Followers
Friday, October 31, 2025
October 31, 2025
Semakin kerap nampak aktiviti pengabutan nyamuk Aedes
di kawasan
rumah uncle sejak kebelakangan ni...
Ini tandanya kes denggi agak tinggi di sini...
Aduh...
Hati-hati ya kawan-kawan...
Thursday, October 30, 2025
October 30, 2025
Alaaahhhh... b
ukan selalu...
Sekali-sekala nak bermesra dengan air manis...
Berilah peluang...
Wednesday, October 29, 2025
October 29, 2025
Uncle bukan menetang orang nak bakar sampah di padang...
Masalahnya bau asapnya masuk rumah uncle...
Tengok tu, bacaaan penulen udara uncle sampai 200, warna merah!
Tak pernah-pernah setinggi ni bacaannya.
Kalau naik lagi mahu muka uncle pula yang merah!
Tuesday, October 28, 2025
October 28, 2025
Ni seekor lagi..!
Ibu dia si
Mocha takluk buai
...
Ini si Milo ni pula takluk meja...
Uncle rasa seperti dijajah di rumah sendiri!
Monday, October 27, 2025
October 27, 2025
Ramai orang tak percaya yang gergasi itu benar-benar wujud...
Habis tu, kalau gergasi itu tak wujud...
...siapa yang baham kuih sebesar di belakang tu...?
(Mesti bunyi gergasi tu makan macam ni...
"Aaaammmm...! Nom nom nom nom!)
Sunday, October 26, 2025
October 26, 2025
Eh...
Sekarang bulan Oktober.
Ini 'raya' apa, ni?
Atau uncle berada di dalam terowong masa?
Saturday, October 25, 2025
October 25, 2025
Realitinya pengantin tak merasa pun nak
menikmati
lauk pengantin yang lazat-lazat tu...
Maklumlah kena jaga abab dan kesusilaan, bukan?
Tak mengapa... uncle sanggup memikul tanggugjawab tu...
Cepat pengantin bangun... cepatlah uncle melantak...
(Selamat pengantin baharu pada Aiman dan Kaisah)
Friday, October 24, 2025
October 24, 2025
Uncle pun tak tahulah tekak uncle ni universal atau segmental...
Tapi yang pasti...
Kalau sedap, uncle bedal!
Kreatif-kreatif kan nama kedai sekarang?
Nak tergelak tu!
Thursday, October 23, 2025
October 23, 2025
Selesai minum, hati jadi gusar
Tak dapat keluar, kerana
hujan di luar
Jika keluar, h
abis basah baju seluar
Maka terpaksalah uncle kekal sabar
Sambung minum-minum, bererti duit terus keluar
Belakang kaunter, tauke kedai tersenyum lebar...
Wednesday, October 22, 2025
October 22, 2025
Bila uncle balik rumah... dia tidur atas buai...
Bila uncle balik rumah... dia tidur atas buai...
Macamlah dia ada kongsi duit beli buai ni...!
Atau si Milo ni nak suruh uncle beli buai lain...?
Tuesday, October 21, 2025
October 21, 2025
Hai...
Takkan tulis malam Jumaat, saja...?
Malam Isnin? Malam Rabu?
Malam Khamis?
Malam tujuh likur? Malam masih muda?
Malam pesta muda mudi...?
...tak nak tulis?
Amboi....
Monday, October 20, 2025
October 20, 2025
Selamat menyambut Diwali dan selamat bercuti!
Hati-hati di jalan raya ya kawan-kawan!
Sunday, October 19, 2025
October 19, 2025
GUEST #113
Hari ni uncle berjumpa dengan
>
AWANG THE CLOWN
<
Terbahak-bahak uncle tengok persembahan beliau!
Memang terhibur!
Rasanya ramai yang pernah tonton video
beliau
yang pernah viral tak lama dulu.
Alaaa... yang
>
NI
<
haaaa...
Saturday, October 18, 2025
October 18, 2025
Ada ni haaa....
Pergi kenduri.
Selalunya uncle akan beratur untuk cendol atau apam balik.
Tapi kali ni ada jajan!
Nak beratur tapi malu!
Sebab nanti uncle akan jadi yang paling tua dalam barisan!
Hu hu hu...
Friday, October 17, 2025
October 17, 2025
Yang bahasa Inggeris tu sah-sah terjemahan terus.
Yang bahasa Melayu tu... DILARANGKAN?
Haih! Suka hati saja kan?
(Yang bahasa Cina... Uncle belum belajar... He he...)
Thursday, October 16, 2025
October 16, 2025
Masalah tinggal di kondo-kondo...
