Followers
Sunday, November 1, 2026
November 1, 2026
"Barang siapa yang tak nampak ada dua biji mata
sedang mendampingi uncle, bermakna dia pendek umur..."
Baahaha! Okey tipu!
Itu sebenarnya cekak rambut
halloween
yang uncle cuba tapi tak beli...
Saturday, October 31, 2026
October 31, 2026
'Ter'tengok perlumbaan kereta mainan tadi.
Rata-rata pemainnya adalah orang lelaki dewasa.
Benarlah kata-kata pepatah Inggeris...
"There is a child in every man."
Err... orang perempuan begitu jugakah?
Tapi tak pernah pula nampak orang perempuan
main anak patung sampai ke tua...
Friday, October 30, 2026
October 30, 2026
Maaf...
Hari ini uncle bankrap idea nak tulis kapsyen.
Jadi, hari ni cuti kapsyenlah....
Thursday, October 29, 2026
October 29, 2026
Tengok awan gelap-gelita cepat-cepat keluarkan kamera untuk foto.
Konon nak cerita tentang hari nak hujan.
Betulkan posisi, betulkan gaya dan keunggulan...
Tiba-tiba... "Bruuuu!" Angin kuat lalu....
Terima kasih angin.
Hari ni swafoto serabai..
Wednesday, October 28, 2026
October 28, 2026
HAH! Tertangkap!
Balik awal nampak ada 'orang' sedang tinjau-tinjau atas dapur!
Bila dia nampak uncle, kelam-kabut buat acara terjun tiruk dan lari.
Nak hukum apa 'budak' degil ni?
Tuesday, October 27, 2026
October 27, 2026
Haaa!
Seni
Kolam
dah muncul di sana-sini!
Ini tanda sambutan Deepavali dah semakin hampir!
Yang di belakang uncle ni yang original ya... yang diperbuat dari beras berwarna tu!
Bukan yang 'segera' dari kertas pelekat tu.
Cantik bukan?
Monday, October 26, 2026
October 26, 2026
CAK!
Hai langit nan biru
Rindunya kami kepada kamu
Jangan menyorok, kami mahu sentiasa ketemu
Kekal lama kamu di situ!
(Dah lama kita tak pandang langit sebiru ini, kan?)
Sunday, October 25, 2026
October 25, 2026
Aunty tu...
Tengok pokok pun dukung meow...
Macamlah si Mocha tu faham...
Saturday, October 24, 2026
October 24, 2026
Opp, opp... kiri sikit. Opp! Kanan sikit...
Okey, situ! Kuat sikit!
Opp.. jangan kuat sangat!
(Uncle suka betul bila diurut kepala.)
Friday, October 23, 2026
October 23, 2026
Pergi ke pasar membeli kelapa
Kelapa muda enak rasanya
Burung bingung melihat kepala
Disangka cacing putih banyak di atasnya.
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)