Followers

Sunday, November 30, 2025

November 30, 2025



Contoh semangat bekerja pada hari Ahad. 

Siap-siap. 

Sediakan minuman di sebelah. 

Buka komputer. 

'Ter' buka YouTube. 

Terus layan YouTube.... 

(Kerja tak siap-siap)







Saturday, November 29, 2025

November 29, 2025



Rezeki hari ini, besan bermurah hati kirimkan nangka muda!

Aunty! Siap sedia bahan dan peralatan memasak! 

Uncle! Siap sedia tangan bergelumang dengan getah! 

Banyak kerja tapi berbaloi, ni!  

Yum yum!







Friday, November 28, 2025

November 28, 2025



Ada ni haaa... 

Makan malam berdua dengan aunty. 

Anak-anak tak di benarkan ikut. 

Baahaha..!


#Kami31Tahun







Thursday, November 27, 2025

November 27, 2025



"Hmmmph... duit lagi, ni..." 

Sambil menghitung hari dengan jari yang terketar-ketar ....







Wednesday, November 26, 2025

November 26, 2025



Terdengar bunyi meow-meow. 

Cari... 

Rupanya anak kucing sedang bermain di celah motosikal. 

Amboi, Oyen!

Tiada tempat lainkah kau nak main? 

Hati-hati! 

Nasib tak baik kau bertukar daerah. 

Lagi tak baik... bertukar alam!







Tuesday, November 25, 2025

November 25, 2025



Makhluk apa yang timbul dan terdampar di tepi tasik ni? 

Rupa menyeramkan.
 Mulut ternganga dengan gigi tajam tidak tersusun.
Tergantung sebutir lampu di hadapan bagaikan umpan.
Persis
Humpback Anglerfish..!

Oh.. Rupanya ini adalah hasil seni dari 
pertandingan ARCA ALAM di Taman Tasik Titwangsa. 

Ikan pun boleh jadi hasil seni, kan?







Monday, November 24, 2025

November 24, 2025



Macam mana nak terbuka pintu tu...

Patutnya suruh TOLAK... Bukan 'TOLAH'

Baahaha...!


#SalahEjaan






Sunday, November 23, 2025

November 23, 2025



Eh, lupalah... 

Uncle dah  flex  tunjuk atau belum kerusi baharu 
uncle yang maha selesa di dunia ini...? 

Ehem-ehem!







Saturday, November 22, 2025

November 22, 2025



Uncle rasa... 

Kerja menaip surat ni bakal pupus... 

Tugas ini sedikit demi sedikit telah diambil alih oleh ChatGPT... 

Apa taknya... 

Puisi cinta pun orang minta ChatGPT yang karangkan...

Tak gitu..?







Friday, November 21, 2025

November 21, 2025



Amboi, amboi Milo! 

Musim hujan ni dia buat bean bag jadi 'sarang' dia pula! 

Takkan tengah mengeram telur kot?

Jenuhlah uncle nak vakum bulu-bulu dia nanti...!







Thursday, November 20, 2025

November 20, 2025



Ada ni haaaa... 

Cuaca redup jadi uncle ambil peluang 
berjalan-jalan santai di Taman Tasik Titiwangsa. 

Kawan-kawan sedang buat apa tu? 

Oh lupa... 

Sedang menghadap wajah bos yang selalu mencuka, kan? 

Jangan cemburu!







Wednesday, November 19, 2025

November 19, 2025


Hari ni aunty balik menggunakan perkhidmatan Grab.

Kemudian dia kongsi lokasi pergerakkannya secara langsung. 

Tengok peta... Aik? Semakin jauh? 

Uncle telefon bertanya. 

"Jauhnya?" Tanya uncle pendek.

"Grab salah simpang..." Jawab aunty ringkas. 

"Ohh... ingatkan kena culik. Dalam poket saya ada 4 ringgit saja ni. 
Mana ada duit nak bayar duit tebusan..." Usik uncle. 

"Menyampah!" Jawab aunty.







Tuesday, November 18, 2025

November 18, 2025



Sedang berdua-duaan menikmati makan tengah hari dengan aunty. 

Tiba-tiba ada 'orang' mengendeng buat muka kasihan... 

Nampak tak 'orang' yang dimaksudkan itu?

Tuuuuuuuu......

Huh! Kacau daun betul!







Monday, November 17, 2025

Sunday, November 16, 2025

November 16, 2025



Kenapa aunty duduk di belakang? 

Begini penjelasannya. 

Uncle cukup tak suka memberi oder 
di tempat pesanan di restoran pandu lalu. 

Jadi... uncle serahkan tugas tu pada aunty! 

Sebab tu aunty kena duduk belakang!

Jahat bukan? Baahaha..!







