Hari ini uncle nak kongsi cerita yang mungkin memberi kesan pada hati kita.
Yang tinggi tu kita kenal sebagai 'S', buta penglihatan.
Yang rendah tu kita kenali sebagai 'I'.
Mereka berdua ni sepupu.
(Uncle keburkan wajah demi privasi.)
Setiap Jumaat si 'S' akan memegang bahu si 'I' untuk berjalan ke masjid
yang jaraknya dalam 500 meter dari rumah mereka.
Si 'I' bertindak sebagi 'mata' kepada si 'S'
dan si 'S' meletakkan 100% kepercayaan pada si 'I'.
Setiap Jummat, tak kira panas atau hujan,
inilah yang selalu uncle saksikan.
Maka hari uncle ajak mereka berfoto bersama untuk kenangan.
Semoga kedua-dua anak ini diberkati selalu.

No comments:
Post a Comment