Followers

Friday, July 31, 2026

July 31, 2026



Hari ini uncle nak kongsi cerita yang mungkin memberi kesan pada hati kita. 

Yang tinggi tu kita kenal sebagai 'S', buta penglihatan. 
Yang rendah tu kita kenali sebagai 'I'. 

Mereka berdua ni sepupu.
(Uncle keburkan wajah demi privasi.) 

Setiap Jumaat si 'S' akan memegang bahu si 'I' untuk berjalan ke masjid
yang jaraknya dalam 500 meter dari rumah mereka.

Si 'I' bertindak sebagi 'mata' kepada si 'S'
dan si 'S' meletakkan 100% kepercayaan pada si 'I'.

Setiap Jummat, tak kira panas atau hujan,
inilah yang selalu uncle saksikan. 

Maka hari uncle ajak mereka berfoto bersama untuk kenangan.

Semoga kedua-dua anak ini diberkati selalu.







28 comments:

  1. Awal uncle update hari ni. hihi...
    Alhamdulillah..dalam kekurangan tak pernah tinggal solat tunaikan kewajipan. Bagusnya I sentiasa jadi mata si S. Semoga Allah permudah segala urusan mereka, sentiasa berada dalam rahmat Allah dan Allah lindungi mereka. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua istiqamah walaupun dalam kekurangan. Esok dah masuk bulan baru.

    ReplyDelete
  3. semoga mereka berdua diberkati Allah selalu. Amin

    ReplyDelete
  4. Sebak pula baca kisah dua bersepupu ni. Betul-betul ikatan silaturahim yang kuat, seorang jadi mata dan penunjuk arah ke masjid. Sentuhan cerita yang sangat menyentuh hati.

    ReplyDelete
  5. Jadi blogger ni kadang kita melihat kehidupan manusia di sekeliling kita..Allah bagi kita melihat sesuatu yang luar biasa..Mengalir pahala huruf nama I.Alhamdulillah wak , bagi mereka rasa happy tersenyum pun pahala tu wak..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... Persahabatan yang membawa kebaikan

    ReplyDelete
  7. moga both S dan I sentiasa dlm lindungan kasih sayang Allah

    ReplyDelete
  8. Semoga kedua-duanya di bawah rahmat Allah selalu

    ReplyDelete
  9. Semoga baik2 saja anak 2 orang ni.

    ReplyDelete
  10. Bagus keduanya. Semoga Allah pelihara langkah mereka sentiasa

    ReplyDelete
  11. I am touched. =(...Dont make me feel sad ya uncle...Aduhai..

    ReplyDelete
  12. Bacanya langsung rasa terharu. .. walau tunanetra tp dia tak lewatkan utk sholat bersama yaaa. Semoga berkah selalu hidupnya ❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fann.... Memang terharu. Pengajaran juga untuk kita. Kita yang cukup sifat semestinya membantu yang ada kekurangan... Itulah yang anak-anak itu buat.

      Delete
  13. Semoga mereka di dalam lindungan Allah selalu.

    ReplyDelete