CLICK!

Followers

Monday, December 31, 2012

December 31, 2012


...kecuali kalau kamu seekor kangaroo...

(Kawan-kawan yang meraikan tahun baru malam ini, jangan terlebih lompat, ya?)


Sunday, December 30, 2012

December 30, 2012


Terlalu banyak membebel boleh buat lelaki menjadi bebal...

Walaupun kami tahu kerana kebebalan kamilah yang membuat orang perempuan banyak membebel... haha




Saturday, December 29, 2012

December 29, 2012


Putus bekalan air... kalau boleh tong gas pun nak diisi dengan air...

Hoi hoi! Uncle dengar..! Uncle mandi, okey!


Friday, December 28, 2012

Thursday, December 27, 2012

December 27, 2012


Anis! Tolong buat kopi! Aini! Tolong basuh pinggan! Azri! Tolong basuh kereta...!

NOTA: Cuti sekolah akan tamat... gunakan tenaga mereka secara rakus!



(Tahun hadapan uncle akan pastikan mereka boleh tolong 'updatekan' blog! Baahaha)


Wednesday, December 26, 2012

December 26, 2012


Macam mana uncle boleh sampai ke 'satelit'? Naik kapal terbang semalamlah... Baahaha...!



  1. Rupanya orang tulis wasiat bahana ENTRI UNCLE SEMALAM. Tak percaya? Sila lawati blog MUHAMMAD FIRDAUS HAMSANI...!
  2. Ada pula yang kata uncle ni tak berubah-ubah... Memanglah tidak berubah-ubah, sebab kamu tengok tang bahu ke atas sahaja... cuba kamu tengok tang perut..? Baahaha! Betul tak ZITA INRA?


Tuesday, December 25, 2012

December 25, 2012


Haaa...! Cepat-cepat..! Siapa nak tumpang? Uncle baru belajar pandu kapal terbang, ni... 

(Tapi jangan lupa bawa payung terjun pasport, ya...?)


Monday, December 24, 2012

December 24, 2012


Perasan tak? Kalau muka Indon, Bangla atau Nepal mesti dapat kerja berat.
Tapi kalau muka cerah macam 'Mat Saleh' mesti dapat kerja ringan... hayun bendera dari pagi hingga malam.

Uncle benci diskriminasi...!

Sunday, December 23, 2012

December 23, 2012


Pesanan untuk anak-anak dan adik-adik... kurangkan ambil makanan ringan kerana ia mengandungi MSG (Monosodium Glutamate) yang boleh memudaratkan kesihatan kita bila diambil secara berlebihan... 


(Orang tua tidak apa... uncle memang gila dengan benda alah, ni... Baahaha)


Saturday, December 22, 2012

December 22, 2012


Sijil, Diploma, Ijazah, PhD uncle semua uncle pamerkan di sini. Bukan nak bangga diri, tetapi ia adalah kenangan yang terindah bagi uncle...!

Okey, unlce tipu... Satu-satunya sijil yang uncle ada adalah sijil kahwin. Itu pun dah hilang...



Friday, December 21, 2012

December 21, 2012


Uncle kelihatan seperti...

A) Artis Top?     B) Bintang Pop?     C) Batang Mop?

Thursday, December 20, 2012

December 20, 2012


"Assalamualaikum encik gedek. Saya buat panggilan dari bank. Boleh pihak bank mohon encik datang ke bank dalam kadar segera?"

"Waalaikumsalam... Boleh, boleh... tapi kenapa ya? Ada apa-apa masalahkah?"

"Begini... duit simpanan encik terlalu banyak, hingga kami tiada lagi ruang untuk simpan duit encik... boleh encik keluarkan sedikit dan simpan dalam ke bank lain?

Okey, okey... saya datang sekarang juga...


(Uncle tahu kamu semua tidak percaya... tetapi tidak salah berangan-angankan?)







Wednesday, December 19, 2012

December 19, 2012


Ini Hariz, anak saudara uncle...

 'Lukisan abstrak' di belakang itu adalah hasil karya beliau...

Gelaklah puas-puas, Hariz... Dia mungkin tak mampu gelak lagi bila ayahnya tengok, nanti...  Baahaha!



Tuesday, December 18, 2012

December 18, 2012


Semalam uncle mimpi hantu perempuan...

Peliknya uncle bukan dicekik... tetapi digomol...




(Cepatlah malam... nak tidur lagi, ni...!)


Monday, December 17, 2012

Sunday, December 16, 2012

December 16, 2012


Selepas stesen Maharajalela... mesti stesen Maharaja Lawak...

(Lawak tak? Lawak tak uncle buat lawak...? Lawak tak...?)

Saturday, December 15, 2012

December 15, 2012


Hari ini adalah hari tanpa kata-kata untuk PBMKS (Persatuan Blogger Muka Ketat Sedunia). Oleh itu adalah menjadi satu kesalahan untuk menulis apa-apa pada gambar hari ini. Bukan itu sahaja! Juga menjadi kesalahan besar jika ada apa-apa objek sokongan di dalam gambar! Sungguh!


Okey uncle tipu... uncle ketandusan idea sebenarnya...


Friday, December 14, 2012

December 14, 2012


Tang 'Putih Mata' tu rasanya semua rakyat Malaysia boleh 'telan'... Tapi tang 'Sakit Mata' terhadap pengadil dari Korea Selatan tu yang rakyat Malaysia 'tidak boleh telan'..!



