Selamat Hari Raya Aidlifitri untuk sahabat blogger dan 'pembaca sunyi' BB@40, maaf zahir dan batin...!
Followers
Sunday, August 19, 2012
Saturday, August 18, 2012
August 18, 2012
Menganyam ketupat = Tak pandai.
Makan ketupat = Pandai.
Apa? Belanja ketupat? = Memandai-mandai...!
(Yang mana lebih enak? Ketupat Bawang atau Ketupat Palas?)
Friday, August 17, 2012
August 17, 2012
Entri khas untuk JE JAI
JE JAI sedang menghadapi ujian Allah. Esok lusa mungkin giliran kita...
Lawati pautan SAVE JE JAI untuk info lebih lanjut atau ikuti trending beliau di twitter: #SaveJejai
(Ikhlasnya uncle hanya kenal JE JAI dalam dunia blog. Tetapi uncle menganggapnya sebagai sahabat. Tahniah untuk sahabat-sahabat rapat beliau yang bertungkus-lumus membantu beliau. SALUT!)
Thursday, August 16, 2012
August 16, 2012
"Sikit-sikit, lama-lama jadi bola"
(Belakang uncle adalah 'bola' yang dihasilkan dari pelekat yang didapati dari tayar baru. Setiap kali tayar terjual, pelekatnya akan dikumpul dan dibentuk menjadi bola... Saiz sebenar 'bola' itu sebenarnya lebih besar dari kepala uncle dan mengambil masa tiga tahun untuk membesar seperti itu. Gigih bukan?)
Wednesday, August 15, 2012
Tuesday, August 14, 2012
August 14, 2012
Guest #47
"Rambut engkau terlalu panjang, mari aku trim... jangan takut." Kata Elton.
Uncle akur...
(ELTON MOW seorang hair stylist. Dia 'kawan ketat' uncle sejak usia remaja. Berpengalaman luas dalam dunia pendandan rambut. Dari New York ke Kuala Lumpur. Pernah menjadi tenaga pengajar di akademi pendandan rambut terkemuka di Kuala Lumpur. Kini memulakan salon sendiri di Just Cut, No 8A-1, Jalan Dinar C U3/C, Taman Subang Perdana, Seksyen U3, 40150 Shah Alam, Selangor D.E. ~ Jom?)
Monday, August 13, 2012
August 13, 2012
Nak kena berbogelkah ni..? Uncle tiada masalah. Jangan jadi huru-hara, sudah...!
(Ayat penuh: Zon Larangan Pemakaian Baju Klinikal. Lokasi: Hospital Sungai Buloh)
Sunday, August 12, 2012
August 12, 2012
PERHATIAN!
Jika sesiapa ternampak seorang lelaki tua berumur lingkungan 40an berjalan berseorangan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pukul 2 pagi, sila hubungi balai polis berdekatan.
CIRI-CIRI: 1) Rambut panjang beruban 2) Misai hitam tapi janggut putih 3) Ada garisan lekuk berdiri di antara kedua kening. 4) Baju hitam setiap hari 5) Susah nak senyum
Saturday, August 11, 2012
August 11, 2012
KAMU TAK PERLU RASA CEMBURU
Bila uncle terima buah mangga yang besar-besar ini dari KAKCIK SEROJA.
KAMU PATUT RASA CEMBURU
Bila KAKCIK SEROJA datang sendiri rumah uncle hantar buah mangga buat penghantaran depan pintu...!
(NOTA: KAKCIK SEROJA adalah blogger yang disayangi ramai... setuju?)
Friday, August 10, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
