Followers

Friday, April 3, 2020

April 3, 2020


Yeay! Petang ni ada ubi rebus!

Sah-sah gemuk selepas PKP, ni... Hu hu hu...












Thursday, April 2, 2020

April 2, 2020


Sejak PKP ni... Grup WhatsApp keluarga uncle jadi sangat menghiburkan! Maklumlah, bila semua tak ke pejabat, banyak video, teka-teki, lawak, yang dikongsikan!

Baahaha...!











Wednesday, April 1, 2020

April 1, 2020


Tu diaaa...! Mikrofon pun pakaikan 'topeng'...! 
Macam ni baru betul...!

#BuletinUtama









Tuesday, March 31, 2020

March 31, 2020


Tidak dapat ke sekolah kerana PKP bukan alasan tak boleh belajar, bukan?

Tahniah cikgu SMK Pandan Jaya atas inisiatif anjurkan kelas atas talian...!













Monday, March 30, 2020

March 30, 2020


Helo cik adik, seronok merayau-rayau...?
Dah macam dalam babak cerita Hidustan! Topeng mana? 













Sunday, March 29, 2020

March 29, 2020


Eh, banyaklah roti di kedai tadi...  Tapi walaupun banyak, janganlah borong sampai tak cukup troli..! Bila nampak tak cukup, mulalah orang membuat pembelian panik..!

#KitaJagaKita










Saturday, March 28, 2020

March 28, 2020


Antara aktiviti yang boleh dilakukan diwaktu Perintah Kawalan Pergerakkan. 

Okey... sebenarnya aunty yang paksa... (Bisik)













Friday, March 27, 2020

March 27, 2020


Satu perkara yang menjengkelkan bila pakai topeng hidung dan mulut ini ialah...
Setiap kali bernafas, ada wap haba di cermin mata...

Geram betuuuuul..!! (Sambil tarik rambut sendiri...)










Thursday, March 26, 2020

March 26, 2020

Ulang tahun blog yang ke 11!

Wow! Blog Begins At Forty hari ini berusia 11 tahun! 
Maknanya 11 tahun projek 'Self Portrait Daily' ni sudah berjalan.

Tak sangka boleh sampai ke tahap ini! Tahniah gedek! (Tepuk bahu sendiri)













Wednesday, March 25, 2020

March 25, 2020


Walaupun uncle dapat topi kitar semula dan kad hari lahir 'DIY'...

...uncle sangat bertuah kerana kesemua orang yang paling penting dalam hidup uncle berada bersama-sama pada sambutan hari lahir uncle yang ke 51 tahun hari ini... Syukur. 

Dengan ini uncle istiharkan satu Malaysia bercuti duduk di rumah sahaja hari ini... Baahaha!