Followers

Sunday, February 22, 2026

February 22, 2026



Kasihan... 

Seharian berdiri, puasa pula tu. 

Pasti penat. 

Pergilah kamu berehat...







Saturday, February 21, 2026

February 21, 2026



Berita baik:
Aunty beli kerang! 
😃

Berita tak baik: 
Unclelah yang akan jadi tukang cuci dan tukang kopek tu! 
😭







Friday, February 20, 2026

February 20, 2026



Hari ni aunty ajak 'memburu'. 

Eh? Mana aunty? 

Amboi! Dia dah laju ke depan! 

Biarlah dia... Nampak dia sedang imbas QR tu. 

Lepas dia bayar baru uncle ke sana. 


#HidupMestiLicik







Thursday, February 19, 2026

February 19, 2026



Hai semua... 

Macam mana hari pertama kerja setelah cuti panjang?

Ada yang sampai sesat sebab terlupa lokasi pejabatkah? 

Baahaha...!







Wednesday, February 18, 2026

February 18, 2026



Hari ni bolehlah... 

Harap-harap esok uncle tak 'ter'singgah kedai mamak! 

Baahaha..!

Selamat berpuasa kawan-kawan!







Tuesday, February 17, 2026

February 17, 2026



Teman aunty keluarkan tunai di ATM. 

Yang aunty tak tahu... uncle dah jampi-jampi supaya dia
keluarkan lebih sebab nanti uncle nak pinjam 10 ringgit... 

Baahaha...! (Gelak jin.)







Monday, February 16, 2026

February 16, 2026


Ada ni haaa... 

Nak memanfaatkan SARA... 

Hari ni uncle bergabung dengan SARA aunty...  

RM100 + RM100 = RM200! 

Syukur.

Ajooomm!







Sunday, February 15, 2026

February 15, 2026



Aunty: "Malas masaklah hari ni..." 

Uncle terus faham maksud aunty tu. 

Capai kunci kereta dan terus bawa dia ke pasar malam. 

Uncle pun suka! Boleh cari kuih vadai! 

Kawan-kawan pergi pasar malam cari apa?







Saturday, February 14, 2026

February 14, 2026



Ada ni haaa, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tunggu nak layan konsert "Majlis Tertinggi Rockqueen ELLA." 

Okeylah kawan-kawan... uncle dan aunty nak terkinja-kinja sekejap... 

Tata...! ðŸ¤˜





Friday, February 13, 2026

February 13, 2026



Apakah tanda-tanda bulan Ramadan semakin hampir? 

Tuuuu... orang mula berbagi-bagi buah kurma. 

Yeay!  

Kawan-kawan dah mula dapat?







Thursday, February 12, 2026

February 12, 2026



Apa agaknya yang ditulis dalam tulisan Korea tu? 

Adakah ia menerangkan tentang uncle? 

Uncle mengharapkan tulisannya berbunyi 
"Lelaki tampan di sini." 

Pandai tak uncle teka...? Baahaha!







Wednesday, February 11, 2026

February 11, 2026



Geramnyaaaaaa! 

Kereta uncle dihalang tak dapat keluar parkir! 

Cari-cari... tiada nombor ditinggalkan untuk dihubungi... 

Tak apalah... kalau dilihat dari sisi baik, sekurang-kurangnya
adalah juga uncle modal nak kemas kini blog! Baaahaha...! 

Tapi ada sepuluh minit jugalah uncle menunggu! 

🤬 Huh!







Tuesday, February 10, 2026

February 10, 2026



Nak puji Hospital Ampang sikit... 

Syabas kerana menyediakan stesen mengecas siap dengan
meja dan bangku yang selesa bagi kegunaan publik. 

Nampaknya selepas ni uncle boleh datang bawa komputer ribalah! 

Eh... Siapa yang tersenyum di hujung foto tu?







Monday, February 9, 2026

February 9, 2026



Zaman sekolah...

Kawan-kawan kata sedut bunga ni nanti rasa madu. 

Kita pun ikutlah sedut juga... "Oh! Manis! Manis!"

Zaman tua... Cuba lagi...
(Nak menggamit memorilah konon.)

"Huh! Tak rasa apa-apa pun?" 
Atau deria rasa uncle dah semakin tumpul? 


(Usaha capai tangan keluar kereta nak petik bunga tu! Baahaha!)









Sunday, February 8, 2026

February 8, 2026



Lah... 

Semalam jumpa kes sama. 

Label lain, barang lain. 

Hari ni jumpa lagi.

Tulis 'Betik'. Yang diperaga nanas!

🤪






Saturday, February 7, 2026

February 7, 2026



Tulis serai... tapi bukan serai... 

Maka ingatkah wahai umat manusia... 

"Tidak semua berita menggambarkan kebenaran." 

Tak pasti jangan kongsi.

Eh? Baaahaha!








Friday, February 6, 2026

February 6, 2026



Bukan 'BOM'.

Yang betul 'BOOM'. 

'BOM' tu senjata yang meledak, tu! 

Nanti meletup dalam perut, baru tahu! 

"TEBABO!!"







Thursday, February 5, 2026

February 5, 2026



"PROSEDUR LASER DIJALANKAN" 

Hmmm...

Tempat apa agaknya tu ada laser-laser bagai? 

Ooooo... 

Tempat 'sunat laser' agaknya, kot? 

Baahaha...!







Tuesday, February 3, 2026

February 3, 2026



Eh? 

Bukankah hari ni dan semalam cuti umum di sini. 

Tapi kenapa banyak kereta dapat surat kompaun? 

Bukankah cuti umum tak perlu bayar parkir...

Ah... lantaklah... 

Yang penting kereta uncle tak kena! 

Baahaha..!







Monday, February 2, 2026

February 2, 2026



Kalau nak minta autograf tu mintalah saja... 

Tak perlu malu-malu...

Nanti tak sempat nanti, uncle nak balik dah ni. 

Jangan sampai kamu tak lena tidur nanti! 


#perasan







Sunday, February 1, 2026

February 1, 2026



Hai kawan-kawan. 

Hari ni uncle agak jauh dari sarang... 

Lokasi terpaksa dirahsiakan... 🤭

Balik nanti baru uncle sempat kunjung blog ya... 

Mohon maaf...