Followers
Thursday, February 20, 2025
February 20, 2025
♫ Pandanglah... Lihatlah...! ♫
Bukan satu! Tapi uncle terima EMPAT hadiah!
Makanya, 'terima kasih ganda empat' buat blogger
MULAN
!
Punyalah gembira, uncle bernyanyi sepanjang hari!
Wednesday, February 19, 2025
February 19, 2025
"Jangan letak saya di bilik yang menghadap
jalan ya. Saya tak nak bising-bising. "
Pesan uncle pada staf kaunter hotel.
"Baik." Jawabnya ringkas.
Masuk bilik hotel, buka tingkap...
"Alamak! Kubur!"
Ini betul punya, sunyi ni!! 😩
Tuesday, February 18, 2025
February 18, 2025
Eh?
Kenapa tiba-tiba uncle dengar ada orang sebut...
"Mugunghwa kkoci pieot seumnida."
Seramnya!
Monday, February 17, 2025
February 17, 2025
Uncle dah dapat.
Kawan-
kawan dah dapat?
Dapat apa?
Tuuu...
Contoh kuih raya...
Sunday, February 16, 2025
February 16, 2025
Rata-rata, satu papan petai ada 12 hingga 15 biji petai.
Yang ni sampai 19 biji petai sepapan!
Tapi, yalah... nama pun lukisan.
Suka hati pelukislah nak lukis berapa pun.
Kan?
Saturday, February 15, 2025
February 15, 2025
No standing?
Aik?
Berdiri pun tak boleh?
Baik... uncle swafoto sambil bersila...
Friday, February 14, 2025
February 14, 2025
Makanan di hospital sekarang bukan macam dulu-dulu.
Sekarang semuanya sedap lagi lazat!
Kalau pesakit yang uncle lawati ni tak makan...
Mahu uncle yang 'tolong' habiskan!
Baahaha..!
Thursday, February 13, 2025
February 13, 2025
> Disember 8 <
tahun lepas, bukan main gemuk dan gebu lagi dia!
Tup-tup, hari ni dah kurus dan ramping! (dan leper?)
Hoi panda! Kongsilah rahsia kurus tu!
Baahaha!
Wednesday, February 12, 2025
February 12, 2025
Sedang layan telefon dalam bilik.
"PRAK!" Bunyi dari dalam almari.
Buka, tengok.
Alamak! Berat sangat! Baju dah roboh!
Jadi? Sekarang harus beli almari baharu atau buang sedikit baju?
(Jawapan kepada soalan lazim: Ya. Baju uncle semuanya hitam.)
Tuesday, February 11, 2025
February 11, 2025
Perasan tak?
Kedai-kedai serbaneka di hospital kebanyakannya sempit-sempit?
Kadang-kadang waktu ramai, sampai bergesel buntut!
Apa taknya. Dari kelengkapan diri, biskut, roti, pau,
bunga, hamper, buah, buku, majalah, snek, pendek kata umpama
satu
pasaraya
dimuatkan dalam satu tempat sempit tu.
Uncle bukanlah merungut... tapi uncle ni kan 'pemerhati'!
Baahaha!
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)