Followers

Wednesday, October 10, 2012

October 10, 2012


Di papan tanda itu tertera... "Dilarang Meletak Motosikal"
Okey, uncle tak nak ulas...

Tuesday, October 9, 2012

October 9, 2012


Peh! Tiba-tiba terasa 10 tahun lebih muda!

( ♫ Gemuruh jiwa... semangat membara...! ♪ ~Terus nyanyi lagu Faizal Tahir)

Monday, October 8, 2012

October 8, 2012


"Kalau uncle cakap uncle jumpa Optimus Prime... mati hidup balik pun kamu semua tak percaya, kan?"

Tak dapat nak gambarkan bila ternampak lori ini pagi tadi... Rasa seperti kembali di zaman kanak-kanak...! There is a child in every man, okay! (LOKASI: R&R Kinrara)



Kali ini uncle benar-benar rasa tergugat... Kenapa? Sebab yang menggugat uncle kali ini bukan calang-calang orang... Tapi BRO FRAMESTONE! Aduh! (Gugat tau, bukan gegat...)








Sunday, October 7, 2012

October 7, 2012


Ya..! Orang lelaki memang suka menggunakan gogal renang yang tak menampakkan biji mata...! Jom cuci mata.. eh, maksud uncle jom berenang!

Saturday, October 6, 2012

October 6, 2012


Etika berbisik: Gosoklah gigi jika mulut berbau petai...
(gambar sebagai hiasan)






Uncle bangga! Bukan sebab ada orang cakap muka uncle macam Ali XPDC. Tapi sebab  BITT yang cakap macam tu! BITT tu blogger glamour! Blog dia pernah masuk TV tahu! Tengok SINI  ~pengsan (x_x)


Friday, October 5, 2012

October 5, 2012


Ini baru sebahagian kecil dari koleksi piala uncle. Selain dari cemerlang dalam bidang akademik, uncle juga hebat dalam bidang sukan... Semua piala uncle simpan dengan rapi di dalam almari kaca...! 

Okey, uncle tipu... uncle bediri depan kedai piala...
(Akademik? Lagi tipu! SPM uncle hanya dapat pangkat tiga!)






MRSFARAHZAKI kata muka uncle dengan muka Uncle Seekers ada persamaan... Apa pendapat kawan-kawan semua? Cuba lihat SINI... (Terima kasih Farah!)

Thursday, October 4, 2012

October 4, 2012


Ini permainan anak perempuan uncle... Sewaktu kecil, sebagai budak lelaki yang sihat... uncle tidak bermain dengan permainan patung-patung atau pondok-pondok yang sangat feminin seperti ini... Tetapi main kahwin-kawhin mungkin ada, lah...

(Ya lah... sudah tentu mereka memerlukan pengantin lelaki, bukan?)

Wednesday, October 3, 2012

October 3, 2012


AMARAN / JANGAN TIRU: Ini adalah cara yang bodoh salah untuk menyejukkan badan dalam kadar segera.





(Kalau aunty tengok entri ini, mesti dia cakap, "Ya Allah! Peti ais aku pun jadi? Bertuah punya orang tua!") ~ Tau, dah... hehe..

Tuesday, October 2, 2012

October 2, 2012


 'Dek the Builder'

(Uncle pun dah keliru, apa kerjaya uncle sebenarnya...)





(LOKASI: Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh.)

Monday, October 1, 2012

October 1, 2012


Justeru? Nak terus atau pusing?

(Ya, uncle jalan jauh hari ini...)