CLICK!

Followers

Tuesday, September 30, 2014

September 30, 2014


Berkelakuan sumbang ni apa, ya? Berkelakuan 'pitching' lari...? 

(...lawan perkataan 'berkelakuan sumbang' apa, ya? 'Berkelakuan merdu'?)





Monday, September 29, 2014

September 29, 2014


Siapa nampak BADAK dalam gambar ini...?

(...siapa jawab yang berbaju hitam tu badak, memang tempah ajal, okey...!)







Sunday, September 28, 2014

September 28, 2014


"Sssssss....!!!!"
Cara murah untuk menghilangkan kedut di pipi....

(Kamu semua jangan tiru, ya... uncle tak mahu bertanggungjawab!)





Saturday, September 27, 2014

September 27, 2014


Kalau bola pun dah sebesar ini... 
...agaknya tiang golnya sebesar pintu gerbang, kot..?

(Kalau kempes... jenuh nak pam, ni...!)







Friday, September 26, 2014

September 26, 2014


Hari ini ujian dia, esok mungkin ujian kita...

Berhati-hati di jalan raya, ya kawan-kawan... (...dan juga di bahu jalanraya..!)






Thursday, September 25, 2014

September 25, 2014


Uish... Nasib baik restoran ini bukan letaknya di negeri Kelantan...
Kalau dalam loghat Kelantan, agak kasar bunyinya...!

(Hmm... boleh cuba ni... menunya nampak sedap!)




Wednesday, September 24, 2014

September 24, 2014


Kalau ada kereta yang menggunakan simbol lelaki () sebagai logo, kenapa tiada kereta yang menggunakan simbol perempuan (sebagai logo? Dah kalau semuanya jantan, macam mana nak kahwin...?




Tuesday, September 23, 2014

September 23, 2014


Meletak kereta di bawah khemah tu, "Umpama berteduh di bawah pohon tauge."

Hujan pun basah, terik pun rentung... Baahaha...!





Monday, September 22, 2014

September 22, 2014


Dengan hanya membayar hanya sekitar RM7 hingga RM8 semasa kita mencuci kereta, kita sebenarnya menyumbang dalam memesatkan ekonomi negara! Dari peluang pekerjaan, pembelian bahan mentah, hinggalah cukai yang dibayar! Ia adalah sebuah rantaian ekonomi!

Okey, okey...! Uncle megaku! Senang cakap, uncle malas basuh kereta...! Baahaha..!




Sunday, September 21, 2014

September 21, 2014


KANAK-KANAK HILANG

Maklumat kanak-kanak : Nama: Sakil Bul Bul Mia. Umur : 4 tahun. Fizikal : Burkulit perang dan berbadan gempal. Lokasi terakhir kelihatan : Di rumah nombor 56, Jalan 3, Lebuh Pregrasive, Georgetown.

Maklumat perhubungan polis : Insp. Khor Kang Learn di talian 017-3558477 atau hubungi balai polis Jalan Pantai di talian 04-2181822

(Entri pesanan khidmat masyarakat ini dipanjangkan khas oleh BB@40. Tidak dapat bayangkan kalau ini terjadi pada anak kita, kan..?)




Saturday, September 20, 2014

September 20, 2014


Okey, tembikai ini tanpa biji. Itu uncle faham...
Tapi... dari mana datang benihnya? Yang itu uncle tak faham..!

#pening




Friday, September 19, 2014

September 19, 2014


Ahhh... kan sejuk sikit bila duduk sebelah dengan orang yang sedang menebar roti canai... Rasa macam pengantin kena kipas, daa...! Licik tak uncle...?





Thursday, September 18, 2014

September 18, 2014


Hanya orang Johor sejati yang tahu di mana kesalahan pada bendera Johor ini...
...yang bukan orang Johor pun sepatutnya tahu, sebab kita kan orang Malaysia...? 
Siapa tahu?

(Uncle orang Jolantan... setengah Johor, setengah Kelantan...)














Wednesday, September 17, 2014

September 17, 2014


HAH!!? CEPAT CAKAP!! 
Ada siapa lagi yang nak cakap yang rambut uncle serabai hari ni...?!! 
Uncle terbalikkan kereta dia!!! Grrrrrr...!!!




Tuesday, September 16, 2014

September 16, 2014


Tanpa mengira siapa kita, orang bandar atau 'orang utan'... kita sama-sama menyambut Hari Malaysia hari ini! ...dan yang paling penting, CUTI..!!! Yeay!





Monday, September 15, 2014

September 15, 2014


Bahaya ni lubang tabung besar-besar macam ni!

Senang  uncle  budak2 nak jolok!



Kepada IDZWA KAMARUDDIN : Jangan marah ye, Baahaha! Tapi kamu memang hebat!






Sunday, September 14, 2014

Saturday, September 13, 2014

September 13, 2014


Nasib baik uncle dah tua bangka... kalau waktu kanak-kanak dahulu, dah sah-sah paling tidak satu dua bendera uncle 'ranjau'.... Baaahaha!

(...sekarang dah insaf...)





Friday, September 12, 2014

September 12, 2014


Cis! Kalau uncle tahu, uncle bawa motor kapcaitadi...
Menyesal bawa motor besar yang berekzos besar

Kan sekarang dah tak boleh masuk...!! Ini perkauman!

(Okey okey, sebenarnya uncle motor pun tak punya...! Hehe)







Thursday, September 11, 2014

September 11, 2014


SOALAN: Apakah faktor yang menyebabkan 'soalan bocor' terjadi?
JAWAPAN : Tidak amanah!

Kes soalan bocor ni berulang dari dulu hingga sekarang! Sedih bukan...? 


(Klik pautan untuk berita. Soalan Sains bocor, peperiksaan UPSR ditangguh. / Astro Awani / September 11, 2014.)





Wednesday, September 10, 2014

September 10, 2014


Bukti yang uncle tidak menggunakan monopad semasa 'berselfie'...


(Kepada encik yang menunggang motosikal itu... Sila tumpu pada jalan raya okey? Tak payah nak tengok uncle berselfie... Masuk longkang nanti...! Baahaha..!)





Monday, September 8, 2014

September 8, 2014


Patutlah tak pernah cukup ruang tempat letak kereta... pagi-pagi sudah di 'booking' tempat untuk nak letakkan meja buat berniaga petang nanti...





Sunday, September 7, 2014

September 7, 2014


Maksud sebenar bila orang menyebut... 
"Berbulu betul telinga akulah..!!"

Baahaha...!







Saturday, September 6, 2014

September 6, 2014


 Apek jaga depan ada longkang... ♫ 
Mana?
Lompat! ~ Haiyaa!
Lompat! ~ Haiyaa!
Lompat apek lompat..!
Haiyaaaaaa...! 

...uncle pasti akan ikut menyanyi bila tiba babak ini...!

(LAGU: Apek dan Marjina, CERITA: Ali Baba Bujang Lapok)



Kepada ARZ MOHA, Janga terasa ya, tapi unce suka gambar hantu, tu! Baahaha!








Friday, September 5, 2014

September 5, 2014


Jangan ada geng-geng lori 'lepak' di sini, sudah..!

Ini bukan kawasan parkir lori, ya. Ini syarikat pengangkutan!





Thursday, September 4, 2014

September 4, 2014


Ini bendera atau perca...?

(...pada uncle, kalau begini, baik terus tiada...!)





Monday, September 1, 2014

September 1, 2014


Zaman kanak-kanak, biskut ini adalah yang paling digemari..! Bahagian gula yang berwarna habis dimakan, tapi biskutnya ditinggalkan...! Baahaha...!

...eleehh, kamu semua pun sama, kan...?