Followers

Tuesday, December 3, 2024

December 3, 2024



Ini bukan persiapan hari raya... 

Rempeyek ni dah macam makanan ruji uncle! 

Setakat dua balang, sehari uncle boleh habiskan! 


#HantuRempeyek











Monday, December 2, 2024

December 2, 2024



Doktor pesan, jaga pengambilan gula. 

Jangan keterlaluan..!

Hmmm...

Nasib baik doktor tu bukan pembaca blog ni...











Sunday, December 1, 2024

December 1, 2024



"Setiap kejayaan perlukan pengorbanan." 

Dalam erti kata lain...

Siap mengecat, seluar uncle terkorban.

Hu hu hu...









Saturday, November 30, 2024

November 30, 2024


Sempat ziarah mantan bos zaman uncle bujang, 

Haji Zainal Buang Hussein. 
Kartunis, Illustrator, Novelis. 

Teringat... Di mana saja dia sarapan, makan tengahari, 
meja dia pasti ramai ditemani dengan staf-staf bujang. 

Sebab? Sebab dia pasti akan belanja sesiapa saja yang semeja dengan dia! 

Licik tak uncle? 


NOTA: Kulit majalah > GILA-GILA < keluaran pertama pada 1 April 1978 adalah 'air tangan' beliau.











Friday, November 29, 2024

November 29, 2024



Uncle adalah orang yang akan paling, paling, paling
bersetuju jika ada undang-undang yang MEWAJIBKAN 
pengendali makanan memakai pelitup mulut. 

Kadang-kadang ada yang kita jumpa tu sambil menyenduk
makanan sambil tulah dia menjerit memanggil pelanggan! 

Eewwwuuu! 


(Syabas untuk kedai ini...)










Thursday, November 28, 2024

November 28, 2024

ULANG TAHUN PERKAHWINAN
30 TAHUN


Hah?! 

30 tahun sudah?!?  

Tapi rasa macam pengantin baharu! 

(Eceh ceh ceh... Beli jiwalah tu!)










Wednesday, November 27, 2024

November 27, 2024



Laporan cuaca hari ini.

Pagi: Hujan di beberapa tempat
Petang: Ribut petir di kebanyakan tempat
Malam: Hujan menyeluruh
Suhu: 23°C (min), 32°C (maks)

Hmmm... Patutlah si Milo tidur sepanjang hari!










Tuesday, November 26, 2024

November 26, 2024



Itulah... umur dah lanjut 

Panjat sana, panjat sini. 

Tak reti duduk diam! 

Haaa... kan dah tersangkut! 

Baahaha..!











Monday, November 25, 2024

Sunday, November 24, 2024

November 24, 2024



Nak warnakan rambut, nanti orang kata buang tabiat. 

Kalau uncle pakai rambut palsu? 

Ada orang mengata tak?