Followers

Saturday, June 9, 2012

June 9, 2012


Tiap-tiap minggu ada saja jemputan kenduri kahwin... 'Teringin' pula rasanya...

(Teringin nak ambil bunga telur di belakang tu, lah!)

Friday, June 8, 2012

June 8, 2012


Lawak! Lawak! Tadi masa tren ini sampai, unlce tahan LRT macam tahan teksi...! Nasib baik tiada siapa yang perasan! Ha ha! Aduh! Semakin nyanyuk nampaknya uncle ni...

Thursday, June 7, 2012

June 7, 2012



Tengok gambar di atas. Mula-mula unlce rasa nak gelak, kemudian uncle rasa nak menangis, akhir sekali uncle rasa nak bertaubat..! Haha! Terima kasih kepada BUJAL X kerana telah DUA kali 'mempuakakan' muka uncle. Untuk gambar yang terdahulu, sila lihat SINI)


AMARAN: Kalau ada yang buat-buat bertanya "Yang mana satu gambar uncle yang sebenar, ni?" Baik kamu tingglkan negara ini cepat-cepat...!

Wednesday, June 6, 2012

June 6, 2012


Kadang-kala ada kata-kata berbau sinis ditujukan pada uncle... "Guntinglah rambut tu... kasihan anak-anak engkau, keliru yang mana satu ibu, yang mana satu ayah..!"

Uncle jawab... "Eh, mana boleh keliru...! Ayahnya berambut panjang, ibunya berambut pendek!"

(Keh keh keh)

Tuesday, June 5, 2012

June 5, 2012

Guest #45


Zaman belajar dulu kami selalu jamming. Dia menyanyi dan uncle bermain gitar. Kemudian kami berpisah mengejar cita-cita masing-masing. Dalam tahun 1993 HASNOL memenangi dua kategori dalam Juara Lagu terbitan TV3 melalui lagu 'LAGUKU UNTUKMU' (Lagu: Adnan Abu Hassan / Lirik: Hasnol)

Sekarang? Kami jamming di meja makan saja... Haha! (Eh... dia tak tahu uncle ni blogger tahu!)


Monday, June 4, 2012

Sunday, June 3, 2012

June 3, 2012


Aunty sedang potong ayam. Uncle tolong tengok...

(Hati-hati jangan terpotong tangan! Nanti uncle jadi 'Uncle Bersiong' pula..!)

Saturday, June 2, 2012

June 2, 2012


Kenduri kahwin di sini-sana,
Alhamdulillah, jimatlah belanja untuk makan tengahari,
Wahai tuan tumah hamba ingin bertanya, 
Bolehkah hamba tapau untuk makan malam sekali?


(Pantun jujur orang sengkek)






Terima kasih kepada PU3 BIBAH CUN MELECUN kerana untuk entri ini, okey?

Friday, June 1, 2012

Jun 1, 2012


ORANG LAIN: Menumpang di tanah sekangkang kera. Kiri dan kanan jalan batu. Mengangkut air untuk menyiram. Sekarang sudah kutip hasilnya.  DIRI SENDIRI: Mengharapkan hujan siramkan pokok dalam pasu di rumah sendiri... (malu)






NOTA UNTUK CIKLI: Mana gua tau... gua ingat lu tak cam muka gua! Kah kah kah...!

Thursday, May 31, 2012