Lawak! Lawak! Tadi masa tren ini sampai, unlce tahan LRT macam tahan teksi...! Nasib baik tiada siapa yang perasan! Ha ha! Aduh! Semakin nyanyuk nampaknya uncle ni...
Tengok gambar di atas. Mula-mula unlce rasa nak gelak, kemudian uncle rasa nak menangis, akhir sekali uncle rasa nak bertaubat..! Haha! Terima kasih kepada BUJAL X kerana telah DUA kali 'mempuakakan' muka uncle. Untuk gambar yang terdahulu, sila lihat SINI)
AMARAN: Kalau ada yang buat-buat bertanya "Yang mana satu gambar uncle yang sebenar, ni?" Baik kamu tingglkan negara ini cepat-cepat...!
Kadang-kala ada kata-kata berbau sinis ditujukan pada uncle... "Guntinglah rambut tu... kasihan anak-anak engkau, keliru yang mana satu ibu, yang mana satu ayah..!"
Uncle jawab... "Eh, mana boleh keliru...! Ayahnya berambut panjang, ibunya berambut pendek!"
Zaman belajar dulu kami selalu jamming. Dia menyanyi dan uncle bermain gitar. Kemudian kami berpisah mengejar cita-cita masing-masing. Dalam tahun 1993 HASNOL memenangi dua kategori dalam Juara Lagu terbitan TV3 melalui lagu 'LAGUKU UNTUKMU' (Lagu: Adnan Abu Hassan / Lirik: Hasnol)
Sekarang? Kami jamming di meja makan saja... Haha! (Eh... dia tak tahu uncle ni blogger tahu!)
ORANG LAIN: Menumpang di tanah sekangkang kera. Kiri dan kanan jalan batu. Mengangkut air untuk menyiram. Sekarang sudah kutip hasilnya. DIRI SENDIRI: Mengharapkan hujan siramkan pokok dalam pasu di rumah sendiri... (malu)
NOTA UNTUK CIKLI: Mana gua tau... gua ingat lu tak cam muka gua! Kah kah kah...!