Entri khas ulangtahun perkahwinan yang ke-17
Ingat lagi tak..?
Cincin nikah kita beli di Chow Kit Road. Kedai emas yang termurah menjadi pilihan kerana kekangan kewangan. Inilah bekas cincinnya... Cantik? Jauh sekali. Maaf jika ia kurang sempurna...
Ingat lagi tak..?
Samping abang hilang. Pinjam samping abang awak. Sarungkan juga walaupun ia tidak sedondon... Maaf jika ia kurang sempurna...
Ingat lagi tak..?
Meja makan pengantin hanya berlatarbelakang papan putih dewan, bukan seperti pengantin sekarang yang penuh glamor. Maaf jika ia kurang sempurna...
Ingat lagi tak..?
Tiada jurufoto profesional untuk merakamkan hari bersejarah ini. Kita hanyalah raja sehari yang cuma berteduh di bawah payung aiskirim..! Maaf jika ia kurang sempurna...
Akhirnya abang sedar, ketidaksempurnaan itu, bila dihimpun tahun demi tahun ia akan menjadi sempura bagi kita sekarang... Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke -17.
(Comel tak entri ni..?)