Followers
Friday, July 14, 2023
July 14 2023
Yang lain semua hero Amerika.
Ada seorang saja hero Malaya.
Tapi uncle malas nak beri tahu yang mana satu...
(Sambil naik turun, naik turunkan kening...)
Thursday, July 13, 2023
July 13, 2023
Tukang terima surat... (Tunjuk muka sendiri.)
Tukang terima bungkusan... (Tunjuk muka sendiri.)
Tukang sembunyi dari jurujual ketuk pintu... (Tunjuk muka sendiri.)
Mentang-mentanglah uncle ni kerja dari rumah...
Uncle rasa uncle patut minta gaji ni....
Wednesday, July 12, 2023
July 12, 2023
Ada orang tanya...
"Betulkah uncle pakai baju hitam hari-hari...?"
(Lalu uncle pun buka pintu almari...)
Tuesday, July 11, 2023
July 11, 2023
Orang selalu sebut...
"Kalaulah duit tu boleh petik-petik di pokok..."
Nah...
Pokok duit-duit...
Petiklah sepuasnya!
Monday, July 10, 2023
July 10, 2023
Aik? Tiba-tiba ramai pula misi comel yang makan di sini...
Agaknya kalau uncle buat-buat sesak nafas, mereka sudi datang buat CPR pada uncle tak?
Sunday, July 9, 2023
July 9, 2023
Persoalannya...
Nombor mana yang harus dihubungi...?!?!?!
Banyak sangat!
Saturday, July 8, 2023
July 8, 2023
Ehem...
Inilah hadiah misteri dari blogger
SYAZNI RAHIM
tempoh hari...
Set Tupperware siri
DATUK LAT
edisi berwarna!
Bagaimana? Cemburu tak?
A) Cemburu
B) Sangat cemburu
C) Cemburu hingga tarik rambut sendiri.
(Sila pilih jawapan sesuai.)
Terima kasih SYAZ!
Friday, July 7, 2023
July 7, 2023
Tadi uncle jumpa makanan yang agak unik namanya.
DOSA.
Bentuknya ala-ala putu piring dan ada pancicah.
Gayanya macam makanan India.
Uncle tak rakam fotonya sebab ada papan tanda gambar kamera dipangkah.
Takut berDOSA pula...
Thursday, July 6, 2023
July 6, 2023
Hah?!?!
Bilik Transformer?
Helo polis!
Saya dah jumpa tempat Optimus Prime, Bumblebee, Megatron dan Starscream bersembunyi! Ya! Autobots dan Decepticons bergabung di sini! Datang cepat!
(Ehem... Jangan cemburu ya... Kenapa? Jom singgah blog >
SYAZNI RAHIM
< )
Wednesday, July 5, 2023
July 5, 2023
Buah cempedak di atas meja,
Ambil sudu tolong suapkan,
Makan cempedak guna sudu dah kenapa?
Sebab malas nak basuh tangan...
(Jadi tak pantun ni...?)
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)