Followers

Monday, July 9, 2012

July 9, 2012


"Beradaplah sikit" atau "Beradablah sikit"?

Ayat penuh: 'Nasihat salah, tak nasihat pun salah, beradaplah sikit kawan' 
(poster kesedaran merokok)



Sunday, July 8, 2012

July 8, 2012


Uncle beli kereta untuk buat rak kasut... (Tauke minyak Mesir pun tak sehebat ni, tahu!)

Saturday, July 7, 2012

July 7, 2012


Jika kita sudah memakai tali pinggang seluar, apa perlukah kita menggunakan tali pinggang keledar? Berapa banyak tali pinggang yang kita perlukan sebenarnya?

 (AMARAN: Jangan tiru aksi lagak ngeri lagak pandai ini.)

Friday, July 6, 2012

July 6, 2012


Hari ini dalam sejarah. Report card uncle, Sekolah Agama Kampung Kastam, Larkin, Johor Bahru tahun 1979! Zaman ini internet hanyalah cerita fiksyen, tahu!



Err... sebenarnya dulu uncle seorang murid yang meriah. Sebab itu cikgu tulis menggunakan dakwat biru dan merah... supaya mencerminkan kemeriahan uncle... (Ah! Suka hati kamulah nak percaya atau tidak!)


Thursday, July 5, 2012

July 5, 2012


*BLOW for sale...? La la la la...
(*Singkatan untuk Bungalow?)





NOTA LAIN: 
  1. Kepada AN1ES0N1CK: Cubaan kamu tu menjadi... tapi adik-adik kamu tu yang 'tak boleh blah', tu! Ha ha! Kirim salam kat adik-adik, ya?
  2. Kepada: MIMIEHALIM: 'Kerut satu berdiri' antara kening uncle tu 'trade mark' uncle, tahu! Haha!
Terima kasih kamu semua!

Wednesday, July 4, 2012

July 4, 2012



Jangan cemburu! Uncle cuti! Lepak sambil menghirup udara segar di kampung! Kamu semua kerja la elok-elok sambil menghadap muka boss, tu...! Nampak tu? Geng borak dah tunggu sambil layan kopi O, panas... 

LOKASI: Kampung Seri Asahan, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Tuesday, July 3, 2012

July 3, 2012


Kamu yang mana satu?

A) Duduk, tengok dan menikmati keindahan pemandangan di belakang itu.
B) Baling batu pada air untuk tengok bayang-bayang yang indah itu musnah.

Uncle duduk dalam kategori B  (Ya! Uncle memang makhluk perosak.. Haha!)

LOKASI: Taman Tasik Ampang Hilir.

Monday, July 2, 2012

July 2, 2012


TULIS BEGINI: Mereka ingat papan tanda nama jalan ini elok dihias begini?

SILA BACA BEGINI: Diorang ingat papan tanda nama jalan ini tok nenek diorang punya?

(Kok ya pun, janganlah tutup semua...!)

Sunday, July 1, 2012

July 1, 2012


"Kenapa? Tak percaya...?
(Kan uncle dah cakap, dari lubang telinga uncle, memang boleh terus nampak otak...)

Saturday, June 30, 2012

June 30, 2012


 ♪ "Siapa bilang gadis 'mat saleh' tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat..." ♫