CLICK!

Followers

Sunday, March 31, 2013

March 31, 2013


Okeylah tu... Daun sop, boleh. Daun sup, boleh, Daun soup, pun boleh... Janji bukan daun SOAP!



(Terima kasih BUJAL X kerana entri INI... Terima kasih juga kerana buat uncle benar-benar faham maksud 'hangat-hangat tahi ayam' ~ Baahaha!)


Saturday, March 30, 2013

March 30, 2013


Aktiviti hari ini memerap di rumah... Pagi malas keluar. Petang hujan pula...
 Hasilnya? Uncle tak tau nak tulis apa hari ini... haha..!

(Uncle juga pernah kehabisan modal DI SINI)


Friday, March 29, 2013

March 29, 2013


Uncle ni berdiri sebelah benda comel dengan harapan uncle pun nampak comel... 

Tak salah berusaha, kan?


Thursday, March 28, 2013

March 28, 2013


"Tauke!"
"Ya, boss?"
"Apa barang boleh gadai?"
"Emas boleh, jam Rolex boleh... jangan gadai maruah sudahlah..."
.
.
.
Loyar buruk punya tauke... (cakap dalam hati...)


Wednesday, March 27, 2013

March 27, 2013


"Pasar petang"

...sebenarnya pasar malam, tapi siapa suruh datang petang! Kemas pun belum siap! Huh!


Tuesday, March 26, 2013

March 26, 2013


Satu hari, satu keping gambar. Satu tahun, 365 hari. Projek sudah berjalan selama 4 tahun... ini bermakna gambar sudah terkumpul sebanyak... aaaa... (congak dalam kepala) Ahhh! Kamu kiralah sendiri, uncle tak pandai matematik

Ehem-ehem... jangan lupa tonton video di bawah, okey!





Jutaan terima kasih kepada MAK DARA kerana entri comel INI...!





Monday, March 25, 2013

March 25, 2013


Hari uncle genap 44 tahun. 
...okey, topi tu uncle beli di pasaraya KK.


Esok uncle ada video BB@40 yang terbaru sempena ulang tahun blog ini yang ke 4! Tunggu ya? Yeay! (jerit kecil bernada tinggi menahan seronok)


Sunday, March 24, 2013

March 24, 2013


Nak rebut, taknak... nak rebut, taknak... tunggulah dulu. Tunggu rebut dengan penumpang yang mengikut spesifikasi uncle... Baahaha... (Gelak gatal nakal)

(LOKASI: Stesen LRT, Bandar Tasik Selatan)


Saturday, March 23, 2013

March 23, 2013


 Bahan bacaan yang 'mampu' memberangsangkan minda... 
...malangnya uncle yang tak 'mampuuntuk beli...  mahal hoi!

LOKASI: Kinokuniya, KLCC


Friday, March 22, 2013

Thursday, March 21, 2013

March 21, 2013


Ini binatang peliharaan kami, ikan keli... kami namakannya 'Kelly'.

Dulu kami ada bela ikan puyu... kami namakan ia 'Poyo'...

Tahun hadapan kami nak bela ikan kekek... mungkin uncle boleh namakannya 'gedek'..


Wednesday, March 20, 2013

March 20, 2013


Cuba fikir dalam-dalam... Penghembus daun atau leaf blower ini dicipta untuk memudahkan kerja 'membersih' tetapi dalam waktu yang sama alat ini menghasilkan asap dan 'mencemarkan' udara...

"Membersih tetapi mencemarkan?" ~ Mungkin penyapu lidi lebih ekonomi dan lebih 'hijau'.


Tuesday, March 19, 2013

March 19, 2013


Dahulu sewaktu KRISIS AIR di Selangor... botol, tong dan periuk inilah yang digunakan untuk menyimpan air. Setiap titik air diguna dengan cermat.  Bila KRISIS AIR selesai, semua ini disimpan jauh-jauh dalam stor dan air kembali diguna dengan rakus...

...kita memang mudah lupa, kan?


Monday, March 18, 2013

March 18, 2013


"PANASnya! Matahari tegak Nun di atas kepala! tAK MAMPU menahan panaS ini..."


- Ayat di atas  = Untuk orang dengar.
- Ayat berwarna kuning = Apa yang kita sebut dalam hati.


Sunday, March 17, 2013

March 17, 2013


S: Apakah kesan negatif dari menonton wayang gambar dalam 3D?
J: Anda akan menjadi 3 kali ganda lebih miskin untuk bulan ini... Mahal tu tiket!

