Baju-baju di belakang tu, uncle yang seterika.... Ya! Sila beri tepukan gemuruh kepada bapa mithali... (sesiapa yang ingin memberi sumbangan kewangan, juga dialu-alukan)
Uncle Gedek tiada ada kena mengena dengan lori mahupun pemandu lori di belakang secara langsung atau secara tidak langsung. Jangan pula ada yang buat road block dengan harapan dapat tengok uncle memandu sambil tersenyum... ~ haha...!
Ikan laga uncle mati... semoga ia di tempatkan dengan ikan-ikan yang soleh...
(Klik SINI untuk memori sewaktu ikan ini masih hidup)
Terima kasih QIRAF kerana membuktikan uncle uncle juga ada wajah ekspresi gembira, sedih, bosan, marah, bangga, irihati dan malu... bukan hanya berwajah 'pokerface' seperti yang digembar-gemburkan selama ini.... (hehe)
Nampaknya 'cikgu baru' tahun ini comel-comel belaka... Eh... maaf, maksud uncle 'murid baru'
Semalam 'pageview' blog ini cecah sampai beribu-ribu dan datang dari berbagai negara ini gara-gara muka uncle keluar di 9gag / Just For Fun. Geli hulu hati bila baca semua komennya...! Terima kasih AMEERULAFFIQ
Bacaan terakhir uncle tengok, terdapat 199 komen / 122 Tweet / 180 Facebook share / 47 Facebook like pada pautan itu ~ OK, uncle pengsan sekarang!
Motor ikan tiba, makcik-makcik datang untuk semak harga ikan yang terbaru...
Motor ikan berlalu, makcik-makcik tinggal untuk semak gosip yang terbaru...
(Uncle lalu je, okey!)
SANVIRUS kata uncle mungkin seksi kalau posing mulut muncung, mata bulat dan diambil dari pandangan atas... Uncle boleh buat.... tapi jangan pula kamu semua muntah pelangi nanti...! Haha!