Followers

Thursday, January 2, 2025

January 2, 2025



Ada 'sedikit kemajuan' dari coretan uncle 
pada 21 November 2024 yang lepas. 

Sekarang ia sudah pun meyembah bumi... 

Huhuhu...











Wednesday, January 1, 2025

January 1, 2025



Pejam celik, pejam celik, pejam celik... 

Kini 2025! 

SELAMAT TAHUN BAHARU 
untuk pembaca bunyi dan pembaca sunyi blog ini!











Tuesday, December 31, 2024

December 31, 2024



Baju Melayu lengkap bersamping di belakang tu
bukan baju untuk kanak-kanak ya... 

Itu baju untuk si meow! 

Baju kurung pun ada! 

Nak tergelak uncle!











Sunday, December 29, 2024

December 29, 2024



Ini Hang Tuah atau Han...Tu? 

Teringat zaman sekolah dahulu 
sangat popular cerita hantu tanpa muka! 

Hmmm... hantu apa lagi yang popular dulu? 
Ke mana hantu-hantu tu sekarang?











Saturday, December 28, 2024

December 28, 2024



Tengok perangai si Mocha tu! 

Tempat orang keringkan perkakas mengecat, 
di situlah dia pilih untuk tidur! 

Dah sah-sah bulu dia ada kesan cat tu!











Friday, December 27, 2024

December 27, 2024



UNCLE: "Mak ai! Besarnya jerawat kamu!"

KAMU: "Mak ai! Besarnya  tahi  mata uncle!"










Thursday, December 26, 2024

December 26, 2024



Bila anak mula memborong mi segera... 

Ini bermakna cutinya bakal habis dan dia akan kembali ke universiti...











Wednesday, December 25, 2024

December 25, 2024



Uncle menyaksikan insiden yang comel pagi tadi. 

Anak kecil di belakang tu membantu ibunya membeli di pasar 
seorang diri dengan panduan dari ibunya menggunakan panggilan video. 

Comel bukan? 

Usia yang muda sudah diberi tanggungjawab.

Semoga anak itu membesar menjadi orang yang baik-baik.











Tuesday, December 24, 2024

December 24, 2024



Kenapalah gantung iklan sewa rumah tinggi-tinggi macam tu?

Ohhh patutlah... apartmentnya bernama 'Sky'! 

Untuk bacaan orang-orang 'kayangan' sahaja.