CLICK!

Followers

Saturday, May 31, 2014

May 31, 2014


Terlihat mesen jahit lama di rumah mak tadi. Uncle tak tahu berapa umur mesen jahit ini, tapi yang uncle tahu mesen jahit ini memang sudah ada semenjak uncle anak kecil lagi... 

...dan ia masih berbakti hingga sekarang.

#kagum




Friday, May 30, 2014

May 30, 2014


Dilarang membunyikan hon picit yang berbunyi peeeett poooott, itu...! Hon lain tak apa.

HA! Mamak penjual roti jangan buat-buat tak nampak, ya...! 





Thursday, May 29, 2014

May 29, 2014


Eh? Kenapa kain orang ni semua berlubang-lubang begini...?

Bukan menyibuk, tapi nak menunjukkan contoh peribahasa 'Menjaga tepi 'kain' orang'. Kan kain tu...?





Wednesday, May 28, 2014

May 28, 2014


Harimau Selatan ini sedang mengaum atau sedang ketawa...? 
Kalau begini muka uncle lagi garang... Baahaha..!








Tuesday, May 27, 2014

May 27, 2014


Ini baru betul...! Tong kitar semula diperbuat dari barangan terpakai. Macam ini baru capai matlamat...! Syabas! Uncle puji bertong-tong...!

#recycle




Monday, May 26, 2014

May 26, 2014


Bila besi pengorek telinga tidak lagi mambantu....

Haaaa...? Apa?! Apa diaaaa...?!!




Sunday, May 25, 2014

May 25, 2014


Tengah cuba senyumlah ni... dah naik menggigil-gigil otot pipi, ni...!
Aaahh... abaikanlah... tahun 2012 dah pun...!

#terasa




Saturday, May 24, 2014

May 24, 2014


Kalau uncle hidung mancung sikit, kulit gelap sikit, cukur misai dan janggut, kemudian pakai gincu... peeerghh..!




Friday, May 23, 2014

May 23, 2014


Orang kata tekanan kerja sebagai 'kepala' ni, sampai boleh 'pecah kepala'...

...tapi ini kalau macam ini, betul-betul boleh 'pecah kepala'...!

Uncle letak jawatan...!!!





Thursday, May 22, 2014

May 22, 2014


Muffler ini kepunyaan uncle... Ya, kesemuanya!

Sokong pasukan yang mana? Entah? Boleh? Baahaha...!





Wednesday, May 21, 2014

May 21, 2014


Tak dapat bergambar dengan Panda sebenar... 
...dapat bergambar dengan Jalan Panda pun jadilah...

Errr... itu pun sebenarnya 'Jalan Pandan'... Baahaha..!



(NOTA: Pasangan Panda Fuwa dan Fengyi, adalah simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba di Kuala Lumpur pagi ini.)

Tuesday, May 20, 2014

May 20, 2014


Cuba sebutkan sumber sinar yang lain selain dari 'sinar mentari'....?





Monday, May 19, 2014

May 19, 2014


Bukan permainan catur saja yang boleh kena checkmate... kereta pun sama!

Kasihan kereta putih tu.... macam manalah nak dia nak keluar nanti...?





Friday, May 16, 2014

May 16, 2014


Kalau setakat imbang bola atau imbang kerusi atas kepala, janganlah cari uncle...

Ni ha...! Landasan MRT selamba uncle imbang...!! Tak berkerut pun muka...! 





Thursday, May 15, 2014

May 15, 2014


Yeay, dapat! (Masalah selesai...!)

Err... nak buat apa dengan tikus, ni...? (Okey, sekarang ada masalah baru...)

...termenung...




Wednesday, May 14, 2014

May 14, 2014


Siapa kata uncle baru lepas makan aiskrim sirap...? 

Mana bukti?! Ini semua fitnah..! BLUEK!




Tuesday, May 13, 2014

May 13, 2014


Boleh tahan juga gaya dua lelaki di belakang tu... 
...siapakah gerangan mereka agaknya? 

#perasan

Monday, May 12, 2014

May 12, 2014


Hmm... apa kata kalau gadis bertudung memegang teropong diganti dengan lelaki bersongkok memegang teropong buluh? Baahaha..!


Lagi lukisan tentang MH370 dikesan. Kagum? Nanti... tengok gambar penuhnya di bawah. Besar tahuTahniah kepada pelukis-pelukisnya...! LOKASI: Sebelah Shell Jalan Kampung Pandan berhampiran bulatan Kampung Pandan 


Dulu ada jumpa lukisan seumpama di SINI




Sunday, May 11, 2014

May 11, 2014

Guest #60


Jumpa Atai...!! Wajah, suara dan gelaknya, saling tak tumpah dengan arwah Sudirman Hj. Arshad. Satu lagi! Sifat merendah dirinya sangat menakjubkan...! 

Jom ke fan page ATAI


Saturday, May 10, 2014

May 10, 2014


Uncle suka buku! Bukan kerana isinya... tapi kerana baunya...! 

Ya! Bau buku sekolah boleh bawa imiginasi kita kembali ke zaman persekolahan! Setuju?






Friday, May 9, 2014

May 9, 2014


Dimana lagi nak menggunakan bahasa pasar...? Di pasarlah...!

(Ini terjemahan terus, kot...? 'Every Sunday open = Setiap Ahad dibuka')





Thursday, May 8, 2014

May 8, 2014


Body-kit motosikal buatan tempatan yang sangat sporty, seksi dan mampu milik...!

Berminat? Sila telefon talian bebas tol: 1800-BAA-HA-HA, untuk tempahan!





Wednesday, May 7, 2014

May 7, 2014


Teringat zaman kanak-kanak. Kalau terserempak dengan pokok macam ni ditengah malam, dah sah-sah lari lintang-pukang...! Err, sekarang pun lari juga... tapi lari dengan berhemah tapi tak pijak tanah... Baahaha...





Tuesday, May 6, 2014

May 6, 2014


Milkshake..? Eh... mana ada uncle minum milkshake? Takkanlah uncle tak ajak kamu semua minum sama-sama...? (Keh keh keh..)




Monday, May 5, 2014

May 5, 2014


Terketar-ketar juga tangan waktu merakam gambar, ni...!

(Memang bahaya... lebih-lebih lagi ini tembok pagar sekolah!
Semoga proses meruntuhkannya dipercepatkan. Jangan ada yang menyesal nanti...)





Sunday, May 4, 2014

May 4, 2014

Guest #59


Jangan tak tahu. Kami ni sama-sama dalam pantang...
Yang belakang 'pantang bersalin', yang depan 'pantang tengok'. Baahaha...!

(Tahniah kepada ROSHIDAYU CHE MAT a.k.a AKUZLE AYU, pemilik blog NASI KERABU BUAH TANJUNG kerana selamat melahirkan putera lelaki, IZZ ZIKRY. Comel, oh!)





Saturday, May 3, 2014

May 3, 2014


Manusia memerlukan mesin untuk mencuci, 
Mesin memerlukan manusia untuk dicuci...

Hidup memang saling perlu-memerlukan... kan?




Friday, May 2, 2014

May 2, 2014


Konon nak ubah gaya supaya kelihatan seperti Wak Doyok...

Hmmm... Takut nanti aunty menjerit lalu pengsan...

Okey, okey... tak jadi ubah... Wak Rock pun, Wak Rocklah... \m/




Thursday, May 1, 2014