Uncle sedang ambil gambar kamera CCTV yang sedang ambil gambar uncle atau kamera CCTV yang ambil gambar uncle sedang ambil gambar kamera CCTV belakang uncle...?!?!
(Jawapan yang tepat akan menerima hadiah pakej bercuti 3 hari 2 malam di rumah sendiri...! Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum kamu tutup mata selama-lamanya...)
Menunggu kereta siap di bengkel, adalah pengalaman yang amat menjengkelkan! Panas, debu, bising, lantai berminyak semuanya bagaikan satu pakej..!
Tapi itu dulu... sejak tauke bengkel meletakkan 'penyeri'... ia adalah pengalaman yang menyeronokkan...! (Eh? Kenapa cepat sangat siap kereta aku, kali ni?)
Uncle sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Lawak Darul Blogger, ingin mengingatkan bahawa anak bulan telah kelihatan, dengan ini jangan pula ada yang buat-buat tak tahu, atau buat-buat sakit gastrik. Biskut-biskut atau mi segera di pejabat tu, sila habiskan hari ini! Selamat berpuasa ya kawan-kawan!
Semalam fa-T kata blog uncle ada ada nilai estatika budaya... uncle bangga. Tapi uncle tak sangka rupanya budaya Red Indian! ~Haha! (Klik SINI)
Belakang adalah mesin gerudi untuk membina terowong laluan LRT bawah tanah! Besar gila kan? Uncle bukan minat gerudi-gerudi bagak macam ni... tapi kalau Gerudi Inul, minatlah...! Haha
Terima kasih untuk ZULHAIRI SEMAN sebab panggil Uncle Muka Ketat... Huhuhu..!
Jika kita sudah memakai tali pinggang seluar, apa perlukah kita menggunakan tali pinggang keledar? Berapa banyak tali pinggang yang kita perlukan sebenarnya?
Hari ini dalam sejarah. Report card uncle, Sekolah Agama Kampung Kastam, Larkin, Johor Bahru tahun 1979! Zaman ini internet hanyalah cerita fiksyen, tahu!
Err... sebenarnya dulu uncle seorang murid yang meriah. Sebab itu cikgu tulis menggunakan dakwat biru dan merah... supaya mencerminkan kemeriahan uncle... (Ah! Suka hati kamulah nak percaya atau tidak!)
Jangan cemburu! Uncle cuti! Lepak sambil menghirup udara segar di kampung! Kamu semua kerja la elok-elok sambil menghadap muka boss, tu...! Nampak tu? Geng borak dah tunggu sambil layan kopi O, panas...
LOKASI: Kampung Seri Asahan, Gemencheh, Negeri Sembilan.