(NOTA: Skuad Harimau Malaya gagal melangkah ke final Piala Suzuki AFF 2012 selepas tewas 2-0 kepada Thailand di Stadium Supachalasai semalam. SUMBER)


Thursday, December 13, 2012

Wednesday, December 12, 2012

December 12, 2012


12-12-12-12-12-12


(Di belakang tabir: Anak-anak uncle jerit 'OKEY' beri isyarat untuk uncle menekan butang kamera... gigih bukan?)



Tuesday, December 11, 2012

December 11, 2012


Anak-anak pada musim cuti sekolah...
Ayah beli sarapan, nak ikut. Ayah Pergi kedai, nak ikut. Ayah keluar cuci kereta, nak ikut...

(Uncle mula syak sebenarnya aunty suruh budak-budak ni pantau, ni..!)


Monday, December 10, 2012

December 10, 2012


PERSEPSI: Dari perwatakan, orang mesti sangka uncle sedang mendengar lagu rock.
MUNGKIN: Uncle sedang dengar ceramah agama dari ustaz Azhar Idrus.
REALITI: Uncle dengar lagu dang-dut... (Ahh, ahh..)

Sunday, December 9, 2012

December 9, 2012


Uncle boleh fahan jika sesetengah orang memang sukakan dengan aktiviti luar rumah...

...tetapi ini agak melampau!


Saturday, December 8, 2012

December 8, 2012


Hari ini rumah kami ada tetamu. Kami dengan senang hati untuk babysit Adam kerana ibu bapanya bertugas... Yeay!


(Eh... kata orang kalau dukung-dukung baby ni nanti kita boleh berjangkit nak dapat baby juga... betulkah? Ah, tak mungkinlah... kami 'tutup kedai' sudah...)


Friday, December 7, 2012

December 7, 2012


Bila waktu dapat duit memang kita LIKE... Tapi bila waktu dia kutip hutang, boleh UNLIKE?
Ini bukan macam Facebook, tahu!






Terima kasih kepada MADAM LALA kerana kreditkan poster uncle tempoh hari... Baahaha!

Thursday, December 6, 2012

December 6, 2012


Bosan betul! Buka TV nampak Gangnam Style, buka radio dengar Gangnam Style, tengok YouTube nampak Gangnam Style...!!!! Baik uncle window shoppinglah... Harap-harap di sini tiada GANGNAM STYLE !





Semalam uncle singgah blog GOSTAN SIKIT, blog menarik lalu uncle klik butang follow. Tak sangka unlce adalah follower bertuah! Jom terjah!!!?



Wednesday, December 5, 2012

Tuesday, December 4, 2012

December 4, 2012


Eh! Monyet!

(Kalau ada yang buat-buat tanya "Yang mana?" Uncle kerjakan kamu tanpa rasa belas!)





Monday, December 3, 2012

December 3, 2012


UNCLE: Ni beli apa, ni..?
AUNTY: Alat membaca tekanan darah.
UNCLE: Untuk siapa?
AUNTY: Untuk I, lah...
UNCLE: Tempat kerja atau rumah yang penyebab awak tertekan, ni...?
AUNTY: Taknak jawab, nanti awak terasa...
.
.
.
.
UNCLE: Cubit, kang!

Sunday, December 2, 2012

December 2, 2012


Sah! Sekejap lagi mesti botak BUNGA MANGGAR ini di petik budak-budak! 
Eleehh... takkan kamu tak pernah buat kerja vandalisme ini sewaktu kecil dahulu, kan...?


(NOTA: Zaman uncle kecil, bunga manggar ini dicucuk pada buah betik dan kertasnya tidak berkilau-kilau seperti ini...)

Saturday, December 1, 2012

December 1, 2012


PENAFIAN: Tiada ular yang dicederakan sewaktu dalam proses merakamkan gambar ini.



(Kepada AZIE AZAH... Amacam? Uncle pantang dicabar, tahu!)

Friday, November 30, 2012

November 30, 2012


Yo, yo, yo..!

Tak jumpa kopiah, pakai 'snow cap' buat sembahyang Jumaat, jadi bahan umpat, tak?

Thursday, November 29, 2012

November 29, 2012


Kalau 'abah' maksudnya seorang abah. Kalau 'abah-abah' maksudnya ramai abah? SALAH!

(Uncle selalu juga gunakan 'abah'... terutama waktu 'hujung bulan'...)




Wednesday, November 28, 2012

November 28, 2012

Ulang tahun perkahwinan yang ke-18




Alhamdulillah 18 tahun sudah... 
Terima kasih kepada puan LEENA MOHD TAIB kerana berada di sisi saya diwaktu senang dan susah... 

(Poster percuma di atas dituju khas untuk para suami yang selalu terlupa... Cetak dan tampal...!)

Tuesday, November 27, 2012

Monday, November 26, 2012

November 26, 2012


Uncle selalu tengok peti surat polis seperti ini... tapi uncle tak pernah tahu fungsinya... Sumpah! Ada sesiapa boleh terangkan?


(Dulu-dulu uncle ingatkan ia tempat anggota polis menerima 'surat cinta'... ~ Baahaha)

Sunday, November 25, 2012

November 25, 2012


Suka tengok ayah gelak ketawa di belakang tu... Tapi bukan sebab berborak dengan uncle... Tapi sebenarnya ayah sedang layan Mr. Bean...

Saturday, November 24, 2012

November 24, 2012


AMARAN: Jangan bawa isteri anda lalu di tempat yang ada perkataan LESS atau SALE... Akibatnya berjam-jamlah kamu tersangkut di situ... (sambil mendengus)


(Selepas uncle merakam foto ini, jurujual di belakang tu memberi isyarat supaya tidak merakam gambar di dalam kedai... ~ Baahaha)