Hmmm.... Siapa pun yang punya 'benda' tu...
mesti segan
nak mengaku
apatah lagi untuk turun mengambilnya...
Lebih afdal beli baharu sajalah...
Wednesday, October 15, 2025
October 15, 2025
Uncle makan pisang...
Tapi bukanlah kategori penggemar pisang.
Cuma... ada satu tentang pisang ni...
Uncle suka bau dia!
Wangi hoi!
Siapa geng uncle?
Tuesday, October 14, 2025
October 14, 2025
Bukan kahwin saja yang boleh campur...
Bahasa pun boleh campur-campur!
Tapi...
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan
campur-campur bahasa ni, kan?
Monday, October 13, 2025
October 13, 2025
Ada 'orang' tu balik rumah berbau longkang!
Kaki dan ekor bergelumang dengan air longkang!
Tak pasal-pasal nak kena mandikan dia malam-malam!
Tak pasal-pasal juga uncle kena ulang mandi!
Huh! Mocha... mocha!
Sunday, October 12, 2025
October 12, 2025
Kalau 'mereka' boleh lepak dalam suasana harmoni tanpa mengira warna kulit...
Mengapa tidak kita...?
#MalaysiaHarmoni
>_<
Saturday, October 11, 2025
October 11, 2025
Puas meneka apa yang ditulis tu...
Kena kecilkan mata baru faham.
Kalaulah uncle yang tulis macam ni waktu sekolah dulu...
Pasti diherdik cikgu...
"Tengok tulisan cakar ayam ni, cikgu dah tahu tulisan siapa...!"
Friday, October 10, 2025
October 10, 2025
Tertanya-tanya...
Ada lagikah orang beli kamus fizikal bila kita boleh
dapatkan benda yang sama di atas talian...
...secara percuma?
Thursday, October 9, 2025
October 9, 2025
Tengok tu aunty punya senyum...
Hari ini aunty terima Anugerah Khidmat Sanjung Budi
sempena perkhidmatan selama 30 tahun di Kolej Poly-Tech MARA.
Jadi...
Siapa pula nak beri uncle anugerah jadi pemandu aunty selama 30 tahun?
Wednesday, October 8, 2025
October 8, 2025
Duduk di restoran.
"Dum-dam-dum-dam..." Bunyi muzik.
Uish... Tak boleh jadi.
Lari masuk ke dalam
dengan harapan tak bising.
Duduk sebelah dapur.
"Tung-tang, tung-tang..." Bunyi tukang masak menggoreng.
Aduh! Lagi bingit!
Tuesday, October 7, 2025
October 7, 2025
"Orang lelaki memang mudah terhibur..."
Tengok dua sahabat uncle tu...
Sebelum pulang sempat bermain pickerball.
Tiada gelanggang? Main dalam stor!
Tiada net? Tiang mikrofon pun jadi...!
"Eh,
cop-cop
! Nak main juga!"
Celah uncle sambil letak beg.
Monday, October 6, 2025
October 6, 2025
Berjalan-jalan di tempat yang agak asing bagi uncle...
Lalu terjumpa pokok yang sangat cantik berbunga-bunga..!
Haih... Di manakah ini?
Ada dua kemungkinan...
Pertama: Uncle di alam fantasi.
Kedua: Uncle di alam bunian...!
Err... kalau tiba-tiba ada bau harum... uncle angkat kaki!
Sunday, October 5, 2025
October 5, 2025
Pernah berswafoto di sini pada 28 Ogos 2011.
14 tahun lepas!
Ayat masih sama, tapi ada sedikit perubahan dari sudut reka bentuknya.
Tapi tahukah apa yang banyak berubah?
Tuuu...
Orang tua yang di depan tu...!
>
KLIK SINI UNTUK LIHAT
<
Saturday, October 4, 2025
October 4, 2025
Ish ish ish...
Cuba tengok orang tua di belakang tu...
Dah tua beruban...
Boleh
sefie-selfie
di tempat publik macam orang muda.
Tak malukah dia...?
Friday, October 3, 2025
October 3, 2025
Semua benda Ai...
Kerja ada Ai.
Sekolah ada Ai.
Hiburan ada Ai.
Mini
mart
pun ada Ai...?
Hai hai hai...
Thursday, October 2, 2025
October 2, 2025
Hari ini kita dikejutkan dengan
berita duka
di Zon Merah R3, Laut Mediterranean...
Semoga semua aktivis Global Sumud Flotilla (GSF)
dalam keadaan selamat..
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Comments (Atom)