Followers
Friday, September 10, 2021
September 10, 2021
Ini adalah mimpi ngeri untuk aunty...
Bangun pagi...
Buka pintu...
Pokok kesayangannya dikais kucing..!
Patutlah terdengar aunty menjerit "MOCHAAAA...!!" pagi-pagi...
Baahaha!
Thursday, September 9, 2021
September 9, 2021
Tiba-tiba bersungguh tunggu nak tengok MHI pagi tadi...
Bukan apa... sebab nak tengok
muka anak sendiri
walaupun beberapa saat.
Alaaa... berilah uncle peluang...
Apa orang sekarang cakap?
Nak '
flex
' sekejap?
Baahaha...
Wednesday, September 8, 2021
September 8, 2021
"Bos... WATAWEK
mau ka
?"
"WATAWEK? Apa tu?"
"Ituuuu.." Sambil memuncungkan mulut ke belakang...
"Ohhh... WATER WAX!"
"Aduh kamu ni! Baahaha...!"
Tuesday, September 7, 2021
September 7, 2021
Alahai...
Kenapa comel benar lampu warna berputar kedai gunting rambut ni..?
Dah tinggal suku dari saiz di kedai lain.
Jangan pula kualiti perkhidmatannya juga hanya suku...!
Nanti orang bayar suku baru tahu!
Baahaha...!
Monday, September 6, 2021
September 6, 2021
Kalau menggunakan penyapu,
Kita panggil tukang sapu.
Kalau menggunakan 'blower'.
Kita panggil apa?
Tukang...?
Sunday, September 5, 2021
September 5, 2021
Uncle dah beli kit ujian kendiri Covid-19 untuk disimpan di rumah.
Kawan-kawan bagaimana?
Saturday, September 4, 2021
September 4, 2021
Bila kali terakhir anda melihat sepanduk Bunga Raya macam ni?
Dulu memang banyak. Ada saja ada perayaan, mesti sepanduk ini digantung.
Di sekolah, di balai raya, di surau... Apa juga acara.
Beza yang ini... ia dicetak di atas kanvas plastik. Yang dulu atas kain ela...
#nostalgia
Friday, September 3, 2021
September 3, 2021
Panas, hujan, panas, hujan...
Air pun bertakung dalam kertas panduan bersalut plastik ni...
Tinggal nak letak ikan... terus jadi akuarium tergantung...!
Baahaha..!
Thursday, September 2, 2021
September 2, 2021
Ha! Nampak?
'
Plague Doctor
' dari abad ke-16 pun datang ke Malaysia untuk ambil vaksin Covid-19.
Apa alasan kaum anti vaksin di abad ke-20 ni?
(NOTA: Terjumpa 'doktor wabak' ni sewaktu uncle melengkapkan dos kedua vaksin Covid-19 di UM tadi. Apa lagi? Uncle terus ajak dia berswafoto!)
Wednesday, September 1, 2021
September 1, 2021
Hairan, hairan...!
Aunty selalu beli pokok diatas talian.
Pokonya dihantar di dalam kotak yang dibungkus rapi.
Tanpa lubang udara dan tanpa cahaya..!
Selepas EMPAT HARI pokok itu tiba dan kotaknya dibuka...
Pokoknya masih segar...!
Dan hingga kini uncle masih kehairanan....
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)