Murniliza Mustapa dan suami Othman Jamaludin kerana dapat menantu!)









Friday, September 14, 2018

Thursday, September 13, 2018

September 13, 2018


Eh? Banyaknya kereta mini?! Cuba perhatikan... mana tahu ada Mr. Bean di celah-celah kereta ni...! Boleh minta autograf!







Wednesday, September 12, 2018

September 12, 2018


Lampu menyala... Penghuninya tiada. 
Membazir elektrik!

(Sistem penapisan pun terus berfungsi!)






Tuesday, September 11, 2018

September 11, 2018


Kereta ni nampak macam dah bertahun terbiar parkir di sini! 
Agaknya tuan punya kereta ni pun dah tak cam rupa asal keretanya!

Hu hu hu!







September 10, 2018


KES: Tiada gambar swafoto untuk tarikh 10 September 2018!
SEBAB: Terlupa!

Tak sangka setelah sembilan tahun buat kerja ni, uncle boleh terlupa nak berselfie semalam! Walhal semalamlah hari yang paling kurang sibuk. Hari yang sangat sibuk pun uncle tak lupa! Faktor tua kot? Huhuhu...!







Sunday, September 9, 2018

September 9, 2018


Kata orang, kalau rama-rama masuk ke dalam rumah, maknanya ada tetamu nak datang.
Tapi kalau katak panjat atas kereta? Apa pula maknanya...?

(Heiyy! Seriau uncle! Takut katak lompat masuk ke telinga!)







Saturday, September 8, 2018

September 8, 2018


Almari simpan koleksi Coca-Cola uncle sudah penuh. 
Terpaksa tumpang letak atas peti sejuk pula.

Jangan ada orang capai, buka dan minum sudah! Melalak uncle!






Friday, September 7, 2018

September 7, 2018


Ini tak lain dan tak bukan, mesti malas nak tekan 'space bar' ni...

Baahaha...!






Thursday, September 6, 2018

September 6, 2018


Mula-mula terfikir, apakah perlu orang sidai dan keringkan plastik banyak macam ni..?
...rupa-rupanya ia bertujuan supaya orang tahu di situ ada kawat pagar!

Heh!







Wednesday, September 5, 2018

Tuesday, September 4, 2018

Monday, September 3, 2018

September 3, 2018


Telur mata, biasa dengar...
...tapi telur 'dada', pertama kali dengar!

Jangan dada berbulu sudah! Baahaha!







Sunday, September 2, 2018

September 2, 2018


Siapa pernah main tikam-tikam macam ni selepas pulang dari sekolah... 
 ...sah dia orang tua!

#nostalgia






Saturday, September 1, 2018

September 1, 2018


Ingatkan kehabisan. Hidupkan enjin kereta. Singgah kedai dan beli. 
Sampai rumah, terpandang ada satu yang belum dibuka...

#geram