Saturday, November 15, 2025

November 15, 2025



Sekilas pandang...

"Eh? Mengapa pakcik Santa ni pakai baby bib?"

Pandang betul-betul... 

"Ohh! Itu bukan baby bib! 
Tapi janggutnya melurut ke bawah!"

Baahaha...!







Friday, November 14, 2025

November 14, 2025



Ada urusan bank.

Awal pagi dah beratur.

Fuh! Dapat nombor giliran nombor pertama! 

Bangga tu!

Sepatutnya uncle disambut dengan paluan kompang dan letupan konfeti! 

Paling tidak pun belanjalah uncle sarapan... 

Bank kan duit banyak. Tak luak pun...







Thursday, November 13, 2025

November 13, 2025

GUEST #114


Dah lama uncle simpan dendam nak jumpa travel blogger ni.

Hari ini berpeluang juga jumpa Afif pemilik blog Travel My Way yang masyhur ini! 

Jujurnya, dua tiga jam tak cukup untuk dengar cerita pengembaraan beliau... 

Ceritanya penuh drama, konflik, politik dan humor! Lengkap! Hanya cinta tiga segi saja yang tiada... Mendengar beliau sendiri yang bercerita adalah lebih dramatik dari membaca blognya!
 
Bonus sempat juga bersua dengan isteri dan anak-anak beliau yang sama-sama pengembara.

Terima kasih kerana luangkan masa layan uncle pagi tadi. 

Memandangkan rupanya kami berkogsi nombor poskod... maka, lain kali boleh ulang...







Wednesday, November 12, 2025

November 12, 2025



Sambung cerita semalam... 

Nampak barang-barang di belakang tu? 

Itulah buah tangan yang dihadiahkan oleh Fanny semalam! 

Kalau tak banyak tu bukan Fanny kan? 

Tapi yang paling uncle suka adalah dompet ini! 

'Magic Wallet' namanya... Apa yang magic? 

Tonton video di bawah...


Nampak tak magis nya...?







Tuesday, November 11, 2025

November 11, 2025



Ada ni haaa... 

Sedang makan malam dengan blogger dari Jakarta, 
Fanny Fristhika Nila dan suaminya Raka. 

Eh, siapa seorang lagi tu? 

(Tengok sambil besar - kecil - besar - kecilkan mata)

Ohh.. itu auntylah!

Hehehe







Monday, November 10, 2025

Sunday, November 9, 2025

November 9, 2025



"Ting-tong-tong...!" (Bunyi pager di lapangan terbang)

"Panggilan kepada duda-duda di luar sana..." 


(Penafian: Foto sebagai hiasan. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati.)







Saturday, November 8, 2025

November 8, 2025



Dulu-dulu kalau nak bersukan mestilah pergi ke tengah padang atau gelanggang... 

Sekarang... Gelanggang di tengah-tengah mall...

*Kalau masih beri alasan malas bersukan, tak tahulah... 

*(Cakap pada diri sendiri...)







Friday, November 7, 2025

November 7, 2025



Binatang apa pula ni? 

Boleh tembak laser melalui hidung? 

Uncle tak boleh buat keputusan nak gelak atau nak geli!

Baahaha..!






 

Thursday, November 6, 2025

November 6, 2025



"Wahai askar-askar salji!" 

"Misai sudah, janggut sudah, rambut pun dah lama kita berjaya takluk!" 

"Mulai hari ini kita serbu dan takluk daerah kening pula! Seraaannnggg!!!"

Hmmm...

Pagi ni menatap cermin sambil mengucapkan 
selamat datang pada empat helai uban di kening... 

Nampaknya projek swafoto harian kini dah masuk fasa lain dan harapnya
projek video 'selang masa' akan rakam proses penuaan yang lebih ketara... 

Betullah kata orang... 
"White is the new black..."







Wednesday, November 5, 2025

November 5, 2025



Fuh!

Lain macam peti ais ni... 

Dia punya pintu dah macam cermin! 

Kalau beli peti ais ni, memang suka sangatlah aunty! 

Sah-sah di dapur pun dia bersolek!







Tuesday, November 4, 2025

November 4, 2025


Bagus juga kalau bela dinosaur yang ada pelana atas belakang ni... 

Boleh nanti buat kerja sambilan. 

Orang lain bawa Food Panda. 

Uncle seorang bawa Food Dinosaur! 

Aaauuummmm!






Monday, November 3, 2025

November 3, 2025



Rupa macam tiang pagar. 

Tapi ada lubang macam peti surat. 

Selidik-punya selidik... 

Ohhh...  Tabung Infaq Pandu Lalu... 

Bagus juga inisiatif masjid Al-Azim, Pandan Indah, ini, bukan...?