Followers

Wednesday, July 31, 2013

July 31, 2013


"WANTED?" 
Agaknya Machine Operatornya hilang bawa lari duit, kot?

...kan elok kalau guna 'VACANCY'...? Baahaha...


Tuesday, July 30, 2013

July 30, 2013


Tahukah anda, jika seorang pengguna jalan raya hidup selama 80 tahun di Kuala Lumpur, ini bermakna dia telah menghabiskan usianya selama 40 tahun (Ya! Setengah!) di dalam kereta kerana terkandas di celah-celah kesesakan lalu-lintas! 

SUMBER: JPSS (Jabatan Perangkaan Sendiri-Sendiri...) 
Okey, okey... uncle SANGAT BENCI jalan jem!



Monday, July 29, 2013

July 29, 2013


Orang Melayu menamakan pokok ini sebagai 'Pokok Lidah Jin'

Kejam bukan?

Orang Inggeris pula menamakan pokok ini sebagai 'Pokok Lidah Ibu Mentua'

Okey... sekarang siapa lagi kejam?


Sunday, July 28, 2013

July 28, 2013


Ini yang malas bila beli baju raya anak-anak, ni... 

Uncle mesti jadi tempat longgok baju... dah macam penyidai, tahu!


Saturday, July 27, 2013

July 27, 2013

Guest #54


Ni yang malas duduk sebelah polis, ni... orang mesti sangka uncle ni perompak! Mentang-mentanglah muka uncle ni 'muka pecah rumah'....


Jom lawati blog ZULKIFLI ISMAIL atau lebih dikenali sebagai Supt. Razlan dari siri TV, Gerak Khas. 


Friday, July 26, 2013

July 26, 2013


Sebelum cantikkan yang lain, cantikkan diri sendiri dulu... 
Sebelum cuci kereta... rambut 'mau kasi' sikat dulu...



Thursday, July 25, 2013

July 25, 2013


Tahun ni uncle tak dapat beli baju raya...

...sebab uncle 'TERPAKSA' beli cukai jalan raya...

(tahan sebak)


Wednesday, July 24, 2013

July 24, 2013


Apakah keburukan dan kebaikan jika anda terlupa padamkan untuk lampu seperti kereta di belakang ini?

KEBURUKAN: Bateri kereta boleh 'kong' jika dibiarkan seharian.

KEBAIKAN: Anda memberikan uncle modal untuk 'update' blog uncle hari ini...! Baahaha!


Tuesday, July 23, 2013

July 23, 2013


Tang 'lain-lain' tu yang tak tahan tu... besar sangat skop dia tu!

Nanti uncle mintak dia bakar lemang ke, cabut uban ke... mau ke dia?


Monday, July 22, 2013

July 22, 2013


Dugaan berpuasa adalah: Bila keseorangan di rumah, yang tinggal hanyalah anda dan makaroni goreng dalam kuali semasa bersahur pagi tadi... nak dibuang, elok lagi... 

Kuatkan iman gedek... kuatkan imaaann!!! (rayu hati)