Tahniah pada rakan 'pengembara masa' Ganaƫl Portet dari Paris kerana semalam beliau berjaya mencapai usia 10 tahun dalam projek berswafoto! Bukan senang nak lengkapkan satu dekad tahu!
Paling uncle bangga beliau pernah berswafoto dengan uncle di tv! Nampak tak? Nampak tak? Jadi hari ini giliran uncle berswafoto dengan beliau di tv...!
Jom tonton video 10 tahun beliau di > SINI < ! Jangan lupa klik suka dan langgan..!
(NOTA TAK MALU: Foto uncle diminit 5:17. Baahaha!)
Walaupun telinga uncle tekun mendengar Datuk Seri Ismail Sabri memberi penerangan, namun sekali-sekala mata uncle ralit tengok cik juru bahasa isyarat itu 'beraksi'...
Wah! Terbaiklah bank ni... Sediakan kerusi di luar untuk pelanggan menunggu. Maklumlah jumlah yang berurusan dihadkan demi menjaga Prosedur Operasi Standard.