(Okey, okey... Sila jauhkan jarak anda jika tidak mahu dijangkiti batuk. Nampak tak ubat yang megkhayalkan di kiri dan kanan uncle itu...? Sebentar lagi uncle akan Zzzzzz.... Bye!)
Cikgu mesti tak sangka anak muridnya ini akhirnya menjadi seorang blogger, kan...?
Yalah... zamanitu internet pun belum lagi wujud! Hehe..!
(Tak sangka dapat berjumpa semula dengan cikgu yang pernah mengajar uncle sejak 37 tahun yang lalu! Sewaktu itu uncle dalam darjah dua, belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Ngee Heng, Johor Bharu..! Terima kasih cikgu, keranasudiluangkanmasauntuksayasekeluarga!)
Sengaja uncle naikkan gambar ini kerana uncle tahu yang ramai tak tahu selain dari sekolah Cina dan sekolah Tamil, terdapat juga sekolah Punjabi. Jadi sekarang yang tak tahu tu, sudah jadi tahu... Jangan pula buat-buat tak tahu!
(...psst, sebenarnya uncle pun baru tahu! Huhuhu...!)
Tidak mengapa... tinggal saja sampah itu di situ. Kami juga faham yang sampah itu tersangat sangat berat dan tong sampah pula berkilometer jauh jaraknya...!
(Okey, okey uncle sinis... Sebenarnya apa masalah orang Malaysia dengan tabiat membuang sampah, kan?)
Kita selalu merungut dalam hal-hal yang remeh tentang kerjaya kita... walhal kerjaya orang di belakang tu memaksa dia memakai jaket kalis peluru setiap kali bertugas!