CLICK!

Followers

Wednesday, November 30, 2016

November 30, 2016


Ini "Indah rupa dari khabar..!!"

(Dikhabarkan nak bagi tunai… rupanya dapat jongkong emas! Wow!)







Tuesday, November 29, 2016

November 29, 2016


Habislah gelas di dapur kalau macam, ni…!

Ini mesti terjemahan terus dari ayat "In case of emergency break glass." 
(Sepetutnya kaca, bukan gelas..!)





Monday, November 28, 2016

November 28, 2016


"Umpama gajah menyorok di belakang pokok…"

(Okey, okey… peribahasa tu uncle cipta sendiri…. Baahaha...)







Sunday, November 27, 2016

November 27, 2016


Bunyi hujan 'taptaptap' di pagi Ahad bakal disululi dengan bunyi….

'Zzzzzzzz…..'

(Selamat hari minggu, kawankawan..!)






Saturday, November 26, 2016

November 26, 2016


Uncle pandai meramal. Tak pecaya?
Sebentar lagi mesti ada berita tentang kelemahan pentadbiran negeri Selangor atau Pulau Pi….

 Haaa! Kan betul…!? Belum habis cakap!






Friday, November 25, 2016

Thursday, November 24, 2016

November 24, 2016


Siapa sangka! Tiap‐tiap hari berkain batik, berbaju kurung, berserkop putih imej ala‐ala wanita kampung. Rupa‐rupanya Makcik 'Bedah' belakang rumah tu seorang doktor..!! 

:D






Wednesday, November 23, 2016

November 23, 2016


Kalau macam ni, alamat selalu terlepas bas nampaknya uncle, ni…!

Kalau uncle Badang, memang uncle cabutkan saja pokok ni! Ganggu penglihatan!









Tuesday, November 22, 2016

November 22, 2016


Tahulah ini kedai sebaneka… 

...tapi takkanlah gantung coli sekali dengan tuna, maggi dan roti?

Aduh!






Monday, November 21, 2016

November 21, 2016


Anak siapa hilang ni? Berkulit cerah dan berbogel di tepi jalan..! 

Malangnya wajahnya uncle tak dapat nak cam!

:D







Sunday, November 20, 2016

November 20, 2016

Guest #81


Uncle ada kawan baru… Encik dan puan Predator. 
Yang mana satu nampak lebih seram?


(Ceritanya waktu memandu pagi tadi, uncle berselisih dengan penunggang motor ini sedang berborak. Uncle berhentikan kereta dan minta kebenaran untuk bergambar. Mereka sangat 'sporting' dan memberi kebenaran sambil bertukartukar cerita… Uncle cukup kagum dengan tahap kreativiti mereka kerana rupanya  topi keledar Predator itu dibuat sendiri…! HEBAT!





Saturday, November 19, 2016

November 19, 2016



Siaran Langung! PANAS! Uncle kini berada di kawasan pertemuan antara Kuning vs Merah! Siap ada polis lagi memerhatikankan di belakang! Baahaha!


(Ha… kan elok berbaik‐baik macam ni…? Uish! Panas sungguh hari ni!)





Thursday, November 17, 2016

Wednesday, November 16, 2016

Tuesday, November 15, 2016

Monday, November 14, 2016

Sunday, November 13, 2016

November 13, 2016


Uncle ada kawan yang rantaikan motornya macam ni… tapi hilang juga.
 Sebab dengan motor‐motor di angkutnya…! #kasihan

(…tapi eloklah berjaga‐jaga dari tidak langsung…)






Saturday, November 12, 2016

November 12, 2016


Pada tahun 2014, hari ini, uncle lukis kipas helikopter Doraemon di belakang itu, untuk entri INI… Rupanya sejak dari hari itu, uncle tidak memadamkannya…! Ya! uncle memang pemalas. Baahaha!

#HariIniDalamSejarah





Friday, November 11, 2016

Wednesday, November 9, 2016

November 9, 2016


Ni baja apa yang dia pakai, ni?

Pokok lain hasilkan buah. Pokok ini hasilkan sarung buah…!

#ajaib






Tuesday, November 8, 2016

November 8, 2016


Ini musuh tradisi uncle zaman kanak-kanak dahulu. 
Walaupun dia bertubuh kecil… uncle tetap takut!

(NOTA: Sakit okey kena gigit dengan angsa, ni..!)






Monday, November 7, 2016

November 7, 2016


Amboi…! Aurat bukan main lagi dedah! 

Tapi muka malu nak dedah!

(Khi khi khi…)




Sunday, November 6, 2016

November 6, 2016


Wah! Ini sudah bagus! Aiskrim ini bukan setakat tidak cair! Tapi juga tidak akan habis…!

(…kecuali habis hilanglah, kan…?)







Saturday, November 5, 2016

November 5, 2016


Budak-budak memang pantang tengok bekas beras ni. Paling tidak, mesti nak selamkan tangan di dalamnya! Kalau yang terlebih berani, siap buat landskap bukit, sungai dan denai…!

Betul tak? Baahaha…!





Friday, November 4, 2016

November 4, 2016


Ini iklan perkhidmatan GRO. Di bawahnya ditullis "Bilik Sendiri Cari.'

…sepatutnya ditambah lagi, dalam kurungan…. "(Dosa sendiri tanggung…!)"

Baahaha..!





Thursday, November 3, 2016

November 3, 2016



SOALAN: Makin banyak yang dikumpul, makin ke bawah… Apakah itu?

JAWAPAN: Sampan mengutip sampah.


#SendiriTanyaSendiriJawab






Wednesday, November 2, 2016

November 2, 2016


Sumbur pun sumburlah…!

(Ah, kacau! Tiba-tiba terasa nak makan rojak pasembur…)






Tuesday, November 1, 2016

November 1, 2016


Amboi! Ini tunda kereta atau pancing kereta?

(Dulu uncle pernah jumpa yang macam 'joran' di SINI dan yang 'melayang' di SINI)