(Bersiap-siap menonton Oz: The Great and Powerful dalam 3D... yeay!)


Saturday, March 16, 2013

March 16, 2013


Guest #53


  Guru, Master, Sifu, Maestro... orang yang sangat berpengaruh dalam hidup uncle... 
Dato' Azman Yusof, Pelukis DiRaja Selangor.


(Dahulu beliau sangat terkenal dengan karya 'Lipat-Lepat' di muka belakang majalah GILA-GILA)


Friday, March 15, 2013

March 15, 2013


Uncle kelihatan seperti...

A) Koboi - Watak hero.
B) Maskot - Keropok Mister Potato...

(Tak payah jawab! Uncle dah boleh agak kamu pilih yang mana! Huh!)


Thursday, March 14, 2013

March 14, 2013


Sudah masuk bulan Mac. Masa untuk kumpul gambar-gambar dan kemas kini video BB@40 bagi tahun ke-4! Buat perlahan-perlahan, harap hujung bulan ini boleh siap...

...kalau umur panjang... Insya-Allah...



(Satu tahun = 365 hari, X dengan empat tahun? Banyak tuuu..!!!)


Wednesday, March 13, 2013

March 13, 2013


Warna merah. Uncle berhentiPandang... Eh, coli!

Mati-mati ingatkan lampu isyarat tadi...! Warna-warni!


Tuesday, March 12, 2013

Monday, March 11, 2013

March 11, 2012


Uncle ni kalau tengok keretapi, mesti teringatkan Thomas and Friends... Agaknya masih ada 'uncle versi anak-anak' yang masih terperangkap di dalam tubuh tua ini...

(Muka Thomas tu uncle tampal... bukan betul-betul, tahu!)


Sunday, March 10, 2013

March 10, 2013


Lepas memasak, membasuh... lepas membasuh, mengemas... lepas mengemas, menggosok... hebat sungguh tugas isteri ni...

Uncle bukan taknak membantu, tapi uncle dah terangkan pada aunty yang uncle sibuk bekerja mengadap komputer.... (sebenarnya uncle sibuk update blog.... baahaha!)


Saturday, March 9, 2013

March 9, 2013


Wah! Ini dah macam permainan Wheel of Fortune, ni...!
Kena penuhkan dulu baru boleh faham!

Friday, March 8, 2013

March 8, 2013


Selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa kepada semua wanita seluruh dunia!

Kalau mengikut sejarah, semua wanita dinasihatkan agar menunjukkan skil memasak masakan yang sedap-sedap untuk suaminya hari ini bagi tanda merayakan perayaan ini. ~ (Harap-harap adalah wanita yang percaya)


Thursday, March 7, 2013

March 7, 2013


Lusuh, warna pudar, kolar kembang, berlubang-lubang adalah baju yang paling selesa untuk dibawa tidur...! Kan?

(Seluar dalam berlubang pun ada... tapi takkan uncle nak tunjukkan di sini... huh!)


Wednesday, March 6, 2013

March 6, 2013


JERUK, bukan BERUK!

Jangan ada yang buat-buat keliruokey?!!!


Tuesday, March 5, 2013

March 5, 2013



♪♫ Hai! Takekoputaa..! An-an-an... Tottemo daisuki, Doraemon ♪♫ "
Uncle tahu juga sikit-sikit lagu Doraemon, ni...

Okey, okey... uncle tipu! Uncle hafal semua! Kenapa? Salah? Bluek! :P


Sunday, March 3, 2013

March 3, 2013


Agak-agak kalau uncle tahan dan tumpang budak di belakang tu, dia benarkan, tak? Uncle pun tak pernah merasa naik mesin pencuci lantai, tu...

Ikut orang perempuan membeli barang dapur sangat meletihkan, tahu!


Saturday, March 2, 2013

March 2, 2013


SEMALAM SELEPAS MENDENGAR NASIHAT DOKTOR:
"Mulai hari ini, uncle bertekad untuk kurangkan makan di luar!"

HARI INI SELEPAS PEKENA TEH TARIK:
"Okey... mulai esok, bertekad untuk kurangkan makan di luar!"


Friday, March 1, 2013

March 1, 2013


"Ya pakcik? Boleh saya bantu?"

"Ya, ya... pakcik ada masalah suka rakam gambar sendiri... dah macam ketagihan"

"Oh? Kalau begitu pakcik kena rujuk di pakar jiwa, bukan di sini..."

"Puaka punya doktor..." (cakap dalam hati)